Apa itu Sistitis Interstisial?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Sistitis Interstisial?

Sistitis interstisial – juga dipanggil sebagai sindrom sakit pundi kencing – merupakan keadaan yang menyebabkan tekanan pundi kencing, pundi kencing sakit, dan kadang-kadang sakit pada pelvik. Kesakitan bermula dengan rasa tidak selesa yang biasa sehinggalah yang teruk.

Pundi kencing anda adalah organ berotot dan berongga yang mana berfungsi untuk menyimpan urin. Pundi kencing boleh mengembang sehinggalah ia penuh dan kemudian menghantar isyarat kepada otak anda untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk kencing, berkomunikasi melalui saraf pelvik. Perkara ini akan menghasilkan keinginan untuk kencing bagi kebanyakan orang.

Dengan sistitis interstisial, isyarat-isyarat ini akan bercampur – anda rasa anda perlu kencing dengan lebih kerap dan dengan jumlah urin yang lebih sedikit daripada kebanyakan orang.

Apakah kebarangkalian Sistitis Interstisial?

Sistitis interstisial sering terjadi kepada wanita dan mempunyai impak yang panjang pada kualiti hidup. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sistitis Interstisial?

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi sistitis interstisial adalah:

  • Tekanan dan kesakitan pada pundi kencing yang menjadi bertambah teruk apabila pundi kencing anda penuh.
  • Sakit pada bahagian bawah perut, bahagian bawah belakang, pelvik, atau uretra (tiub yang membawa air kencing daripada pundi kencing keluar daripada badan anda).
  • Bagi wanita, sakit pada vulva, vagina, atau kawasan di belakang vagina.
  • Bagi lelaki, sakit pasa skrotum, testikel, penis, atau kawasan di belakang skrotum.
  • Rasa keinginan untuk kencing bertambah (lebih daripada normal 7-8 kali sehari).
  • Rasa anda mahu kencing sekarang, bahkan selepas anda keluar dari tandas.
  • Bagi wanita, sakit semasa melakukan hubungan kelamin.
  • Bagi lelaki, sakit semasa orgasma atau selepas melakukan hubungan kelamin.

Kesakitan pundi kencing yang dirasai akibat sistitis interstisial berbeza-beza bermula dengan kesakitan biasa sehingga kepada kesakitan yang mencucuk-cucuk. Semasa kencing, anda akan rasa sedikit seperti disengat, atau ia boleh jadi seperti rasa terbakar yang serius.

Semua orang yang mengalami perkara ini mempunyai radang pundi kencing. Lebih kurang 50% hingga 10% orang akan mendapat ulser di dalam pundi kencing mereka.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sistitis Interstisial?

Punca sebenar bagi sistitis interstisial masih tidak diketahui, tetapi banyak faktor yang boleh menyumbang kepadanya. Contohnya, individu yang mengalami sistitis interstisial juga mempunyai kecacatan pada lapisan pelindungan (epitelium) pundi kencing. Koyakan pada epitelium tersebut akan membenarkan bahan toksik di dalam urin untuk merengsa dinding pundi kencing anda.

Punca-punca yang lain tetapi belum disahkan lagi sebagai faktor penyumbang termasuklah reaksi autoimun, keturunan, jangkitan atau alahan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sistitis Interstisial?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sistitis interstisial, seperti:

  • Jantina. Wanita lebih banyak didiagnosis dengan sistitis interstisial berbanding lelaki. Simptom-simptom yang berlaku pada lelaki mungkin serupa seperti sistitis interstisial tetapi ia sering disebabkan oleh radang kelenjar prostat (prostatitis).
  • Warna kulit dan rambut. Mempunyai kulit yang cerah dan berambut merah telah dikaitkan dengan risiko tinggi sistitis interstisial.
  • Umur. Kebanyakan orang yang mengalami sistitis interstisial didiagnosis ketika mereka berumur 30 tahun atau lebih tua.
  • Mengalami gangguan sakit kronik. Sistitis interstisial boleh dikait dengan gangguan sakit kronik yang lain, seperti sindrom iritasi usus atau fibromialgia.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sistitis Interstisial didiagnosis?

Perkara-pekara berikut mungkin boleh membantu dalam mendiagnosis sistitis interstisial:

  • Sejarah perubatan dan diari pundi kencing. Doktor anda akan meminta supaya anda memberi gambaran mengenai simptom-simptom anda dan memintak agar anda menyimpan diari pundi kencing, bagi merekod jumlah cecair yang anda minum dan jumlah urin yang anda keluarkan.
  • Pemeriksaan pelvik. Semasa pemeriksaan pelvik dilakukan, doktor anda akan memeriksa bahagian genital luaran, vagina serta servik dan menyentuh abdomen anda untuk memeriksa organ dalaman pelvik. Doktor anda juga akan memeriksa anus dan rektum anda.
  • Ujian urin. Sampel urin anda akan dianalisis bagi melihat tanda-tanda jangkitan saluran urinari.
  • Doktor anda akan memasukkan tiub nipis bersama kamera kacil (sistoskop) melalui uretra, bagi menunjukkan dinding pundi kencing anda. Doktor anda juga akan menyuntik cecair ke dalam pundi kencing bagi menyukat kapasiti pundi kencing anda. Doktor anda mungkin akan melakukan prosedur ini, dikenali sebagai hidrodistensi, selepas anda berasa kebas setelah menggunakan ubat anestetik bagi memastikan anda lebih selesa.
  • Semasa sistokopi dilakukan di bawah pengaruh anestesia, doktor anda akan mengeluarkan sampel tisu (biopsi) daripada pundi kencing dan uretra untuk diperiksa di bawah mikroskop. Hal ini bagi melihat sama ada terdapat kanser pundi kencing atau punca-punca lain yang jarang berlaku bagi kesakitan pundi kencing.
  • Sitologi urin. Doktor anda akan mengumpul sampel urin dan memeriksa sel di dalam urin bagi menolak kemungkinan kanser.
  • Ujian sensitiviti potassium. Doktor anda akan memasukkan (instill) dua larutan – air dan potassium chloride – ke dalam pundi kencing anda, pada satu-satu masa. Anda akan diminta untuk menilai daripada skala 0 hingga 5 kesakitan dan keinginan untuk kencing yang anda rasa selepas setiap satu larutan dimasukkan. Sekiranya anda berasa lebih sakit atau rasa keinginan untuk kencing lebih kuat dengan menggunakan larutan potassium berbanding dengan air, doktor anda akan mendiagnosis keadaan ini sebagai sistitis interstisial. Orang yang mempunyai pundi kencing yang normal tidak boleh memberitahu perbezaan antara dua larutan ini.

Bagaimana pesakit Sistitis Interstisial dirawat?

Tiada rawatan mudah bagi menghilangkan tanda dan simptom sistitis interstisial, dan tiada satu rawatan yang berkesan bagi semua orang. Anda mungkin perlu mencuba pelbagai rawatan atau kombinasi rawatan sebelum menjumpai pendekatan yang boleh melegakan simptom anda.

Terapi fizikal

Bekerjasama dengan ahli terapi fizikal mungkin boleh melegakan kesakitan pelvik yang berkait dengan kesakitan otot, tisu perhubung atau abnormaliti otot pada lantai pelvik anda.

Ubat-ubat oral

Ubat-ubat oral yang boleh menjadikan tanda dan simptom sistitis interstisial bertambah baik termasuklah:

  • Ubat antiradang tanpa steroid seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) atau naproxen sodium (Aleve), bagi menghilangkan kesakitan.
  • Antidepressan trisilik, seperti amitriptyline atau imipramine (Tofranil), bagi membantu pundi kencing untuk relaks dan menyekat kesakitan.
  • Antihistamin, seperti loratadine (Claritin, lain-lain), yang mana boleh mengurangkan keinginan dan kekerapan untuk kencing dan melegakan simptom-simptom yang lain.
  • Pentosan polysulfate sodium (Elmiron), yang mana telah disahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah untuk digunakan secara khusus bagi merawat sistitis interstisial. Bagaimana ubat ini berfungsi masih lagi tidak diketahui, tetapi ia boleh mengembalikan semula permukaan dalaman pundi kencing, yang mana melindungi dinding pundi kencing daripada bahan di dalam urin yang boleh merengsa dinding pundi kencing anda. Ia akan mengambil masa dua hingga empat bulan sebelum anda mula berasa lega daripada kesakitan dan sehingga enam bulan bagi mengurangkan kekerapan untuk kencing.

Stimulasi saraf

Teknik-teknik stimulasi saraf termasuklah:

  • Stimulasi saraf elektrikal transkutaneus (TENS). Melalui TENS, sedikit aliran elektrikal dapat melegakan kesakitan pelvik dan, bagi sesetengah kes, dapat mengurangkan kekerapan urinari. TENS boleh meningkatkan aliran darah ke pundi kencing. Hal ini dapat menguatkan otot yang membantu mengawal pundi kencing atau menggalakkan rembesan bahan yang boleh menyekat kesakitan. Wayar elektrikal akan diletakkan pada bahagian bawah belakang atau hanya di bahagian atas kawasan pubik anda bagi menghantar aliran elektrikal – panjang tempoh dan kekerapan terapi bergantung kepada apa yang berkesan dengan baik untuk anda.

Stimulasi saraf sakral. Saraf sakral anda adalah penyambubg utama antara korda spinal dan saraf di dalam pundi kencing anda. Stimulasi pada saraf ini boleh mengurangkan keinginan untuk kencing yang dikait dengan sistitis interstisial. Dengan stimulasi saraf sakral, wayar nipis yang diletakkan dekat dengan saraf sakral akan menghantar isyarat elektrikal kepada pundi kencing anda, sama seperti perentak jatung yang dilakukan pada jantung anda. Jika prosedur ini dapat mengurangkan simptom-simptom anda, sebuah alat kekal yang dimasukkan secara pembedahan kepada anda. Prosedur ini tidak boleh mengawal kesakitan akibat sistitis interstisial, tetapi ia boleh membantu melegakan beberapa simptom kekerapan dan keinginan untuk kencing.

Distensi pundi kencing

Sesetengah orang merasakan simptom mereka bertambah baik buat sementara waktu selepas melakukan sistoskopi dengan distensi pundi kencing. Distensi pundi kencing merupakan regangan pundi kencing dengan menggunakan air. Jika anda berasa bertambah baik bagi tempoh yang panjang, prosedur ini mungkin akan diulang semula.

Ubat yang dimasukkan ke dalam pundi kencing

Bagi pemasukkan (instillation) pundi kencing, doktor anda akan memasukkan ubat preskripsi dimethyl sulfoxide (Rimso-50) ke dalam pundi kencing anda melalui tiub nipis dan fleksibel (kateter) dimasukkan melalui uretra.

Larutan ini kadang-kadang dicampur dengan ubat lain, seperti anestetik setempat, dan kekal di dalam pundi kencing anda untuk lebih kurang 15 minit. Kemudian, anda akan kencing bagi mengeluarkan larutan ini.

Anda mungkin akan menerima dimethyl sulfoxide — juga dipanggil sebagai DMSO — rawatan setiap minggu selama enam hingga lapan minggu, dan kemudian akan menerima rawatan pengekal mengikut keperluan – seperti setiap beberapa minggu sekali, selama sehingga satu tahun.

Pendekatan terbaru bagi pemasukkan (instillation)  pundi kencing ialah menggunakan larutan yang mengandungi ubat seperti lidocaine, sodium bicarbonate, dan either pentosan atau heparin.

Pembedahan

Doktor jarang menggunakan pembedahan bagi merawat sistitis interstisial kerana membuang pundi kencing tidak melegakan kesakitan dan boleh menyebabkan komplikasi lain.

Orang yang mengalami kesakitan teruk atau mempunyai pundi kencing yang hanya boleh menahan kuantiti urin yang sangat kecil merupakan calon yang berpotensi untuk melakukan pembedahan, tetapi biasanya dilakukan selepas rawatan lain gagal dan simptom yang dialami mengganggu kualiti hidup. Pilihan pembedahan termasuklah:

  • Kaedah invasif secara minimal melibatkan alat yang dimasukkan melalui uretra bagi membakar ulser yang mungkin ada bersama sistitis interstisial.
  • Ini merupakan kaedah invasif secara minimal lain melibatkan alat yang dimasukkan melalui uretra bagi membuang sebarang ulser yang ada.
  • Augmentasi pundi kencing. Melalui prosedur ini, doktor bedah akan menambah kapasiti pundi kencing anda dengan meletakkan sebahagian daripada usus di atas pundi kencing. Walau bagaimanapun, prosedur ini hanya dilakukan pada kes yang sangat spesific dan jarang berlaku. Prosedur ini tidak menghilangkan kesakitan dan sesetengah orang perlu mengosongkan pundi kencing mereka dengan kateter beberapa kali sehari.

Ubat alternatif

Dua terapi alternatif dan komplementari menunjukkan beberapa peluang dalam merawat sistitis interstisial:

  • Gambar berpandu. Jenis terapi ini melibatkan visualisasi dan cadangan terus menggunakan gambar bagi membantu anda berimaginasi bahawa anda telah sembuh, dengan harapan badan juga akan mengikut saranan minda anda.
  • Akupunktur. Semasa sesi akupunktur, pengamal akan meletakkan banyak jarum nipis di kulit anda pada titik-titik khusus di badan anda. Menurut perubatan tradisional orang cina, jarum akupunktur yang diletakkan dengan tepat dapat melegakan kesakitan dan simptom-simptom lain dengan menyeimbang semula aliran tenaga kehidupan. Pengamal perubatan barat percaya bahawa akupunktur dapat meningkatkan aktiviti penahan sakit semula jadi badan anda.

Rawatan-rawatan ini tidak dikaji dengan lebih terperinci lagi bagi sistitis interstisial, jadi pastikan anda berbincang mengenai kegunaan terapi-terapi ini dengan doktor anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sistitis Interstisial?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sistik interstisial:

Perubahan diet. Mengelakkan atau mengurangkan makanan di dalam diet anda yang boleh merengsa pundi kencing anda mungkin dapat membantu melegakan ketakselesaan akibat sistitis interstisial. Bahan iritasi yang biasa bagi pundi kencing – dikenali sebagai “empat C” – termasuk: minuman bercarbonat (carbonated beverages), semua jenis kafein, termasuk coklat (caffein), produk sitrus (citrus), dan makanan yang mengandungi kepekatan vitamin C yang tinggi pa(vitamin C). Selain itu, elakkan juga makanan yang sama, seperti tomato, makanan jeruk, alkohol dan rempah ratus. Pemanis palsu boleh meningkatkan simptom bagi sesetengah orang. Jika anda fikir terdapat makanan tertentu yang boleh merengsa pundi kencing anda, cuba elakkan makanan tersebut dalam diet anda. Cuba makan salah satu daripadanya pada satu masa dan lihat makanan yang mana, jika ada, memburukkan lagi simptom anda.

Latihan pundi kencing. Latihan pundi kencing melibatkan kencing pada waktu yang ditetapkan – pergi ke tandas mengikut jam berbanding tunggu sehingga anda betul-betul perlu ke tandas. Anda mula dengan kencing mengikut waktu selangan, seperti setiap setengah jam – tidak kira sama ada anda perlu ke tandas atau tidak. Kemudian, anda beransur-ansur untuk tunggu dengan lebih lama lagi di antara waktu untuk ke tandas. Semasa latihan pundi kencing, anda mungkin dapat belajar cara mengawal keinginan untuk kencing dengan menggunakan teknik relaks, seperti bernafas dengan perlahan dan dalam atau mengalihkan tumpuan anda dengan aktiviti lain.

Kaedah-kaedah rawatan sendiri ini juga mungkin boleh membantu:

  • Pakai pakaian yang longgar. Elakkan daripada memakai tali pinggang atau pakaian yang boleh memberi tekanan kepada abdomen anda.
  • Kurangkan stress. Cuba kaedah seperti visualisasi dan biomaklumbalas.
  • Jika anda merokok, berhenti. Merokok boleh memburukkan lagi sebarang keadaan yang sakit, dan merokok boleh menyumbang kepada kanser pundi kencing.
  • Senaman regangan yang mudah dapat membantu mengurangkan simptom sistitis interstisial.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018