Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Trauma akustik adalah kecederaan pada telinga dalam yang sering disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi bising berdesibel tinggi. Kecederaan ini boleh berlaku selepas terdedah kepada bunyi tunggal sangat kuat atau dari pendedahan kepada bunyi berdesibel lebih rendah dalam tempoh masa yang lama. Sesetengah kecederaan pada kepala boleh menyebabkan trauma akustik jika gegendang telinga pecah atau jika terdapat kecederaan lain pada telinga dalam.
Gegendang telinga melindungi telinga tengah dan telinga dalam. Ia juga menghantar isyarat ke otak dengan cara getaran kecil.
Trauma akustik boleh merosakkan cara getaran ini dikendalikan, mengakibatkan kehilangan pendengaran. Bunyi yang bergerak ke dalam telinga dalam boleh menyebabkan apa yang kadangkala dipanggil oleh doktor sebagai anjak ambang, iaitu suatu keadaan yang boleh mencetuskan kehilangan pendengaran.
Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom trauma akustik yang biasa adalah:
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Sekiranya anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk kepada doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Trauma akustik adalah punca biasa bagi kehilangan deria pendengaran. Kerosakan kepada mekanisme pendengaran di dalam telinga dalam mungkin disebabkan oleh:
Orang yang berisiko tinggi mengalami trauma akustik termasuklah mereka yang:
Orang yang sentiasa terdedah kepada tahap bunyi bising lebih daripada 85 desibel adalah peningkatan risiko kecacatan akustik. Doktor anda boleh memberikan anggaran julat pelbagai bunyi harian yang normal, seperti anggaran sekitar 90 desibel untuk enjin kecil. Mereka akan melakukan hal ini bagi membantu anda menilai sama ada bunyi yang anda hadapi meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk trauma akustik dan kehilangan pendengaran.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan bertanya kepada anda jenis bunyi yang dihadapi pada masa yang berlainan dalam kehidupan anda bagi membantu membuat diagnosis. Doktor anda juga boleh menggunakan sesuatu yang dipanggil audiometri untuk mengesan tanda-tanda trauma akustik. Dalam ujian ini, anda terdedah kepada pelbagai bunyi dan nada yang berbeza untuk lebih berhati-hati menilai apa yang anda boleh dan tidak boleh dengar.
Kehilangan pendengaran mungkin tidak boleh dirawat. Matlamat rawatan adalah untuk melindungi telinga daripada kerosakan selanjutnya. Pembaikan gegendang telinga mungkin diperlukan.
Bantuan pendengaran boleh membantu anda berkomunikasi. Anda juga boleh mempelajari kemahiran mengatasi masalah, seperti bacaan bibir.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mencegah trauma akustik:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen