Apa itu Tonsillitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Tonsillitis?

Tonsilitis merujuk kepada bengkak dan keradangan pada tonsil, yang mana biasanya terjadi disebabkan jangkitan.

Apakah kebarangkalian Tonsillitis?

Keadaan kesihatan ini biasa terjadi dan jutaan individu mengalaminya setiap tahun. Walaupun tidak menyelesakan dan tidak menyenangkan, namun tonsillitis jarang-jarang menjadi masalah kesihatan yang major. Tonsillitis boleh berlaku pada mana-mana usia tapi ia biasanya dijumpai dalam kanak-kanak dari usia prasekolah sehingga pertengahan usia remaja. Sila bincangkan besrsama doktor anda untuk informasi lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Tonsillitis?

Simptom biasa bagi tonsillitis adalah:

  • Sakit tekak yang teruk;
  • Kesukaran menelan atau sakit ketika menelan;
  • Suara yang berbunyi kasar;
  • Batuk;
  • Nafas menjadi busuk;
  • Demam;
  • Hilang selera makan;
  • Sakit kepala;
  • Kaku bahagian leher;

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila temui doktor, jika beranggapan anda atau ahli keluarga anda kehilangan hubungan dengan realiti. Jika anda berfikir bahawa anda atau ahli keluarga anda akan membahayakan diri atau orang lain, anda perlu membawanya ke hospital mental untuk mengelakkan akibat yang paling teruk.

Punca

Apa yang mengakibatkan tonsillitis?

Anda perlu hubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana yang berikut:

  • demam yang melebihi 39.5°C
  • lemah-lemah otot
  • kaku bahagian leher
  • sakit yang teruk dan kesukaran ketika menelan
  • ketidakmampuan membuka mulut
  • kesukaran bernafas

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadapnya. Lebih baik sekiranya anda bincang dengan doktor mengenai tindakan terbaik untuk situasi anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tonsillitis?

  • Jangkitan bakteria seperti streptococcus. Menurut American Academy of Family Physicians (AAFP), dianggarkan 15 ke 30 peratus kejadian tonsillitis adalah disebabkan bakteria.
  • Jangkitan virus seperti Epstein-Barr, herpes, influenza, enterovirus. Ini ialah punca biasa jangkitan tonsillitis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Tonsillitis didiagnosis?

Faktor risiko utama yang menyebabkan tonsillitis termasuklah:

  • Usia yang muda: tonsillitis disebabkan oleh bakteria biasanya berlaku pada kanak kanak berusia 5 ke 15 tahun.
  • Terdedah kepada kuman: Kanak-kanak pada usia persekolahan kebiasaannya rapat dan dekat dengan rakan sekolah mereka, justeru mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis virus dan bakteria.

Bagaimana pesakit Tonsillitis dirawat?

Kes-kes serangan lemah tonsillitis tidak memerlukan sebarang rawatan medical. Bagaimanapun, sekiranya kes anda adalah teruk, anda perlu mengambil rawatan yang berikut:

  • Antibiotik: dipreskripsi sekiranya punca tonsillitis anda ialah jangkitan bakteria. Simptom biasanya akan mula menyembuh beberapa hari selepas penggunaan antibiotic, adalah penting untuk menghabiskan keseluruhan ubatan bagi mengelakkan serangan semula atau kekebalan antibiotik.

Pembedahan: Tonsillektomi dijalankan bagi mengeluarkan tonsil yang diangkiti sekiranya keaadaan yang anda alami, berulang, rawatan lain tidak berkesan dan mengakibatkan komplikasi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tonsillitis?

Berikut ialah gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu anda menghadapi keadaan kesihatan ini:

  • drink plenty of fluids
  • minum air dengan kerap
  • banyakkan rehta
  • berkumur dengan air garam suam beberapa kali sehari
  • gunakan lozeng tekak
  • gunakan pelembap udara bagu melembapkan udara di rumah anda
  • jauhi rokok atau asap

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut