Sindrom Wernicke- Korsakoff

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu sindrom Wernicke-Korsakoff?

Sindrom Wernicke-Korsakoff merupakan penyakit neuro-degeneratif yang disebabkan oleh kekurangan thiamine (vitamin B-1). Ia biasanya dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan dalam jangka masa panjang, tetapi masalah usus yang kritikal, kanser, dan kekurangan zat juga boleh menjadi puncanya.

Para pengkaji berbalah sama ada sindrom Wernicke-Korsakoff ialah dua penyakit yang berkaitan tetapi berlainan, atau ia hanya merupakan sejenis penyakit tunggal.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa sindrom Wernicke ialah fasa permulaan dan sindrom Korsakoff ialah fasa kronik, jangka masa panjang. Wernicke ensefalopati selalunya mengakibatkan sindrom Korsakoff walaupun selepas menjalani rawatan. Wernicke ensefalopati terjadi daripada perubahan saraf dan fungsi kognitif (pemikiran). Sekiranya ia tidak dikenal pasti atau dirawat awal, ia boleh mengakibatkan kerosakan otak yang kekal dan kematian.

Apakah kebarangkalian sindrom Wernicke-Korsakoff?

Penyakit ini lebih cenderung berlaku kepada golongan lelaki berbanding wanita dan pengagihannya adalah sama rata di kalangan usia 30-70 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom sindrom Wernicke-Korsakoff?

Simptom yang biasa terjadi kepada sindrom Wernicke ensefalopati adalah:

  • Kecelaruan dan hilang aktiviti mental yang boleh mengakibatkan koma dan kematian
  • Hilang koordinasi otot (ataxia) yang menyebabkan kaki menggeletar
  • Perubahan penglihatan seperti pergerakan mata yang luar biasa (pergerakan ke hadapan dan ke belakang dikenali sebagai nystagmus), penglihatan berganda, mata kuyu
  • Ketagih alkohol

Simptom kepada sindrom Korsakof:

  • Kegagalan untuk mengingati memori yang baru
  • Hilang memori, yang boleh menjadi serius
  • Mereka-reka cerita (konfabulasi)
  • Mendengar atau melihat benda yang tiada (halusinasi)

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan sindrom Wernicke-Korsakoff?

Faktor utama menyebabkan WKS adalah ketagihan alkohol.

Punca-punca WKS yang kurang terkenal adalah keadaan kesihatan yang menghadkan penyerapan nutrisi. Proses pemakanan dan penyerapan nutrisi boleh dihalang oleh:

  • Pembedahan pintas gastrik, yang menyukarkan tubuh badan untuk mencapai keperluan khasiat disebabkan bahagian makanan yang terhad
  • Kanser kolon, yang menyebabkan kesakitan yang mengakibatkan anda berhenti makan
  • Kecelaruan pemakanan

Ketagihan alkohol merupakan punca utama WKS kerana golongan yang ketagih alkohol selalunya mempunyai diet yang tidak sihat. Alkohol juga menghalang proses penyerapan dan penyimpanan vitamin B-1.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sindrom Wernicke-Korsakoff?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sindrom Wernicke-Korsakoff didiagnosis?

Pemeriksaan sistem saraf / otot mungkin menunjukkan kerosakan pada kebanyakan sistem saraf:

  • Pergerakan mata yang luar biasa
  • Tindakan refleks berkurangan atau luar biasa
  • Degupan jantung pantasĀ 
  • Tekanan darah rendah
  • Suhu badan rendah
  • Otot menjadi lemah dan atrofi (hilang jisim otot)
  • Masalah ketika berjalan (lenggok) dan koordinasi

Pesakit mungkin kelihatan kurang sihat. Ujian berikut digunakan untuk memeriksa tahap nutrisi seseorang:

  • Serum albumin (berkaitan dengan tahap nutrisi seseorang secara am)
  • Tahap serum vitamin B1
  • Aktiviti transketolase di dalam sel darah merah (berkurangan dalam pesakit yang kurang thiamin)
  • Enzim hati mungkin meningkat kepada pesakit yang mempunyai sejarah penyalahgunaan alkohol jangka masa panjang

Keadaan lain yang boleh menyebabkan kekurangan vitamin B1 termasuklah:

  • HIV / AIDS
  • Kanser yang telah merebak ke seluruh badan
  • Loya dan muntah yang berlebihan ketika mengandung (hyperemesis gravidarum)
  • Kegagalan jantung berfungsi (apabila dirawat dengan rawatan diuretik jangka masa panjang)
  • Rawatan intravena (IV) jangka masa panjang tanpa menerima supplemen thiamin
  • Dialisis jangka masa panjang
  • Paras hormon tiroid yang sangat tinggi (thyrotoxicosis)

Bagaimanakah sindrom Wernicke-Korsakoff dirawat?

Matlamat utama rawatan WKS ada untuk mengawal simptom dan menghalang sindrom daripada menjadi lebih serius. Sesetengah pesakit mungkin perlu tinggal di hospital pada tahap awal sindrom ini untuk membantu mengawal simptom.

Pemantauan dan penjagaan rapi mungkin diperlukan sekiranya pesakit itu:

  • Koma
  • Kelesuan
  • Tidak sedarkan diri

Suntikan vitamin B1 mungkin diberikan melalui vena ataupun otot, atau diberikan melalui mulut. Rawatan ini akan mengurangkan simptom:

  • Kecelaruan atau delirium
  • Masalah penglihatan dan pergerakan mata
  • Kekurangan koordinasi otot
  • Vitamin B1 selalunya tidak membantu kehilangan memori dan intelek yang berlaku kepada psikosis Korsakoff

Berhenti mengambil alkohol boleh menghalang kehilangan fungsi otak dan kerosakan kepada saraf. Diet yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu, tetapi ia bukanlah pengganti kepada berhenti mengambil alkohol.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani sindrom Wernicke-Korsakoff?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengelakkan sindrom Wernicke-Korsakoff:

  • Tidak minum alkohol atau minum dengan kadar sederhana dan mendapatkan nutrisi yang mencukupi
  • Jika penagih alkohol tidak mahu berhenti, suplemen thiamin dan diet yang sihat mungkin mengurangkan risiko kepada sindrom ini, tetapi risikonya tidak hilang

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

 

Tarikh Reviu: Ogos 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 2, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut