Splin Tulang Kering

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu splin / sakit / cedera tulang kering (shin splints)?

“Shin splint” adalah istilah yang digambarkan sebagai kesakitan di sepanjang tulang kering (tibia). Tulang kering adalah tulang besar / betis di sebelah hadapan kaki bawah anda. Keadaan ini biasanya dikenali sebagai sindrom tekanan tibial medial (medial tibial stress syndrome (MTSS)).

Orang yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang sederhana dan ringan biasanya mengalami splin tulang kering. Kebarangkalian untuk mendapat splin tulang kering boleh meningkat jika anda mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang berat atau sukan henti-mula seperti tenis, racquetball, bola sepak, atau bola keranjang. Dalam sesetengah kes, kesakitan splin tulang kering boleh jadi amat sangat sehingga anda mesti menghentikan aktiviti tersebut.

Splin tulang kering adalah suatu gangguan tekanan kumulatif (cumulative stress disorder). Aktiviti harian anda yang berulang-ulang akan memberi tekanan pada tulang, otot, dan sendi kaki bawah. Ia menghalang badan anda daripada pembaikan secara semula jadi.

Sejauh manakah lazimnya berlaku splin tulang kering?

Splin tulang kering adalah aduan biasa, terutamanya dalam kalangan peserta sukan larian. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom / Gejala-gejala

Apakah simptom-simptom splin tulang kering?

Simptom-simptom biasa splin tulang kering adalah:

  • Sakit tumpul di bahagian depan kaki bawah
  • Sakit yang berlaku semasa senaman
  • Sakit pada kedua-dua belah tulang kering
  • Kesakitan otot
  • Kesakitan di bahagian dalam kaki bawah
  • Nyeri atau kesakitan di sepanjang bahagian dalam kaki bawah
  • Bengkak pada kaki bawah (biasanya ringan, jika ada)
  • Kebas dan kelemahan di kaki

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang suatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor saya?

Anda harus berhubung dengan doktor anda jika ada yang berikut:

  • Kesakitan yang teruk dalam tulang kering anda selepas jatuh atau kemalangan
  • Tulang kering yang terasa panas
  • Tulang kering yang kelihatan meradang
  • Bengkak di kawasan tulang kering anda semakin teruk
  • Kesakitan di tulang kering anda walaupun anda sedang berehat

Sekiranya anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca-punca

Apakah yang menyebabkan splin tulang kering?

Kesakitan yang berkaitan dengan splin tulang kering boleh jadi hasil daripada jumlah daya yang berlebihan pada tulang kering dan tisu yang melekatkan tulang kering kepada otot yang mengelilinginya. Otot akan membengkak dan meningkatkan tekanan terhadap tulang dengan daya yang berlebihan, yang membawa kepada kesakitan dan keradangan.

Tindak balas tekanan kepada fraktur / patah tulang boleh menjadi sebab gangguan ini. Tubuh boleh membaiki keretakan jika ia mempunyai masa yang cukup untuk berehat. Walau bagaimanapun, jika badan tidak mendapat masa untuk berehat, retakan kecil boleh membawa kepada fraktur lengkap atau fraktur stres.

Sebab-sebab tambahan splin tulang kering termasuk:

  • keabnormalan anatomi (seperti sindrom kaki leper (flat foot syndrome)
  • kelemahan otot di paha atau punggung
  • kekurangan fleksibiliti
  • teknik latihan yang tidak betul

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk splin tulang kering?

Terdapat banyak faktor risiko untuk splin tulang kering, seperti:

  • Anda adalah seorang pelari, terutama sekali yang baru bermula
  • Anda tiba-tiba meningkatkan tempoh, kekerapan atau intensiti senaman
  • Anda berjalan di kawasan yang tidak rata, seperti bukit, atau permukaan keras, seperti konkrit
  • Anda berada dalam latihan ketenteraan
  • Anda mempunyai kaki leper atau gerbang tinggi

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah splin tulang kering didiagnosis?

  • Splin tulang kering biasanya didiagnosis berdasarkan riwayat perubatan anda dan ujian fizikal
  • X-ray atau kaedah pengimejan lain boleh membantu mengenal pasti punca-punca lain yang boleh menyebabkan kesakitan anda, seperti fraktur stres

Bagaimanakah splin tulang kering dirawat?

  • Rehatkan badan anda
  • Letakkan ais atas tulang anda untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3 hingga 4 jam selama 2 hingga 3 hari, atau sehingga kesakitan hilang
  • Ambil ubat penahan sakit anti-radang. Mereka harus digunakan hanya sekali-sekala melainkan jika doktor anda mengatakan sebaliknya
  • Gunakan orthotics (sokongan buatan atau pendakap) untuk kasut anda
  • Adakah latihan pelbagai gerakan
  • Gunakan lengan neoprena untuk menyokong dan memanaskan kaki anda
  • Pergi ke terapi fizikal untuk mengenal pasti dan merawat masalah pada belakang atau kaki anda atau cara larian yang mungkin menyebabkan splin tulang kering

Perubahan gaya hidup & remedi sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi sampingan yang boleh membantu saya menguruskan splin tulang kering?

Gaya hidup dan ubat-ubatan rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi splin tulang kering:

  • Analisa pergerakan anda. Teknik larian anda akan dianalisis dengan video formal yang dapat membantu mengenal pasti corak pergerakan yang boleh menyumbang kepada splin tulang kering. Dalam banyak kes, sedikit perubahan dalam larian anda boleh membantu mengurangkan risiko anda
  • Memakai kasut yang sesuai dan menawarkan sokongan yang baik menggunakan lapik dalam kasut penyerap kejutan
  • Mengelakkan senaman atas permukaan yang keras atau licin atau padang yang tidak rata
  • Meningkatkan intensiti senaman secara beransur-ansur
  • Panaskan badan sebelum bersenam
  • Pastikan untuk lakukan regangan dengan betul
  • Melibatkan latihan kekuatan, khususnya latihan kaki yang membina otot betis
  • Tidak cuba bersenam semasa kesakitan
  • Berlari dengan tidak berkasut
  • Tambah latihan kekuatan untuk senaman anda. Anda boleh membuat persediaan kepada kaki anda untuk menangani sukan berimpak tinggi dengan melakukan latihan untuk menguatkan dan menstabilkan kaki, pergelangan kaki, pinggul dan teras anda
  • Pertimbangkan penyangga arkus / lengkung kaki. Penyangga lengkung kaki boleh membantu menghalang kesakitan splin tulang kering, terutama jika anda mempunyai lengkung kaki yang leper

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut