backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenali Punca, Simptom, Faktor Risiko, Diagnosis Dan Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 20/12/2023

Kenali Punca, Simptom, Faktor Risiko, Diagnosis Dan Rawatan Penyakit Darah Tinggi

Stigma masyarakat mengenai penyakit darah tinggi hanya dialami oleh golongan yang berusia harus diubah kerana golongan muda turut berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Namun apakah punca tekanan darah tinggi dan bagaimana pula rawatannya? Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu tekanan darah tinggi?

Penyakit darah tinggi adalah penyakit biasa di mana darah mengalir melalui saluran darah (arteri) pada tekanan yang lebih tinggi daripada normal.

Bacaan tekanan darah anda didapati secara berterusan 140/90, atau lebih tinggi, selama beberapa minggu.

Apakah kebarangkalian tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom tekanan darah tinggi?

tanda penyakit darah tinggi

Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi biasanya tidak mengalami simptom dan berasa sihat. Kebanyakan orang mengetahui tentang keadaan ini apabila mereka menjalani pemeriksaan rutin dengan doktor.

Walau bagaimanapun, simptom bagi penyakit darah tinggi yang sangat teruk termasuklah sakit kepala yang teruk atau kabur penglihatan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan ini.

Punca

Apakah punca tekanan darah tinggi?

penyebab tekanan darah tinggi

Penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum difahami sepenuhnya. Walau bagaimanapun, beberapa perkara berikut menunjukkan perkaitan dengan keadaan ini:

  • Penuaan
  • Tabiat minum lebih daripada 2 minuman beralkohol sehari untuk lelaki atau lebih daripada 1 minuman beralkohol sehari untuk wanita
  • Makan banyak natrium (garam)
  • Berat badan berlebihan atau obes
  • Banyak menghadapi tekanan
  • Diet yang rendah kalium, magnesium, dan kalsium

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada penyakit darah tinggi?

Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit darah tinggi, seperti:

  • Sejarah keluarga terhadap tekanan darah tinggi;
  • Kurang senaman atau aktiviti fizikal;
  • Bangsa/kaum: Afrika-Amerika lebih cenderung mendapat tekanan darah tinggi;
  • Apnea tidur dan gangguan pernafasan semasa tidur;
  • Penggunaan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang panjang seperti NSAID; contohnya naproxen (seperti Aleve) atau ibuprofen (seperti Motrin / Advil) atau perencat COX-2, seperti celecoxib (Celebrex).

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit tekanan darah tinggi didiagnosis?

Anda akan diminta untuk mengukur tekanan darah anda. Bacaan tekanan darah diukur dengan manset tekanan darah atau secara perubatan dikenali sebagai sphygmomanometer.

Manset yang mampu mengembung akan dibalut di lengan atas, dan dikembungkan sehingga ke tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan darah sistolik anda yang diketahui.

Kemudian semasa manset dikecutkan semula, bunyi pertama yang terhasil pada stetoskop menunjukkan tekanan darah sistolik.

Apabila bunyi tersebut mula hilang sepenuhnya, tekanan semasa yang dibaca adalah tekanan darah diastolik. Jika bacaan anda tinggi, lawatan susulan diperlukan untuk mengesahkan keadaan anda.

Perlu diingati bahawa sesetengah pesakit mungkin mengalami tekanan darah tinggi hanya apabila mereka berada di bilik doktor.

Ini dikenali sebagai hipertensi kot putih. Doktor anda mungkin memerlukan anda untuk mengukur tekanan darah anda di rumah untuk menghapuskan kemungkinan ini.

penyakit darah tinggi

Bagaimana pesakit tekanan darah tinggi dirawat?

Bergantung kepada keadaan badan anda, doktor anda akan mengesyorkan pelbagai pelan rawatan, yang termasuk ubatan, perubahan gaya hidup dan kegiatan alternatif yang lain:

  • Ubat: Pilihan ubat boleh meliputi ubat diuretik, perencat ACE (ACEi), penyekat reseptor Angiotensin II (ARB), penyekat beta (beta blocker), penyekat saluran kalsium (CCB), perencat renin langsung. Ubat-ubatan lain untuk tekanan darah tinggi, termasuklah penyekat alfa (alpha blocker) dan vasodilator. Doktor anda biasanya akan memilih dos ubat yang rendah terlebih dahulu. Sekiranya tidak berkesan, peningkatan dos atau rawatan kombinasi boleh digunakan.
  • Perubahan gaya hidup: ini boleh termasuk diet yang sihat dan jadual bersenam.
  • Kegiatan alternatif: akupunktur, kaedah biomaklum balas, pernafasan berpandukan alat, meditasi, pengurusan tekanan dan kerehatan, serta senaman yoga.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit darah tinggi?

Di samping itu, gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut pula mungkin membantu anda dalam mengatasi tekanan darah tinggi:

  • Diet yang sihat: memilih diet sihat yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayuran, produk rendah lemak dan daging tanpa lemak. Hadkan natrium, lemak, dan pengambilan minyak anda.
  • Tabiat minum yang bijak: elakkan alkohol dan kafein.
  • Bersenam secara kerap: cuba melakukan aktiviti fizikal intensif setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Kekal positif dan gembira.
  • Pemeriksaan yang kerap: pemantauan kendiri terhadap tekanan darah anda di rumah dan menghadiri pemeriksaan biasa anda di hospital. Pemeriksaan menyeluruh badan dapat membantu anda mengenal pasti faktor risiko dengan lebih awal dan tepat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 20/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan