backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sindrom Sinus Sakit

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu sindrom sinus sakit?

Sindrom sinus sakit (SSS) – juga dikenali sebagai penyakit nodus sinus atau gangguan fungsi nodus sinus – adalah nama bagi sekumpulan masalah ritma jantung (aritmia) yang mana nodus sinus – perentak jantung semula jadi – tidak berfungsi dengan baik.

Nodus sinus adalah satu kawasan sel khusus di bahagian atas kamar jantung yang mengawal ritma jantung anda. Biasanya, nodus sinus menghasilkan rentak impuls elektrikal yang mantap dan sekata. Bagi sindrom sinus sakit, isyarat-isyarat ini mempunyai rentak yang abnormal.

Seseorang yang mengalami sindrom sinus sakit mungkin mempunyai ritma jantung yang terlalu pantas, terlalu perlahan, berselang dengan jeda yang panjang – atau kombinasi berselang seli antara semua masalah ritma ini. Sindrom sinus sakit biasanya jarang berlaku, tetapi risiko untuk mempunyai sindrom sinus sakit  ini bertambah dengan umur.

Ramai orang yang mengalami sindrom sinus sakit ini lama-kelamaan akan memerlukan perentak jantung untuk mengekalkan ritma jantung yang sekata.

Apakah kebarangkalian sindrom sinus sakit?

Sindrom sinus sakit (SSS) adalah gangguan ritma jantung yang biasanya jarang berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom sindrom sinus sakit?

Kebanyakan orang yang mempunyai sindrom sinus sakit pada mula mengalami beberapa atau langsung tiada simptom.

Apabila perkara ini berlaku, simptom-simptom sindrom sinus sakit mungkin termasuk:

  • Nadi perlahan daripada normal (bradikardia)
  • Letih
  • Pening atau kepala berasa ringan
  • Pengsan atau hampir pengsan
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Rasa degupan jantung laju, berdebar (palpitasi)

Kebanyakan tanda dan simptom ini disebabkan oleh aliran darah ke otak yang berkurang apabila jantung berdegup terlalu pantas atau terlalu perlahan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:

Jika anda mempunyai aura pening, kepala rasa ringan, pengsan, letih, sesak nafas atau palpitasi, beritahu doktor anda. Banyak keadaan perubatan boleh menyebabkan tanda dan simptom ini – termasuk sindrom sinus sakit- dan ini penting bagi mengenal pasti masalah.

Punca

Apakah punca sindrom sinus sakit?

Jantung anda terdiri daripada empat kamar – dua kamar atas (atria) dan dua kamar bawah (ventrikek). Ritma jantung anda biasanya dikawal oleh nodus sinoatrial (SA) – atau nodus sinus – satu kawasan sel khusus yang terletak pada atria kanan.

Perentak semula jadi ini menghasilkan impuls elektrikal yang boleh mencetuskan setiap degupan jantung. Dari nodus sinus, impuls elektrikal akan bergerak melalui atria ke ventrikel, menyebabkan jantung mengecut dan mengepam darah keluar ke paru-paru dan badan anda.

Jika anda mengalami sindrom sinus sakit, nodus sinus anda tidak berfungsi dengan baik, jadi kadar degupan jantung anda mungkin terlalu perlahan (bradikardia) atau terlalu laju (takikardia) atau tidak sekata.

Jenis sindrom sinus sakit dan punca-puncanya termasuk:

  • Sekatan sinoatrial. Isyarat elektrikal bergerak terlalu perlahan melalui nodus sinus, menyebabkan kadar degupan jantung secara abnormalnya perlahan
  • Sinus terhenti. Aktiviti nodus sinus terjeda
  • Sindrom bradikardia-takikardia. Kadar degupan jantung berselang seli antara ritma yang pantas dan perlahan secara abnormal, biasanya dengan jeda yang panjang (asistole) antara degupan jantung

Apakah yang membuatkan nodus sinus tersalah sasar?

Penyakit dan keadaan yang menyebabkan parut atau kerosakan pada sistem elektrikal jantung anda boleh menjadi puncanya. Tisu parut daripada pembedahan jantung sebelum ini juga boleh menjadi puncanya, terutamanya pada kanak-kanak.

Sindrom sinus sakit juga boleh berlaku akibat ubat, seperti penyekat terusan kalsium atau penyekat beta yang digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau keadaan-keadaan lain. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, nodus sinus tidak boleh berfungsi kerana otot jantung telah haus dan koyak disebabkan oleh faktor usia.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada sindrom sinus sakit?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom sinus sakit, seperti:

  • Sejarah penyakit jantung kongenital (bahkan setelah dibaiki, jantung masih lagi lemah)
  • Sejarah penyakit tiroid
  • Gangguan apnea tidur
  • Penyakit arteri koronari: Arteri koronari menjadi tersumbat, dan aliran darah ke jantung terhad

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit sindrom sinus sakit didiagnosis?

Diagnosis SSS boleh jadi sukar. Anda mungkin tidak mempunyai simptom atau sejarah keluarga yang mengalami penyakit jantung. Doktor anda perlu bergantung kepada ujian yang menilai fungsi jantung anda untuk membuat diagnosis. Ujian-ujian ini termasuk:

  • Elektrokardiogram (ECG), yang mana merupakan ujian yang merekod aktiviti elektrikal jantung
  • Ekokardiogram, yang mana merupakan ujian ultrasound bergambar untuk jantung
  • Ekokardiogram transesofageal (TEE), merupakan ujian di mana alat ultrasound khas dimasukkan melalui kerongkong pesakit dan terus ke dalam esofagus bagi mendapatkan gambaran jelas saiz jantung, kekuatan kontrasi jantung dan sebarang kerosakan pada otot jantung
  • Pemantau holter, merupakan ujian di mana pemantau elektrokardiogram dilekatkan pada dada dan dipakai sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam. Pesakit perlu menyimpan diari mengenai aktiviti dan simptom mereka semasa memakai alat pemantau ini

Bagaimana pesakit sindrom sinus sakit dirawat?

Rawatan bagi kes SSS yang awal atau sederhana melibatkan rawatan untuk melegakan simptom. Doktor anda akan ubahsuai atau ubah ubat anda jika itu adalah puncanya. Doktor juga akan mempreskripsi ubat tambahan yang mempunyai kesan terus kepada ritma jantung. Lama-kelamaan, walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang mempunyai SSS akan memerlukan implan perentak jantung palsu apabila nodus sinus tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.

Perentak jantung adalah mesin yang sangat kecil yang mana dimasukkan melalui pembedahan di dalam dada atau abdomen untuk menjadikan degupan jantung anda sekata. Perentak jantung melakukan perkara ini dengan menghantar isyarat elektrikal kepada jantung.

Hampir separuh daripada implantasi perentak jantung dilakukan kerana masalah yang berkaitan dengan sindrom sinus sakit. Perentak jantung umumnya boleh bertoleransi dengan baik, dan kebanyakan orang hanya mengalami beberapa komplikasi.

Komplikasi implan perentak jantung yang jarang-jarang berlaku termasuk:

  • Perforasi miokardia (lubang yang dibuat secara tidak sengaja di dalam jantung semasa pembedahan)
  • Jangkitan daripada implan (bakteria yang dibawa semasa pembedahan menyebabkan jangkitan)
  • Trombosis vena (darah beku di dalam badan vena)
  • Paru-paru kuncup

Dengan teknologi moden, terdapat minat yang besar dalam menghasilkan perentak jantung biologikal. Hal ini boleh dilakukan dengan mengambil sel yang mengandungi gen membuat perentak dan diimplankan ke dalam jantung. Sel ini kemudian akan membesar di dalam jantung dan menjadi perentak jantung yang baharu.

Pendekatan kedua boleh menggunakan sel dasar. Sel dasar adalah sel tidak matang yang boleh membentuk mana-mana jenis sel matang yang khusus. Sel ini berpotensi untuk membesar menjadi tisu jantung yang sama jenis seperti nodus sinus.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani sindrom sinus sakit?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sindrom sinus sakit:

  • Bersenam dan makan diet sihat. Amalkan gaya hidup jantung sihat dengan selalu bersenam dan makan diet sihat, kurang lemak, kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit jantung
  • Pastikan tekanan darah dan kolesterol anda terkawal. Lakukan perubahan gaya hidup dan ambil ubat seperti yang dipreskripsi bagi membetulkan tekanan darah tinggi (hipertensi) atau tinggi kolesterol
  • Jangan merokok. Jika anda merokok dan tidak boleh berhenti dengan sendiri, berbincang dengan doktor anda mengenai strategi atau program untuk membantu anda berhenti daripada tabiat merokok ini
  • Jika anda minum, minum secara bersederhana. Jika anda minum alkohol, minum secara bersederhana. Bagi sesetengah keadaan, anda disarankan agar tidak langsung mengambil alkohol. Tanya doktor anda mengenai sebarang nasihat untuk keadaan anda. Jika anda tidak dapat mengawal penggunaan alkohol anda, berbincang dengan doktor anda mengenai program untuk berhenti daripada minum alkohol dan mengawal tingkah laku lain yang berkait dengan penyalahgunaan alkohol
  • Jangan guna dadah haram. Berbincang dengan doktor anda mengenai program yang bersesuaian bagi anda jika anda memerlukan bantuan untuk berhenti mengambil dadah haram
  • Hadiri temu janji yang dijadualkan. Selalu jalani pemeriksaan fizikal dan melaporkan sebarang tanda dan simptom kepada doktor anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan