backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Terkehel

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Terkehel?

Dislokasi adalah keadaan apabila tulang tergelincir keluar dari sendi atau kedudukan normalnya. Dislokasi sendi boleh berulang semula selepas itu.

Dislokasi kebanyakannya berlaku di bahu dan jari. Bahagian lain yang biasanya mengalami dislokasi adalah siku, lutut dan pinggul. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apakah kebarangkalian Terkehel?

Dislokasi boleh berlaku tanpa mengira faktor usia:

Orang yang lebih tua cenderung mempunyai risiko yang lebih tinggi, terutama bagi mereka yang mudah jatuh dan kurang pergerakan.

Kanak-kanak juga boleh berisiko lebih tinggi untuk mengalami dislokasi jika mereka tidak diperhatikan oleh ibu bapa mereka semasa bermain di kawasan yang tidak selamat.

Orang yang biasanya menjalani aktiviti fizikal, mereka berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan seperti dislokasi juga.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Terkehel?

  • Jelas kelihatan terkehel
  • Bengkak atau berubah warna
  • Rasa sakit apabila anda bergerak
  • Rasa kebas atau semut-semut di sekeliling tapak terkehel
  • Kehilangan pergerakan

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Adalah disyorkan untuk membubuh ais pada sendi yang terkehel dan pastikan ia tidak bergerak sementara menunggu rawatan perubatan. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Terkehel?

Dislokasi disebabkan oleh suatu impak yang tidak seimbang. Ini mungkin disebabkan oleh kemalangan apabila anda jatuh atau terkena pukulan/tumbukan atau disebabkan trauma lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Terkehel?

Terdapat banyak faktor risiko untuk dislokasi, seperti:

  • Mudah jatuh. Anda mungkin menggunakan tangan atau pinggul atau bahu anda untuk mendarat apabila jatuh yang berkemungkinan menyebabkan dislokasi.
  • Sesetengah orang dilahirkan dengan ligamen longgar dan cenderung mengalami dislokasi selepas kemalangan.
  • Cedera semasa bersukan, seperti bola sepak, bola keranjang, gimnastik
  • Kemalangan kenderaan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Terkehel didiagnosis?

Diagnosis dilakukan bergantung kepada kawasan berlakunya dislokasi. Doktor anda mungkin menjalankan:

  • Sinar-X untuk mengenalpasti bahagian yang mengalami dislokasi dan tempat lain pada sendi anda yang rosak / patah
  • MRI (pengimejan resonans magnetik) untuk menghampiri tisu-tisu yang rosak di sekeliling sendi-sendi yang mengalami dislokasi

Bagaimana pesakit Terkehel dirawat?

  • RICE (Rehat, Ais, Kompresi/tekanan, dan Menaikkan/meninggikan). Dalam sesetengah kes, RICE boleh membantu sendi yang terkehel kembali ke kedudukan yang betul semula
  • Doktor anda boleh menggunakan splin atau anduh untuk menghalang pergerakan sendi selama beberapa minggu.
  • Sekiranya tulang yang mengalami dislokasi tidak dapat dikembalikan ke kedudukan normal, pembedahan diperlukan.
  • Apabila splin atau anduh dikeluarkan, anda akan ditawarkan sesi pemulihan untuk memperbaiki pergerakan sendi anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Terkehel?

Perubahan gaya hidup dan remedi di rumah boleh membantu anda menghadapi dislokasi:

  • Rehatkan sendi anda yang terkehel: Jangan lakukan semula aktiviti khusus yang menyebabkan kecederaan anda, dan cuba hindari pergerakan yang menyakitkan.
  • Letakkan haba atau ais pada sendi yang terkehel: Meletakkan ais pada sendi yang cedera membantu mengurangkan kemerahan dan kesakitan. Untuk hari pertama atau hari kedua, anda harus menggunakan pek ais selama 15 hingga 20 minit pada satu masa. Selepas itu, apabila simptom-simptomnya telah bertambah baik, beralih kepada pek panas atau pad pemanas selama 20 minit pada satu masa, ini boleh membantu melegakan otot.
  • Ambil ubat penahan sakit: ibuprofen (Advil), naproxen (Aleve) atau acetaminophen (Tylenol).
  • Senaman Julat pergerakan: Selepas satu atau dua hari, melakukan beberapa senaman secara perlahan membantu anda mengekalkan fungsi sendi normal.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan