backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sistitis Interstisial, Apa Faktor Risiko Yang Jadi Punca Sakit Pundi Kencing Ini?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

Sistitis Interstisial, Apa Faktor Risiko Yang Jadi Punca Sakit Pundi Kencing Ini?

Definisi

Apa itu sistitis interstisial?

Sistitis interstisial – juga dipanggil sebagai sindrom sakit pundi kencing – merupakan keadaan yang menyebabkan tekanan pundi kencing, pundi kencing sakit, dan kadang-kadang sakit pada pelvik.

Kesakitan bermula dengan rasa tidak selesa yang biasa sehinggalah yang teruk.

Pundi kencing anda adalah organ berotot dan berongga yang mana berfungsi untuk menyimpan urin.

Pundi kencing boleh mengembang sehinggalah ia penuh dan kemudian menghantar isyarat kepada otak anda untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk kencing, berkomunikasi melalui saraf pelvik.

Perkara ini akan menghasilkan keinginan untuk kencing bagi kebanyakan orang.

Dengan kondisi ini, isyarat-isyarat ini akan bercampur – anda rasa anda perlu kencing dengan lebih kerap dan dengan jumlah urin yang lebih sedikit daripada kebanyakan orang.

Apakah risiko sistitis interstisial?

Penyakit ini sering terjadi kepada wanita dan mempunyai impak yang panjang pada kualiti hidup.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

sistitis interstisial

Simptom

Apa simptom sistitis interstisial?

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi sakit pundi kencing adalah:

  • Tekanan dan kesakitan pada pundi kencing yang menjadi bertambah teruk apabila pundi kencing anda penuh
  • Sakit pada bahagian bawah perut, bahagian bawah belakang, pelvik, atau uretra (tiub yang membawa air kencing daripada pundi kencing keluar daripada badan anda)
  • Bagi wanita, sakit pada vulva, vagina, atau kawasan di belakang vagina.
  • Bagi lelaki, sakit pasa skrotum, testikel, penis, atau kawasan di belakang skrotum
  • Rasa keinginan untuk kencing bertambah (lebih daripada normal 7-8 kali sehari)
  • Rasa anda mahu kencing sekarang, bahkan selepas anda keluar dari tandas
  • Bagi wanita, sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  • Bagi lelaki, sakit semasa orgasma atau selepas melakukan hubungan kelamin

Kesakitan pundi kencing yang dirasai akibat kondisi ini berbeza-beza bermula dengan kesakitan biasa sehingga kepada kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Semasa kencing, anda akan rasa sedikit seperti disengat, atau ia boleh jadi seperti rasa terbakar yang serius.

Semua orang yang mengalami perkara ini mempunyai radang pundi kencing. Lebih kurang 50% hingga 10% orang akan mendapat ulser di dalam pundi kencing mereka.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza.

Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

sistitis interstisial

Punca

Apa punca sistitis interstisial?

Punca sebenar bagi sistitis interstisial masih tidak diketahui, tetapi banyak faktor yang boleh menyumbang kepadanya.

Contohnya, individu yang mengalami penyakit ini juga mempunyai kecacatan pada lapisan pelindungan (epitelium) pundi kencing.

Koyakan pada epitelium tersebut akan membenarkan bahan toksik di dalam urin untuk merengsa dinding pundi kencing anda.

Punca-punca yang lain tetapi belum disahkan lagi sebagai faktor penyumbang termasuklah reaksi autoimun, keturunan, jangkitan atau alahan.

Faktor risiko

Apa faktor risiko sistitis interstisial?

sistitis interstisial

Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit pundi kencing, seperti:

  • Jantina. Wanita lebih banyak didiagnosis dengan sistitis interstisial berbanding lelaki. Simptom-simptom yang berlaku pada lelaki mungkin serupa seperti penyakit ini tetapi ia sering disebabkan oleh radang kelenjar prostat (prostatitis)
  • Warna kulit dan rambut. Mempunyai kulit yang cerah dan berambut merah telah dikaitkan dengan risiko tinggi sistitis interstisial
  • Umur. Kebanyakan orang yang mengalami sistitis interstisial didiagnosis ketika mereka berumur 30 tahun atau lebih tua
  • Mengalami gangguan sakit kronik. Sistitis interstisial boleh dikait dengan gangguan sakit kronik yang lain, seperti sindrom iritasi usus atau fibromialgia

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/11/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan