backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sista Baker

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sista Baker?

Sista baker adalah sista/kantung  yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa ketat di belakang lutut. Kesakitan boleh bertambah teruk apabila anda melipat atau menegakkan kaki sepenuhnya ataupun apabila anda sedang melakukan  aktiviti.

Sista baker yang juga dipanggil popliteal cyst selalunya berpunca dari masalah lutut seperti artritis atau kartilaj/tulang rawan yang tercarik. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair yang akhirnya menghasilkan sista baker.

Sista baker boleh menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa. Dengan merawat masalah sebenar, membantu untuk memberi kelegaan.

Apakah kebarangkalian Sista Baker?

Sista baker agak lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sista Baker?

Dalam sesetengah kes, sista baker tidak mengakibatkan sebarang kesakitan dan anda mungkin tidak menyedarinya. Jika terdapat tanda dan simptom , mungkin seperti berikut:

  • Benjolan di belakang lutu, kadangkala pada kaki
  • Sakit lutut
  • Kekakuan dan kehilangan upaya untuk melipatkan  lutut sepenuhnya
  • Simptom anda mungkin bertambah teruk selepas melakukan aktiviti atau berdiri terlalu lama.

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Hubungi doktor jika anda mengalami mana-mana simptom-simptom berikut:

    • Rasa sakit dan bengkak di belakang lutut
    • Benjolan di belakang lutut, berkemungkinan  tanda bagi kondisi yang lebih serius daripada sista yang dipenuhi cecair.

    Punca

    Apakah punca Sista Baker?

    Cecair pelincir yang dipanggil cecair sinovial membantu kaki untuk berayun dan bergerak dengan lancar serta mengurangkan geseran di antara bahagian-bahagian lutut yang bergerak.

    Namun, kadangkala lutut menghasilkan terlalu banyak cecair sinovial,yang berkumpul di kawasan belakang lutut (popliteal bursa), menyebabkan sista baker. Ini boleh terjadi dalam kes:

    • Keradangan pada sendi lutut (artritis)
    • Kecederaan lutut seperti tulang rawan yang tercarik

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sista Baker?

    Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

    •         Orang dewasa yang berumur 40tahun ke atas
    •         Wanita lebih cenderung untuk mendapat sista baker berbanding lelaki
    •         Keradangan pada sendi lutut (artritis)
    •         Meniscus yang tercarik
    •         Kecederaan sendi lutut

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Sista Baker didiagnosis?

    Sista baker selalunya boleh disahkan  dengan pemeriksaan fizikal. Namun, disebabkan beberapa tanda dan simptomnya menyerupai kondisi yang lebih serius seperti darah beku, aneurysm atau ketumbuhan, doktor akan menjalankan ujian pengimejan termasuklah:

    • Penilaian sejarah perubatan  dan pemeriksaan fizikal sendi lutut secara teliti. Rasa dan penampilan sista tersebut turut diperiksa.
    • Ujian pengimejan, seperti sinar-X dan imbas CT yang akan menunjukkan gambaran sendi lutut.

    Banyak kondisi lain yang menyerupai simptom dan tanda sista baker. Doktor mungkin akan menjalankan ujian tambahan untuk menyaring keluar sebarang kondisi lain sebelum mengesahkannya.

    Bagaimana pesakit Sista Baker dirawat?

    Kadangkala sista ini akan hilang dengan sendiri, namun sekiranya ia membesar dan menyebabkan kesakitan, doktor akan menyarankan rawatan berikut:

    • Doktor akan menyuntik ubat corticosteroid, seperti cortisone ke dalam lutut untuk mengurangkan keradangan, Ini akan melegakan kesakitan,tetapi tidak mampu mencegah penghasilan  sista semula.
    • Pengeringan/pengeluaran  cecair. Doktor akan mengeringkan cecair daripada lutut menggunakan jarum. Ia dipanggil jarum aspirasi yang selalunya dilakukan  dengan panduan ultrabunyi
    • Terapi fizikal. Meletakkan ais, membalut lutut dan menggunakan topong (crutches) boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak. Pergerakan dan senaman kaki boleh membantu untuk menguatkan  otot di sekeliling lutut yang akan mengurangkan simptom dan memelihara fungsi lutut.

    Sekiranya mampu, doktor akan merawat punca sebenar sista baker. Jika puncanya adalah tulang rawan yang tercarik yang menyebabkan penghasilan cecair sinovial berlebihan, doktor akan menyarankan untuk membuang atau membaiki tulang rawan tersebut.

    Sista baker yang disebabkan oleh osteoartritis selalunya bertambahbaik dengan rawatan artritis. Pembedahan jarang sekali diperlukan

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sista Baker?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi sista baker:

    • Patuhi prinsip R.I.C.E yang bermaksud rest, ice, compression and elevation. Rehatkan kaki anda, letakkan ais, mampatkan lutut dengan pembalut, dan tinggikan kaki terutamanya pada waktu malam.
    • Ambil ubat penahan sakit secara atas kaunter seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain), naproxen sodium (Aleve, lain-lain), acetaminophen (Tylenol, lain-lain) dan  aspirin yang boleh membantu melegakan kesakitan. Patuhi arahan dos yang telah ditetapkan. Jangan ambil lebih daripada yang disarankan
    • Kurangkan aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian , akan mengurangkan kerengsaan pada lutut. Doktor boleh menyediakan panduan berkenaan aktiviti yang perlu dikurangkan dan aktiviti alternatif yang boleh dilakukan buat sementara waktu.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan