Apa itu Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

Oleh

Definisi

Apa itu Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

Stenosis tulang belakang lumbar ialah penyempitan laluan tulang belakang di bahagian belakang bawah badan, yang dikenali sebagai kawasan lumbar.

Ia selalunya terjadi apabila tulang atau tisu atau kedua-duanya membesar di pembukaan tulang belakang. Tumbesaran ini boleh menekan dan mengganggu saraf yang bercambah keluar dari saraf tunjang.  

Ini boleh menyebabkan kesakitan, rasa kebas, atau lemah, selalunya di bahagian kaki, tapak kaki dan punggung.

Apakah kebarangkalian Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

Simptom-simptom yang biasanya dialami ialah:

  • Rasa kebas, lemah, kekejangan, atau sakit di bahagian kaki, tapak kaki atau punggung. Gejala ini menjadi bertambah teruk apabila anda berjalan, berdiri tegak atau menyandar ke belakang. Rasa sakit menjadi lega apabila anda duduk atau membongkok ke hadapan.
  • Kekakuan pada kaki dan peha.
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan.
  • Dalam kes yang teruk, kehilangan kawalan usus dan pundi kencing.

Gejala-gejala boleh menjadi sangat teruk dalam satu masa dan boleh menjadi ringan di masa yang lain. Kebanyakan pesakit tidaklah sehingga menjadi kekurangan upaya. Malahan, ada yang tidak mengalami sebarang simptom langsung.

Mungkin ada gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda ada mengalami sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda ada mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang disenaraikan di atas atau ada sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Apa yang terbaik adalah anda berunding dengan doktor anda apa yang terbaik untuk situasi yang sedang anda lalui.

Punca

Apakah punca Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

  • Pertumbuhan tulang yang terlampau. Kerosakan yang terhasil dari osteoaritris ke atas tulang belakang anda boleh menyegerakan pembentukan taji tulang, di mana akan membentuk ke dalam saluran tulang belakang. Penyakit Paget, adalah penyakit tulang yang selalunya terjadi kepada orang dewasa, juga boleh menyebabkan pertumbuhan tulang belakang yang terlampau.
  • Herniasi cakera. Kusyen lembut yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara tulang belakang terdedah kepada kekeringan seiring dengan usia yang bertambah. Retak di luaran cakera boleh menyebabkan sebahagian dari bahan dalamannya yang lembut terkeluar dan memberi tekanan kepada saraf tunjang atau saraf.
  • Ligamen yang menebal. Tunjang yang utuh yang membantu memegang tulang belakang anda menjadi kaku dan tebal dari semasa ke semasa. Ligamen yang menebal ini boleh membonjol ke arah saluran tulang belakang.
  • Ketumbuhan. Ketumbuhan yang luar biasa boleh terjadi didalam saraf tunjang, didalam lapisan yang menyelaputi saraf tunjang atau di ruang antara saraf tunjang dan vertebra. Ini tidaklah selalu terjadi dan dapat dikenal pasti apabila melakukan pengimejan tulang belakang dengan MRI atau CT.
  • Kecederaan spina. Kemalangan kereta dan trauma lain boleh menyebabkan dislokasi dan kepatahan satu atau lebih vertebra. Tulang yang bergerak dari kepatahan spina boleh merosakkan kandungan saluran spina. Benjolan dari tisu sekeliling sejurus selepas pembedahan di belakang badan juga boleh memberi beban kepada saraf tunjang atau saraf lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

Kebanyakan orang yang menghidapi stenosis spina adalah mereka yang berumur lebih dari 50 tahun. Walaupon degenerasi boleh menyebabkan stenosis tulang belakang kepada golongan yang lebih muda, faktor penyebab lain juga perlu diambil kira. Ini adalah termasuk kemalangan, kecacatan tulang belakang sejak lahir seperti skoliosis, dan penyakit genetik yang melibatkan perkembangan tulang dan otot di seluruh badan. Pengimejan tulang belakang boleh membezakan punca-punca ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Stenosis Tulang Belakang Lumbar didiagnosis?

Untuk mendiagnosis stenosis spina, doktor anda akan bertanyakan tentang sebarang tanda atau gejala, berbincang tetntang sejarah perubatan anda dan mengendalikan pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan mengarahkan beberapa ujian pengimejan untuk mengenalpasti punca terhadap tanda atau gejala yang anda alami.

Ujian pengimejan.

  • X-ray. Apabila x-ray belakang badan dilakukan, ia boleh membantu mengenalpasti sebarang perubahan terhadap tulang anda, contohnya taji tulang yang boleh menyempitkan ruangan dalam saluran spina anda. Setiap x-ray melibatkan sedikit pendedahan kepada radiasi.
  • Imbasan Resonans Magnetik(MRI). MRI menggunakan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk menghasilkan imej rentasan tulang belakang anda. Ujian ini boleh mengenal pasti kerosakan pada cakera dan ligamen anda serta kehadiran tumor. Yang paling penting, imbasan ini boleh menunjukkan yang manakah saraf di dalam saraf tunjang yang sedang ditekan.
  • CT atau mielogram CT.Jjika anda tidak boleh melakukan MRI, doktor anda akan mengesyorkan Tomografi Komputer (CT), sebuah ujian yang menggabungkan imej X-ray yang diambil daripada pelbagai sudut untuk menghasilkan imej yang terperinci, rentasan imej badan anda. Di dalam CT mielogram, imbasan CT dijalankan selepas pewarna kontras disuntik. Pewarna tersebut akan memberi garisan luar kepada saraf tunjang dan saraf lain, dan ia akan mendedahkan cakera yang terherniasi, taji tulang dan ketumbuhan.

Bagaimana pesakit Stenosis Tulang Belakang Lumbar dirawat?

Ia bergantung kepada lokasi terjadinya stenosis dan tahap keterukan tanda dan gejala yang anda alami.

Ubat-ubatan

Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi:

  • Pelega kesakitan. Ubatan untuk sakit seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, dan lain-lain naproxen (Aleve, lain-lain) dan acetaminophen (Tylenol, lain-lain) mungkin boleh digunakan buat sementara waktu untuk melegakan ketidakselesaan stenosis spina. Ubatan ini selalunya dicadangkan untuk waktu yang singkat sahaja, kerana terdapat hanya sedikit sahaja bukti akan manfaatnya untuk jangka masa yang panjang.
  • Dos malam tricyclic antidepressi, seperti amitriptyline, boleh melegakan sakit yang kronik.
  • Ubat anti-sawan. Sesetengah ubat anti-sawan seperti gabapentin (Neurontin) dan pregabalin (Lyrica), digunakan untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh saraf yang terjejas.
  • Ubatan yang mengandungi codeine seperti oxycodone (Oxycontin, Roxicodone) dan hydrocodone (Norco, Vicodin) mungkin berguna untuk kelegaan jangka masa pendek. Opiod juga mungkin boleh dipertimbangkan secara berjaga-jaga untuk rawatan jangka masa panjang. Tetapi ia membawa kepada risiko kesan sampingan yang serius, termasuklah membentuk menjadi kebiasaan.

Terapi fizikal

Selalunya mereka yang menghidapi stenosis spina menjadi kurang aktif, dalam usaha mereka mengurangkan rasa sakit. Tetapi ia akan membawa kepada kelemahan otot, yang akan menyebabkan kepada lebih kesakitan. Pakar terapi fizikal boleh mengajar anda senaman yang mungkin membantu:

  • Membina kekuatan dan ketahanan.
  • Mengekalkan fleksibiliti dan kestabilan tulang belakang anda.
  • Meningkatkan keseimbangan anda.

Cucukan steroid

Akar saraf anda boleh menjadi terganggu dan membengkak di tempat ia mendapat tekanan. Semasa mencucuk ubatan steroid (corticosteroid) ke dalam ruang di sekeliling kawasan perlanggaran tidak akan mengubati stenosis tersebut, tetapi ia mampu mengurangkan keradangan dan melegakan sedikit kesakitan.

Cucukan steroid tidaklah berkesan untuk semua orang. Dan cucukan steroid yang berulang boleh melemahkan tulang dan tisu penghubung di sekelilingnya, maka anda hanya boleh mendapat cucukan ini beberapa kali sahaja dalam masa setahun.

Prosedur dekompresi

Dengan prosedur ini, peralatan seperti jarum digunakan untuk membuang ligamen yang menebal di bahagian belakang tulang belakang untuk meningkatkan ruang saluran spina dan menghapuskan perlanggaran kepada akar saraf. Hanya pesakit yang mengalami stenosis tulang belakang lumbar dan ligamen menebal sahaja yang layak menjalani dekompresi jenis ini.

Prosedur ini dipanggil Percutaneous Image-guided Lumbar Decompression (PILD). Ia juga dipanggil sebagai Minimally Invasive Lumbar Decompression (MILD), tetapi untuk mengelakkan kekeliruan dengan prosedur pembedahan invasif dengan minima, doktor telah menggunakan terma PILD.

Oleh kerana PILD dilakukan tanpa ubat bius keseluruhan, ia boleh menjadi pilihan untuk sesetengah pesakit yang berisiko tinggi dengan sebarang pembedahan berbanding masalah perubatan yang lain.

Pembedahan

Pembedahan boleh diambil kira jika rawatan lain tidak membantu atau anda tidak berupaya dengan simptom yang dialami. Matlamat pembedahan ini adalah termasuk melegakan tekanan ke atas saraf tunjang atau akar saraf dengan cara mewujudkan lebih ruang di dalam saluran spina. Pembedahan untuk dekompresi kawasan yang mengalami stenosis adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan gejala stenosis spina.

Kajian menunjukkan pembedahan tulang belakang boleh membawa kepada hanya beberapa komplikasi apabila dilakukan oleh pakar bedah yang berpengalaman tinggi. Jangan teragak-agak untuk bertanya tentang kepakaran pakar bedah anda melakukan pembedahan stenosis spina ini. Jika anda mengalami sebarang kemusykilan, sila dapatkan pendapat dari pihak kedua.

Contoh prosedur pembedahan untuk merawat stenosis spina termasuklah:

  • Prosedur yang membuang bahagian belakang (lamina) vertebra yang terlibat. Laminektomi kadangkala dipanggil sebagai pembedahan dikompresi kerana ia melegakan tekanan ke atas saraf dengan mewujudkan ruang di sekelilingnya.
  • Dalam beberapa kes, vertebra mungkin perlu disambung kepada vertebra yang lain dengan alatan besi dan cantuman tulang  untuk mengekalkan keutuhan tulang belakang.
  • Prosedur ini hanya membuang sebahagian lamina sahaja, selalunya dengan cara mengukir lubang yang cukup untuk melegakan tekanan ke tempat yang sepatutnya.
  • Prosedur ini dijalankan hanya ke atas vertebra di bahagian leher sahaja iaitu cervikal. Ia membuka ruang didalam saluran spina dengan mewujudkan sesiku pada lamina. Alatan besi menghubungkan jarak pada bahagian yang terbuka.
  • Pembedahan invasif secara minima. Pendekatan ini adalah untuk membuang tulang atau lamina yang dapat mengurangkan kerosakan kepada tisu sihat di sekelilingnya. Ini dapat mengurangkan keperluan untuk melakukan proses penyambungan.

Walaupun proses penyambungan adalah berguna untuk menstabilkan tulang belakang dan mengurangkan kesakitan, dengan mengelakkannya ia mampu mengurangkan risiko seperti sakit selepas pembedahan dan keradangan dan penyakit di bahagian tulang belakang yang lain, selain dari dapat mengurangkan keperluan penyambungan spina, prosedur pendekatan pembedahan dengan invasif secara minima membuktikan proses penyembuhan yang singkat.

Dalam kebanyakan kes, pembedahan mewujudkan ruang ini membantu mengurangkan gejala stenosis tulang belakang. Tetapi tidak buat sesetengah yang lainnya, gejala masih berlaku atau menjadi semakin teruk selepas pembedahan. Antara risiko pembedahan yang lainnya ialah termasuk jangkitan, kecederaan di bahagian lapisan yang menyelaputi saraf tunjang, darah beku di salur darah kaki dan kemerosotan neurologi.

Rawatan yang berpotensi pada masa hadapan

Beberapa percubaan klinikal sedang dijalankan untuk menguji kegunaan sel induk dalam merawat penyakit degenerasi tulang belakang, ia satu pendekatan yang kadangkala dipanggil sebagai perubatan regenerasi. Percubaan perubatan genom juga ada dijalankan, di mana mungkin akan menghasilkan terapi baru genetik untuk stenosis tulang belakang.

Perubatan alternatif

Perubatan integrasi dan terapi alternatif boleh juga digunakan bersama rawatan konvensional untuk membantu menangani kesakitan stenosis tulang belakang.  Antaranya ialah:

  • Terapi urutan.
  • Rawatan chiropractic.
  • akupunktur.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Stenosis Tulang Belakang Lumbar?

  • Cubalah ubat pelega kesakitan. Ubatan yang boleh dibeli di farmasi seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) naproxen (Aleve, lain-lain) dan acetaminophen (Tylenol, lain-lain) yang boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan.
  • Menuam pek panas atau sejuk. Sesetengah gejala stenosis tulang belakang boleh dilegakan dengan cara menuam haba atau ais di bahagian leher anda.
  • Mengekalkan berat badan seimbang. Sasarkan untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jika berat badan anda berlebihan atau obes, doktor anda akan menasihati anda untuk menurunkan berat badan. Dengan cara menurunkan berat badan berlebihan mampu mengurangkan kesakitan dengan cara mengangkat sedikit tekanan daripada belakang badan anda, terutamanya di bahagian lumbar.
  • Latihan membongkok, meregang dan menguatkan mampu memberi ruang kepada tulang belakang anda. Sila minta nasihat dari pakar terapi fizikal anda tentang senaman yang selamat untuk dilakukan di rumah.
  • Gunakan tongkat atau pemapah. Selain dari memberi kestabilan, alatan ini dapat membantu anda mengurangkan kesakitan dengan mengizinkan anda membongkok sedikit ke hadapan semasa berjalan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 6, 2018

Rujukan