Apa itu Takikardia Ventrikular ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Takikardia Ventrikular?

Takikardia ventrikular adalah keadaan serius yang menyebabkan jantung anda berdegup lebih pantas daripada biasa. Kebiasaanya, jantung anda berdegup 60-80 kali per minit membekalkan kuantiti darah yang cukup bagi peredaran paru-paru dan peredaran periferal semasa sistole dan bagi jantung sendiri melalui arteri koronari semasa distole. Dalam takikardia ventrikular, jantung anda berdegup terlalu pantas, kadar nadi lebih daripada 100 degupan per minit dengan sekurang-kurangnya tiga degupan jantung tidak sekata dalam satu urutan (kitaran jantung).

Takikardia ventrikular adalah ritma yang laju tetapi sekata. Ia boleh membawa kepada fibrillasi ventrikular, yang mana laju dan tidak sekata. Bagi mengelakkan komplikasi ini daripada berlaku, penting untuk mendapatkan rawatan segera bagi takikardia ventrikular.

Apakah kebarangkalian Takikardia Ventrikular?

Takikardia ventrikular selalunya berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit struktur jantung. Hal ini dapat diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Takikardia Ventrikular?

Jika degupan jantung anda menjadi laju untuk beberapa saat sahaja, anda mungkin tidak akan berasa apa-apa. Jika ia berlaku lebih lama, anda mungkin akan menyedari bahawa jantung anda berdegup pantas, berdegup kuat, atau rasa seperti ada degupan yang melangkau. Perubahan degupan jantung ini dipanggil palpitasi. Simptom-simptom biasa yang lain termasuk:

  • Palpitasi, rasa tidak selesa pada degupan jantung yang laju dan tidak sekata;
  • Pening dan sakit kepala;
  • Sesak nafas;
  • Sakit atau tekanan pada dada;
  • Hampir pengsan atau pengsan (sinkop);
  • Nadi lemah atau tiada nadi;
  • Pening;
  • Masalah pernafasan;
  • Sakit dada.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mempunyai sebarang simptom berikut:

  • Masalah pernafasan;
  • Sakit dada yang berlaku lebih daripada beberapa minit.

Punca

Apakah punca Takikardia Ventrikular?

Kadang kala punca bagi takikardia ventrikular tidak dapat diketahui, terutamanya apabila ia berlaku pada orang muda. Tetapi kebanyakan kes takikardia ventrikular disebabkan oleh:

  • Kardiomiopati, yang melemahkan otot jantung;
  • Penyakit struktur jantung, yang boleh disebabkan oleh jantung rosak akibat serangan jantung sebelum ini;
  • Penyakit iskemik jantung, yang disebabkan oleh kurang aliran darah pada jantung;
  • Kegagalan jantung, yang berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam kuantiti darah yang mencukupi;
  • Jangkitan pada jantung, dipanggil miokarditis.

Takikardia ventrikular juga boleh disebabkan oleh:

  • Ubat yang digunakan bagi mengawal masalah ritma jantung;
  • Perubahan dalam darah anda (seperti mempunyai bahan kimia terlalu sikit atau banyak di dalam darah);
  • Tidak mendapat darah yang cukup.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Takikardia Ventrikular?

Terdapat banyak faktor risiko bagi takikardia ventrikular, seperti:

  • Golongan dewasa lebih tua;
  • Mempunyai keadaan jantung;
  • Mengalami serangan jantung sebelum ini;
  • Mempunyai sejarah keluarga dengan takikardia ventrikular.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Takikardia Ventrikular didiagnosis?

Diagnosis dilakukan melalui pemeriksaan fizikal dan ujian tertentu. Ketika pemeriksaan, doktor akan mendengar jantung anda dan bertanya mengenai simptom-simptom. Doktor juga akan memeriksa nadi dan tekanan darah darah anda.

Jika takikardia ventrikular disyaki, doktor akan membuat ujian-ujian tertentu termasuklah:

  • Elektrokardiogram (ECG);
  • MRI kardium (CMRI);
  • Echokardiografi transesofageal.

Bagaimana pesakit Takikardia Ventrikular dirawat?

Rawatan bergantung pada punca penyebab takikardia ventrikular. Kemungkinan rawatan adalah:

  • Ubat bagi mengawal kelajuan atau ritma degupan jantung anda.
  • Rawatan dipanggil kardioversi yang melibatkan penggunaan aliran elektrik sederhana pada jantung. Ini akan membantu membaiki ritma jantung.
  • Alat dipanggil defibrilator kardioverter boleh implan (ICD untuk nama pendek) di mana doktor akan meletakkannya di dalam badan anda. ICD menggunakan aliran elektrik sederhana untuk menjadikan ritma jantung anda normal.
  • Alat dipanggil pacemaker di mana doktor akan meletakkan di dalam badan anda. Ia menghantar isyarat elektrik kepada jantung bagi mengawal degupan jantung anda.
  • Rawatan dipanggil ablation. Ia menggunakan haba (dipanggil ablation radiofrekuensi) atau sejuk (dipanggil cryoablation) bagi memusnahkan sebahagian kecil jantung yang menghantar isyarat elektrik yang tidak normal.
  • Pembedahan bagi menghasilkan tisu parut di dalam jantung. Ini akan menghalang aliran isyarat elektrik yang tidak normal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Takikardia Ventrikular?

Mempunyai penyakit jantung membuatkan anda lebih cenderung untuk mengalami takikardia ventrikular. Terdapat banyak faktor risiko tetapi kesemuanya boleh dielakkan, seperti:

Melakukan perkara yang dapat mengekalkan kesihatan jantung anda boleh mencegah daripada penyakit jantung. Ini termasuklah:

  • Amalkan diet yang sihat yang mengandungi buah dan sayur serta produk tenusu rendah lemak, tetapi bukan banyak daging atau makanan berlemak.
  • Berjalan atau melakukan aktiviti fizikal hampir setiap hari dalam seminggu.
  • Turun berat badan, jika anda mempunyai berat berlebihan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 20, 2018

Rujukan