Apa itu Stenosis Spina Servikal?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Stenosis Spina Servikal?

Cervical spinal stenosis atau Stenosis Spina Servikal adalah penyempitan saluran tulang belakang di leher. Saluran tulang belakang (spinal canal) adalah kawasan terbuka di tulang (vertebra) yang membentuk kolum tulang belakang (spinal column). Saraf tunjang adalah kumpulan saraf yang mengalir melalui saluran tulang belakang dari pangkal otak ke bahagian bawah belakang. Saraf ini membolehkan kita merasa, bergerak, dan mengawal usus dan pundi kencing serta fungsi badan yang lain. Dalam stenosis tulang belakang servikal, saluran tulang belakang menyempit, lalu menghimpit dan memampatkan akar saraf pada bahagian ia meninggalkan saraf tunjang, ataupun keadaan ini boleh memampatkan dan merosakkan saraf tunjang itu sendiri.

Ketujuh-tujuh vertebra (tulang belakang) di antara kepala dan dada dipanggil sebagai tulang belakang servikal. Sebarang masalah (mampatan atau himpitan ) pada tulang belakang servikal boleh mengubah fungsi saraf tunjang  dan menyebabkan kesakitan, kekakuan, kebas, atau kelemahan pada leher, lengan, dan kaki. Ia juga boleh menjejaskan kawalan ke atas usus dan pundi kencing anda.

Apakah kebarangkalian Stenosis Spina Servikal?

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Stenosis Spina Servikal?

Ramai orang yang berumur lebih daripada 50 tahun menghidapi penyempitan saluran tulang belakang tetapi tidak mengalami sebarang gejala. Stenosis tulang belakang servikal tidak menyebabkan gejala melainkan jika saraf tunjang atau urat saraf ditekan / dihimpit. Gejala biasanya terbentuk secara beransur-ansur dalam tempoh yang lama dan mungkin termasuk:

  • Kekakuan, kesakitan, kebas, atau kelemahan di leher, bahu, lengan, tangan, atau kaki.
  • Masalah keseimbangan dan koordinasi, seperti berjalan menyeret kaki atau tersandung semasa berjalan. Stenosis tulang belakang servikal boleh melumpuhkan jika saraf tunjang rosak.
  • Kehilangan kawalan usus atau pundi kencing (incontinence).

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Stenosis Spina Servikal?

Stenosis tulang belakang servikal boleh terjadi hasil daripada  penuaan dan “haus dan lusuh” (wear and tear) secara beransur-ansur pada tulang belakang. Ia juga boleh berlaku akibat kecenderungan genetik. Ia juga mungkin disebabkan oleh prolaps cakera intervertebral.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Stenosis Spina Servikal?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Stenosis Spina Servikal didiagnosis?

Diagnosis stenosis tulang belakang servikal biasanya dibuat berdasarkan pada sejarah gejala-gejala yang dialami dan pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan bertanya jika sebarang pergerakan leher menyebabkan rasa sakit, kebas, atau lemah. Sekiranya stenosis tulang belakang servikal disyaki, doktor anda akan mengesyorkan ujian pengimejan leher dan belakang untuk mengesahkan diagnosis dan melihat apa yang menyebabkan penyempitan saluran tulang belakang. Ujian pengimejan yang boleh digunakan termasuk X-ray, pengimejan resonans magnetik (MRI), dan pengimbasan tomografi (CT scan). Doktor anda akan menggunakan keputusan ujian, termasuk pengimejan dan ujian darah, untuk menyaring keluar penyakit lain seperti Sklerosis Multipel (MS) dan kekurangan vitamin B12-sebagai punca gejala anda.

Bagaimana pesakit Stenosis Spina Servikal dirawat?

Dalam kes stenosis tulang belakang yang ringan, simptom biasanya boleh dikawal dengan ubat untuk melegakan kesakitan, senaman untuk mengekalkan kekuatan dan fleksibiliti, serta terapi fizikal. Sekiranya gejala-gejala anda teruk, mengalami kelemahan otot progresif, atau imej-imej ujian diagnostik tulang belakang menunjukkan saraf tunjang atau urat saraf anda sedang dihimpit/ditekan, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan dekompresi (decompression) untuk melegakan tekanan. Pembedahan ini boleh dilakukan dari bahagian depan atau belakang leher. Ia melibatkan pengeluaran beberapa cakera, tulang, dan / atau tisu yang menekan akar saraf. Tulang belakang selalunya disatukan secara pembedahan untuk memberikan kestabilan kepada tulang belakang.

Stenosis tulang belakang servikal berpotensi menyebabkan masalah serius pada sistem saraf, termasuk masalah usus dan kawalan pundi kencing (incontinence) dan kehilangan kekuatan dan deria rasa yang kekal di tangan, lengan dan kaki. Doktor tidak akan menunggu anda mengalami tanda-tanda sakit, kelemahan, dan kekebasan yang teruk sebelum mempertimbangkan rawatan untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang dan urat saraf anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Stenosis Spina Servikal?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.