Sindrom Serotonin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu sindrom serotonin?

Serotonin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang membolehkan sel-sel otak dan sel-sel sistem saraf lain berkomunikasi antara satu sama lain. Serotonin yang terlalu sedikit di dalam otak dianggap memainkan peranan dalam kemurungan. Walau bagaimanapun, serotonin yang terlalu banyak boleh menyebabkan aktiviti sel saraf yang berlebihan, menyebabkan simptom-simptom yang berpotensi membawa maut dikenali sebagai sindrom serotonin.

Sejauh manakah lazimnya berlaku sindrom serotonin?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut

Simptom-simptom

Apakah simptom sindrom serotonin?

Simptom serotonin yang biasa berlaku adalah:

  • Kekeliruan
  • Agitasi atau keresahan
  • Pupil terdilat (Anak mata membesar)
  • Sakit kepala
  • Perubahan tekanan darah dan / atau suhu
  • Mual dan / atau muntah
  • Cirit-birit
  • Kadar denyutan jantung cepat
  • Tremor (Berketar)
  • Kehilangan koordinasi otot atau otot bersentakan
  • Menggigil dan bulu roma meremang
  • Banyak berpeluh

Dalam kes yang teruk, sindrom serotonin boleh mengancam nyawa. Jika anda mengalami mana-mana simptom ini, anda atau seseorang bersama anda harus segera dapatkan rawatan perubatan:

  • Demam panas
  • Sawan
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Hilang sedar

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Jika anda mengesyaki anda mungkin mengalami sindrom serotonin selepas memulakan ubat baru atau meningkatkan dos ubat yang telah anda ambil, hubungi doktor anda segera atau pergi ke bilik kecemasan. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang amat atau menjadi lebih teruk dengan cepat, dapatkan segera rawatan kecemasan.

Punca

Apakah yang menyebabkan sindrom serotonin?

Sindrom serotonin boleh berlaku jika anda mengambil ubat-ubatan, terutamanya antidepresan yang memberi kesan kepada tahap serotonin badan. Risiko terbesar sindrom serotonin berlaku jika anda mengambil dua atau lebih ubat dan / atau suplemen bersama-sama yang mempengaruhi serotonin. Keadaan ini lebih cenderung berlaku apabila anda mula memulakan ubat atau menambah dos.

Kelas antidepresan yang paling sering dipreskripsikan, yang berfungsi dengan meningkatkan serotonin, adalah perencat pengambilan semula serotonin (serotonin reuptake inhibitors  (SSRIs)). Ini termasuk citalopram (Celexa), escitalopram (Lexapro), fluoxetine (Prozac), fluvoxamine (Luvox), paroxetine (Paxil) dan sertraline (Zoloft).

Ubat preskripsi dan tanpa preskripsi (over-the-counter) yang boleh meningkatkan tahap serotonin sahaja atau digabungkan untuk menyebabkan sindrom serotonin termasuk:

  • Perencat pengambilan semula serotonin dan norepinephrine (Serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors (SNRIs)), satu kelas antidepresan termasuk desvenlafaxine (Khedezla), desvenlafaxine succinate (Pristiq), duloxetine (Cymbalta), levomilnacipran (Fetzima), dan venlafaxine (Effexor)
  • Perencat monoamine oxidase (Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs)), satu kelas antidepresan termasuk isokarboxazid (Marplan), phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan selegiline transdermal (EMSAM)
  • Buspirone (BuSpar), ubat yang digunakan untuk merawat kecelaruan keresahan
  • Desyrel (Trazodone), ubat yang ditetapkan untuk kemurungan atau insomnia
  • Rawatan migrain seperti almotriptan (Axert), Amerge (naratriptan), rizatriptan (Maxalt), sumatriptan (Imitrex), dan zolmitriptan (Zomig)
  • Ubat sakit tertentu, termasuk fentanyl (Sublimaze, Fentora), fentanyl citrate (Actiq), meperidine (Demerol), pentazocine (Talwin), dan tramadol (Ultram)
  • Dextromethorphan, penahan batuk yang terdapat dalam ubat batuk tanpa preskripsi dan preskripsi atau ubat-ubatan demam selesema
  • Ubat-ubatan tertentu yang ditetapkan untuk loya, seperti granisetron (Kytril), metoclopramide (Reglan), dan ondansetron (Zofran)
  • Antidepresan yang memberikan kesan kepada pelbagai reseptor serotonin, seperti vortioxetine (Trintellix -formerly Brintellix) dan vilazodone (Viibryd)

Sesetengah ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang, seperti LSD dan kokain, dan suplemen makanan, termasuk wort St. John dan ginseng, juga boleh membawa kepada sindrom serotonin apabila digabungkan dengan antidepresan yang mempengaruhi serotonin.

FDA baru-baru ini meminta agar pengeluar ubat untuk memasukkan label amaran pada produk mereka untuk membenarkan pesakit mengetahui potensi risiko sindrom serotonin. Jika anda tidak pasti mengenai ubat yang anda ambil atau telah ditetapkan, semak label atau bercakap dengan doktor anda. Jangan berhenti mengambil ubat sebelum bercakap dengan doktor anda.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk sindrom serotonin?

Terdapat banyak faktor risiko untuk sindrom serotonin, seperti:

  • Anda baru-baru ini mula mengambil atau meningkatkan dos ubat yang diketahui akan meningkatkan tahap serotonin
  • Anda mengambil lebih daripada satu ubat yang diketahui uakan meningkatkan tahap serotonin
  • Anda mengambil suplemen herba yang diketahui akan meningkatkan tahap serotonin
  • Anda menggunakan ubat haram yang diketahui akan meningkatkan tahap serotonin

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sindrom serotonin didiagnosis?

Tiada ujian tunggal untuk mendiagnosis sindrom serotonin. Pegawai penjagaan kesihatan anda akan bertanya tentang riwayat perubatan anda, termasuk penggunaan ubat-ubatan, suplemen, dan penggunaan dadah rekreasi, dan melakukan pemeriksaan fizikal. Keadaan lain boleh menyebabkan simptom yang serupa dengan sindrom serotonin. Ujian makmal untuk mengecualikan sebab-sebab lain simptom-simptom juga boleh dipesan.

Bagaimanakah sindrom serotonin dirawat?

Orang dengan sindrom serotonin biasanya dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan simptom. Sebagai contoh, benzodiazepines diberikan untuk merawat agitasi dan / atau sawan. Cecair intravena diberikan untuk mengekalkan penghidratan. Mengeluarkan ubat yang bertanggungjawab untuk sindrom serotonin adalah kritikal. Penghidrasi oleh cecair intravena (IV) juga biasa. Dalam kes yang teruk, ubat yang dipanggil cyproheptadine (Periactin) yang menghalang pengeluaran serotonin boleh digunakan.

Perubahan gaya hidup & remedi sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi sampingan yang boleh membantu saya menguruskan sindrom serotonin?

Gaya hidup dan remedi rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi sindrom serotonin:

  • Bercakap dengan doktor tentang kemungkinan risiko. Jangan berhenti mengambil apa-apa ubat-ubatan itu dengan sendiri. Sekiranya doktor anda menetapkan ubat baru, pastikan dia mengetahui semua ubat lain yang anda ambil, terutamanya jika anda menerima preskripsi daripada lebih daripada seorang doktor
  • Sekiranya anda dan doktor anda menentukan manfaat menggabungkan ubat serotonin tertentu melebihi risiko, anda harus berhati-hati terhadap kemungkinan sindrom serotonin

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 30, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut