Apa itu Syankroid (Chancroid)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apakah itu syankroid?

Syankroid (chancroid) adalah jangkitan bakteria yang merebak melalui hubungan seksual. Seperti herpes genital dan sifilis, syankroid adalah salah satu faktor risiko untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan HIV.

Apakah kebarangkalian syankroid?

Syankroid boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom mungkin berbeza bagi lelaki dan wanita, tetapi kebiasaannya ia bermula satu hari hingga ke beberapa minggu selepas terdedah kepada jangkitan. Simptom yang biasa bagi syankroid ialah:

Lelaki: Mereka mungkin akan menyedari benjolan kecil berwarna merah pada alat kelaminnya yang bertukar menjadi kudis/ulser dalam satu atau dua hari kemudian. Ulser tersebut boleh berlaku pada mana-mana bahagian alat kelamin termasuklah zakar dan skrotum.

Wanita: Mereka mungkin akan menemui empat atau lebih benjolan merah pada labia, antara labia dan dubur, atau pada paha. Labia adalah lipatan kulit yang menutupi alat kelamin wanita . Selepas benjolan tersebut bertukar menjadi ulser, atau terbuka, wanita tersebut akan mengalami rasa terbakar atau sakit semasa membuang air kecil atau besar.

Simptom yang berikut berlaku pada lelaki dan wanita:

  • Ulser mempunyai saiz yang pelbagai dan selalunya berukuran antara 1/8 ke 2 inci.
  • Ulser mempunyai permukaan tengah yang lembut berwarna kelabu hingga kelabu kekuningan dengan garis tepi yang jelas.
  • Ulser senang berdarah apabila disentuh
  • Rasa sakit sewaktu membuang air kencing atau bersetubuh
  • Bengkak pada groin( bahagian di antara abdomen bawah dengan paha)
  • Nodus limfa membengkak dan menembusi kulit lalu menyebabkan nanah yang besar

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Simptom-simptom syankroid
  • Anda melakukan hubungan seks dengan orang yang anda tahu menghidapi jangkitan seksual (STI)
  • Anda mengamalkan hubungan seks berisiko tinggi

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan syankroid?

Syankroid berpunca daripada jangkitan bakteria yang dipanggil Haemophilus ducreyi. Ia menyerang tisu dan menghasilkan kudis yang digelar sebagai syankroid atau ulser. Kudis ini muncul pada atau berdekatan dengan organ pembiakan luaran. Kondisi ini menjejaskan lelaki dan perempuan. Ulser boleh berdarah dan menghasilkan cairan yang mengandungi bakteria dan boleh berjangkit melalui persetubuhan mulut, dubur,atau faraj. Syankroid juga boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit dengan orang yang sudah dijangkiti.

Jangkitan ditemui di banyak kawasan di seluruh dunia seperti Afrika dan Asia barat. Sangat sedikit sekali orang yang didiagnosis penyakit ini di kawasan lain pada setiap tahun. Kebanyakan orang yang berasal daripada kawasan yang tidak terjejas dijangkiti syankroid semasa mereka mengembara  ke kawasan yang kadar jangkitannya lebih tinggi.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko syankroid

Sekiranya anda aktif dari sudut seksual, anda berisiko untuk dijangkiti syankroid. Jika anda mengembara atau tinggal di negara yang tidak cukup sumber kehidupan, anda berisiko tinggi berbanding mereka yang tinggal di kawasan sumber kehidupan yang mencukupi: Sumber-sumber kehidupan yang dimaksudkan ialah:

  • Penjagaan kesihatan
  • Makanan
  • Tempat tinggal/berteduh
  • Air

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana syankroid boleh didiagnosis?

Penyedia penjagaan kesihatan akan mendiagnosis syankroid dengan melihat kepada ulser, memeriksa nodus limfa yang bengkak dan melakukan ujian untuk penyakit jangkitan seksual (STD)

Untuk mendiagnosis kondisi ini, ia melibatkan pengambilan sampel cecair yang mengalir dari kudis. Sampel-sampel ini akan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Syankroid buat masa sekarang masih tidak dapat didiagnos melalui ujian darah. Doktor anda mungkin akan memeriksa nodus limfa di bahagian groin anda untuk sebarang bengkak atau kesakitan.

Bagaimana syankroid dirawat?

Syankroid boleh dirawat dengan jayanya menggunakan ubat. Jangkitan   boleh hilang tanpa rawatan tetapi ubat membantu anda untuk sembuh dengan lebih cepat dan mengurangkan parut yang terhasil. Sesetengah orang mengalami kesakitan dan cairan berbulan-bulan lamanya. Rawatan antibiotik biasanya menyembuhkan luka lebih cepat dengan parut yang sedikit.

  • Ubat-ubatan: Doktor akan mengarahkan anda untuk mengambil antibiotik bagi menghapuskan bakteria yang menyebabkan ulser. Antibiotik membantu mengurangkan parut apabila ulser itu sembuh. Antibiotik yang boleh digunakan termasuklah ceftriaxone dan azithromycin
  • Pembedahan: doktor anda akan membuang nanah yang besar dan sakit di nodus limfa dengan menggunakan jarum atau melalui pembedahan. Ini akan mengurangkan bengkak dan kesakitan, di samping itu, luka tersebut akan sembuh dan boleh menyebabkan parut yang halus di kawasan itu.

Kondisi ini boleh dipulihkan sekiranya diberi rawatan. Kudis syankroid boleh sembuh dengan parut yang halus sekiranya semua ubat diambil sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda. Syankroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan terhasilnya parut kekal pada alat kelamin lelaki dan membawa kepada komplikasi serius serta jangkitan lain pada wanita.

Komplikasi yang boleh berlaku termasuklah fistula uretra dan parut pada kulup zakar bagi lelaki yang tidak berkhatan. Orang yang dijangkiti syankroid juga perlu diperiksa untuk jangkitan seksual (STI) yang laint ermasuklah sifilis, HIV, herpes genital. Bagi orang yang positif HIV, syankroid mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Faktor-faktor RisikoPerubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas syankroid ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi syankroid :

  • Mengehadkan bilangan pasangan seks dan mempraktikkan seks yang selamat
  • Elakkan aktiviti berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan syankroid dan penyakit jangkitan seksual yang lain.
  • Mengingatkan semua pasangan anda sekiranya anda mengalami kondisi tersebut untuk turut sama menjalani ujian dan rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Syankroid (Chancroid) didiagnosis?

PasteTextHere

Bagaimana pesakit Syankroid (Chancroid) dirawat?

PasteTextHere

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Syankroid (Chancroid)?

PasteTextHere

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut