Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Sindrom metabolik adalah nama bagi sekumpulan faktor risiko yang berlaku serentak dan meningkatkan peluang bagi mereka yanh menghidapi penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.
Keadaan kesihatan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur dan boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kebanyakan faktor risiko metabolik tidak mempunyai tanda atau simptom walaupun garis pinggang yang besar adalah petanda yang ketara.
Sesetengah individu mempunyai simptom paras gula tinggi dalam darah, jika diabetes – terutamanya diabetes jenis 2 – ada. Simptom-simptom gula tinggi dalam darah termasuklah kerap dahaga, kerap kencing, terutamanya pada waktu malam; lesu (keletihan); dan kabur pandangan.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tersenarai di atas atau ada sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Sindrom metabolik berkait rapat dengan berat badan berlebihan atau obesiti dan kurang beraktiviti. Doktor tidak pasti sama ada sindrom ini disebabkan oleh satu punca sahaja.
Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom metabolik, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan garis panduan yang digunakan oleh Institusi Kesihatan Negara, anda mengalami sindrom metabolik jika anda mempunyai tiga atau lebih daripada trait-trait ini atau mengambil ubat untuk mengawalnya:
Tujuan rawatan adalah mengurangkan anda daripada risiko penyakit jantung dan kencing manis. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan bagi mengawal penyakit anda. Doktor selalunya memberi cadangan bagi individu yang mempunyai diabetes, penyakit jantung atau pernah mengalami strok, paras kolesterol LDL tinggi.
Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi sindrom metabolik:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen