Apa itu Tonometri?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Tonometri?

Ujian tonometri mengukur tekanan di dalam mata anda, yang dipanggil tekanan intraokular (IOP). Ujian ini digunakan untuk memeriksa glaukoma, penyakit mata yang boleh menyebabkan kebutaan dengan merosakkan saraf di belakang mata (saraf optik). Kerosakan kepada saraf optik mungkin disebabkan oleh penumpukan bendalir yang tidak mengalir keluar dari mata dengan sempurna.

Tonometri mengukur IOP dengan merakam rintangan kornea anda kepada tekanan (lekukan). Penitis mata untuk menjadikan permukaan mata anda kebas digunakan dengan kebanyakan kaedah berikut.

  • Tonometri aplanasi (Goldmann). Jenis tonometri ini menggunakan prob kecil untuk meratakan bahagian kecil kornea dengan lembut untuk mengukur tekanan mata dan mikroskop yang dipanggil lampu celah untuk melihat mata anda. Tekanan di mata anda diukur dengan berapa banyak tenaga diperlukan untuk meratakan kornea anda. Tonometri jenis ini sangat tepat dan sering digunakan untuk mengukur IOP selepas ujian saringan mudah (seperti tonometri hembusan udara) mendapati bacaan IOP yang tinggi.
  • Tonometri lekukan elektronik. Tonometika elektronik digunakan lebih kerap untuk memeriksa peningkatan IOP. Walaupun sangat tepat, hasil tonometri elektronik boleh berbeza daripada tonometri aplanasi. Doktor anda dengan perlahan-lahan meletakkan hujung bulat alat yang kelihatan seperti pena terus pada kornea anda. Bacaan IOP ditunjukkan pada panel komputer kecil.
  • Tonometri tanpa sentuh (pneumotonometri). Tonometri tanpa sentuh (atau hembusan udara) tidak menyentuh mata anda tetapi menggunakan sedutan udara untuk meratakan kornea anda. Jenis tonometri ini bukan cara terbaik untuk mengukur tekanan intraokular. Tetapi ia sering digunakan sebagai cara mudah untuk memeriksa IOP yang tinggi dan merupakan cara termudah untuk menguji kanak-kanak. Jenis tonometri ini tidak menggunakan titisan mata yang menyebabkan kekebasan.

Mengapa tonometri dilakukan?

Doktor mata anda mungkin mengarahkan untuk menjalankan ujian tonometri aplanasi Goldman sekiranya doktor mengesyaki anda mempunyai risiko menghidap glaucoma. Sekiranya ujian hembusan udara atau ujian mata lain menunjukkan masalah berpotensi, doktor mungkin meminta anda untuk menjalani ujian tonometri untuk mengesahkan anda menghidap glaucoma atau untuk menyingkirkan glaukoma.

Anda mungkin juga akan diperiksa jika anda mengalami gejala seperti kehilangan penglihatan periferal (sisi) secara beransur-ansur, penglihatan terowong, kesakitan mata yang teruk, penglihatan kabur, halos mengelilingi lampu, atau mata merah. Semua gejala ini mungkin tanda-tanda glaukoma.

Perkara yang perlu diketahui

Apa yang patut saya ketahui sebelum menjalani ujian tonometri?

Ujian tonometri boleh dilakukan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk memeriksa glaukoma. Juga, kerana tekanan intraokular (IOP) boleh berubah pada masa yang berbeza dalam satu hari, tonometri bukan satu-satunya ujian yang dilakukan untuk memeriksa glaukoma. Jika IOP adalah tinggi, lebih banyak ujian, seperti oftalmoskopi, gonioskopi, dan ujian lapangan visual, boleh dilakukan.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang saya harus lakukan sebelum menjalani ujian tonometri?

Anda mesti mengeluarkan kanta lekap sebelum pemeriksaan ini. Pewarna yang digunakan boleh mengotorkan kanta lekap secara kekal.

Maklumkan doktor anda jika anda mempunyai sejarah ulser kornea atau jangkitan mata, atau sejarah glaukoma dalam keluarga anda. Sentiasa beritahu pembekal kesihatan anda tentang apa ubat yang anda ambil.

Apakah yang berlaku semasa ujian tonometri?

Tonometri hanya mengambil masa selama beberapa minit sahaja.

Kaedah aplanasi (Goldmann)

Jenis tonometri ini dilakukan oleh pakar mata atau optometris. Doktor anda akan menggunakan titisan mata untuk kebaskan permukaan mata anda supaya anda tidak merasakan tonometer semasa ujian. Strip kertas yang mengandungi pewarna (fluoresein) akan disentuh ke mata anda, atau titisan mata yang mengandungi pewarna akan digunakan. Pewarna ini memudahkan doktor anda melihat kornea anda.

Anda akan merehatkan dagu anda pada sokongan berpad dan merenung terus ke dalam mikroskop (lampu celah). Doktor anda duduk di hadapan anda dan menyalakan cahaya terang ke dalam mata anda. Doktor anda dengan lembut menyentuh probe tonometer ke mata anda. Doktor anda memeriksa dial ketegangan pada tonometer yang mengukur IOP mata anda.

Jangan gosok mata anda untuk 30 minit sehingga kesan ubat kebas hilang.

Tonometri lekukan elektronik

Tonometik elektronik boleh dilakukan oleh juruteknik, optometris, pakar oftalmologi atau doktor perubatan keluarga. Doktor anda akan menggunakan titisan mata untuk kebaskan permukaan mata anda supaya anda tidak merasakan tonometer semasa ujian.

Anda akan merenung lurus ke hadapan, atau kadang-kadang melihat ke bawah. Doktor anda dengan lembut menyentuh probe tonometer ke mata anda. Beberapa bacaan akan diambil pada setiap mata. Anda akan mendengar bunyi klik setiap kali bacaan diperoleh. Setelah bacaan yang cukup tepat diperolehi, bunyi bip akan kedengaran, dan pengukuran IOP purata akan muncul pada panel paparan instrumen.

Jangan gosok mata anda untuk 30 minit sehingga kesan ubat kebas hilang.

Kaedah tanpa sentuh (hembusan udara)

Jenis tonometri ini dilakukan oleh pakar oftalmologi atau optometris. Anda tidak menggunakan titisan mata untuk kebaskan mata bagi kaedah ini.

Anda akan berehat di dagu dengan sokongan berpad dan merenung terus ke dalam mesin. Hembusan udara yang singkat akan ditiupkan ke mata anda. Anda akan mendengar bunyi hembusan dan merasa kesejukan atau tekanan ringan di mata anda. Tonometer merekodkan tekanan intraokular (IOP) dari perubahan dalam cahaya yang dipantulkan dari kornea kerana ia dilekuk oleh hembusan udara. Ujian ini boleh dilakukan beberapa kali untuk setiap mata.

Apa yang berlaku selepas menjalani tonometri?

Anda mungkin merasa gatal di kornea anda. Rasa ini biasanya akan hilang dalam masa 24 jam.

Sesetengah orang akan merasa cemas bila tonometer perlu menyentuh mata. Dalam kaedah tonometri hembusan udara, hanya hembusan udara yang akan menyentuh mata.

Hubungi doktor anda jika anda merasa sakit mata semasa ujian atau selama 48 jam selepas ujian.

Fahami keputusan

Apakah makna keputusan saya?

Tekanan mata biasa berbeza untuk setiap orang dan biasanya lebih tinggi selepas anda bangun. IOP berubah lebih banyak pada orang yang mempunyai glaukoma. Wanita biasanya mempunyai IOP yang lebih tinggi daripada lelaki, dan IOP biasanya menjadi lebih tinggi apabila anda semakin meningkat usia.

Normal: 10-21 milimeter merkuri (mm Hg)

Tidak normal: Lebih tinggi daripada 21 mm Hg

Nilai tinggi

IOP yang tinggi mungkin bermakna anda mempunyai glaukoma atau anda berisiko tinggi untuk mengalami glaukoma. Orang yang mempunyai tekanan yang berterusan melebihi 27 mm Hg biasanya mempunyai glaukoma kecuali tekanan diturunkan dengan ubat-ubatan.

Orang yang mempunyai IOP yang lebih tinggi daripada 21 mm Hg tetapi tidak mempunyai kerosakan saraf optik mempunyai keadaan yang dikenali sebagai hipertensi okular. Orang-orang ini mungkin berisiko untuk mengalami glaukoma pada masa akan datang

Julat normal untuk tonometri mungkin berbeza-beza mengikut makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian tonometri, sila rujuk pada doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 12, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.