backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bagaimana Sista Araknoid Boleh Terjadi? Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 20/12/2023

Bagaimana Sista Araknoid Boleh Terjadi? Ini Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!

Sista araknoid ialah kantung berisi cecair bukan kanser yang tumbuh pada otak atau saraf tunjang. Gejala penyakit ini kebiasaannya adalah sakit kepala dan sering berasa pening dan loya.

Namun begitu, bagaimana penyakit ini boleh terjadi dan apakah rawatan yang boleh diambil? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu sista araknoid?

Sista araknoid mungkin akan mula berkembang di dalam kepala anda, tetapi ia juga boleh berkembang di sekitar saraf tunjang anda. Ia disebut sista araknoid kerana ia berlaku di ruang antara otak anda, atau kolum tulang belakang, dan membran araknoid anda.

Ini adalah salah satu daripada tiga lapisan membran yang mengelilingi otak dan tulang belakang anda. Jika arachnoid cyst berkembang di dalam kepala anda, ia akan tumbuh di antara otak dan tengkorak anda atau di dalam poket ruang di sekitar otak anda yang disebut ventrikel.

Arachnoid cyst biasanya diisi dengan cecair serebrospinal (CSF). CSF adalah cecair pelindung yang semulajadi yang mengelilingi otak dan kolum tulang belakang anda.

Dinding arachnoid cyst tidak membenarkan cecair ini mengalir ke dalam sistem CSF anda, menyebabkan ia terkumpul di dalam.

Bagi kanak-kanak, arachnoid cyst biasanya kongenital, atau berlaku semasa lahir. Sista ini dipanggil sista araknoid primer.

Arachnoid cyst yang terbentuk di kemudian hari dipanggil Cysts Araknoid Sekunder. Cyst Araknoid Primer lebih biasa berlaku berbanding sista araknoid sekunder.

Apakah kebarangkalian sista araknoid?

rawatan sista otak

Arachnoid cyst adalah jenis sista otak yang paling biasa berlaku. Ia sering terjadi secara kongenital, atau hadir sewaktu kelahiran (sista araknoid primer).

Ia empat kali lebih biasa berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom arachnoid cyst?

Gejala-gejala umum arachnoid cyst adalah:

  • Sakit kepala.
  • Pening dan muntah.
  • Keletihan yang berlebihan atau tenaga yang kurang.
  • Kejang.
  • Gumpalan atau bonjolan dari kepala atau tulang belakang.
  • Kelewatan pertumbuhan.
  • Hydrocephalus disebabkan oleh halangan peredaran cecair serebrospinal yang normal.
  • Masalah endokrin (berkaitan dengan hormon), seperti akil baligh yang awal.
  • Kepala bergerak ke atas dan bawah tanpa voluntari.
  • Masalah penglihatan.

sista araknoid

Beberapa jenis arachnoid cyst tidak pernah menimbulkan masalah, tetapi yang lain boleh menyebabkan gejala dengan menyebabkan tekanan pada otak.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca arachnoid cyst?

Arachnoid cyst primer atau kongenital biasanya disebabkan oleh pertumbuhan otak dan tulang belakang yang tidak normal semasa bayi dalam rahim. Penyebab sebenar pertumbuhan ini berlaku adalah  tidak diketahui. Ia mungkin genetik.

Penyakit arachnoid sekunder, yang juga dikenali sebagai arachnoid cyst bukan kongenital, boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ini termasuk:

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada arachnoid cyst?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit arachnoid cyst didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai arachnoid cyst, mereka mungkin akan mencadangkan ujian pengimejan dilakukan.

Sebagai contoh, mereka mungkin menggunakan imbasan CT dan MRI untuk melihat otak atau tulang belakang anda.

Bagaimana pesakit arachnoid cyst dirawat?

arachnoid cyst

Sekiranya anda mempunyai arachnoid cyst yang tidak menyebabkan sebarang gejala atau komplikasi lain, doktor mungkin menasihatkan anda untuk membiarkannya tanpa rawatan.

Mereka mungkin akan memantau sista tersebut dari semasa ke semasa untuk melihat potensi pertumbuhan atau perubahan lain. Jika ia mula menimbulkan masalah, mereka boleh mengesyorkan rawatan.

Jika anda mempunyai arachnoid cyst di otak anda yang menyebabkan gejala, doktor anda mungkin akan mengeluarkannya. Mereka boleh mengesyorkan salah satu daripada dua prosedur.

Dalam prosedur pertama, mereka akan membuat potongan kecil berhampiran kista dan memasukkan endoskopi dengan kamera kecil pada hujungnya.

Mereka akan menggunakan endoskopi ini untuk membuka kista dengan lembut, yang membolehkan cecair di dalam untuk dialirkan ke dalam sistem CSF anda, di mana ia akan disebarkan semula melalui badan anda.

Prosedur ini dipanggil ‘fenestration’. Dalam prosedur kedua, doktor anda akan memasukkan ‘shunt’ ke dalam sista. Ini akan membolehkan cecair masuk ke bahagian lain badan anda, seperti perut anda.

Sekiranya sista anda mempunyai gejala di bahagian tulang belakang anda, doktor anda boleh mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya sepenuhnya.

Sekiranya itu tidak dapat dilaksanakan, mereka mungkin menggunakan ‘Fenestration’ atau ‘shunting’ untuk mengalirkannya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani arachnoid cyst?

Sila berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Tyasyurrun Nazirin · Disemak pada 20/12/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan