backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

Sindrom kesakitan serantau yang kompleks merupakan sakit kronik yang jarang berlaku yang biasanya terjadi pada lengan atau kaki. Sindrom kesakitan serantau yang kompleks biasanya terjadi selepas kecederaan, pembedahan, strok atau serangan jantung, tetapi kesakitan itu selari dengan keterukan pada kecederaan awal.

Sindrom kesakitan serantau yang kompleks tidak dapat difahami dengan jelas. Rawatan untuk sindrom kesakitan serantau yang kompleks adalah paling berkesan jika dimulakan dengan lebih awal. Dalam kes sedemikian, penambahbaikan dan juga penyembuhan boleh dicapai.

Apakah kebarangkalian Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

Sindrom kesakitan serantau yang kompleks sangat biasa terjadi. Ia biasanya berlaku lebih banyak terhadap wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit pada setiap peringat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

Tanda-tanda serta simptomnya termasuk:

  • Kesakitan yang membakar atau berdenyut secara berterusan, biasanya di lengan, kaki, tangan atau tapak kaki anda
  • Sensitif terhadap sentuhan atau suhu sejuk
  • Bengkak pada kawasan yang sakit
  • Perubahan pada suhu kulit – kadang-kadang kulit anda berpeluh; pada masa lain ia mungkin sejuk
  • Perubahan dalam warna kulit,dari berwarna putih dan berbintik hingga kemerahan atau kebiruan
  • Perubahan tekstur kulit, yang mungkin menjadi lembut, nipis atau berkilat di kawasan yang terjejas
  • Perubahan ketumbuhan pada rambut dan kuku
  • Kekerasan sendi, bengkak atau sakit
  • Kekejangan otot, bengkak dan mengecil
  • Keupayaan untuk bergerak berkurang di kawasan yang terjejas

Gejala mungkin berubah mengikut masa dan berbeza pada setiap individu. Kebiasaannya akan berasa sakit, bengkak, kemerahan, perubahan ketara pada suhu dan hipersensitiviti (terutamanya terhadap suhu sejuk dan sentuhan) berlaku terlebih dahulu.

Lama kelamaan, anggota yang terjejas akan menjadi sejuk dan pucat serta mengalami perubahan pada kulit dan kuku serta kekejangan otot dan otot yang ketat. Apabila perubahan ini berlaku, kebiasaannya keadaan ini tidak dapat dipulihkan.

Sindrom kesakitan serantau yang kompleks kadang-kadang boleh merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain di badan anda, seperti anggota yang bertentangan. Kesakitan boleh menjadi lebih teruk disebabkan oleh tekanan emosi.

Pada sesetengah individu, tanda-tanda dan gejala sindrom kesakitan serantau yang kompleks akan hilang dengan sendirinya. Namun, terdapat juga situasi yang mana tanda-tanda dan gejala boleh berterusan selama berbulan hingga bertahun. Rawatan yang paling berkesan jika dimulakan pada peringkat awal penyakit.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

Sindrom kesakitan serantau yang kompleks berlaku dalam dua jenis, dengan tanda dan gejala yang sama, tetapi sebab yang berbeza:

  • Jenis 1. Juga dikenali sebagai sindrom reflex sympathetic dystrophy, jenis ini berlaku selepas penyakit atau kecederaan yang tidak merosakkan secara langsung terhadap saraf pada anggota yang terlibat. Kira-kira 90 peratus individu yang mempunyai sindrom kesakitan serantau yang kompleks mengalami jenis 1
  • Jenis 2. Sebaik sahaja disebut sebagai kausalgia, jenis ini berdasarkan kecederaan saraf yang berbeza

Banyak kes sindrom kesakitan serantau yang kompleks berlaku selepas trauma yang kuat ke lengan atau kaki, seperti kecederaan yang menghancurkan, retak atau amputasi. Trauma major atau minor yang lain – seperti pembedahan, serangan jantung, jangkitan dan juga pergelangan kaki yang terseliuh – juga boleh menyebabkan sindrom kesakitan serantau yang kompleks. Tekanan emosi juga boleh menjadi faktor pendorong berlakunya penyakit ini.

Ia tidak dapat difahami dengan baik mengapa kecederaan ini menyebabkan sindrom kesakitan serantau yang kompleks, tetapi mungkin disebabkan oleh interaksi yang tidak berfungsi antara sistem saraf pusat dan periferal anda serta tindak balas keradangan yang abnormal.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Tidak bergerak dalam satu tempoh yang lama
  • Merokok
  • Penyalahgunaan bahan 
  • Faktor genetik
  • Faktor psikologi, seperti stres (tekanan)

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks didiagnosis?

Diagnosis sindrom kesakitan serantau yang kompleks adalah berdasarkan ujian fizikal serta sejarah perubatan anda. Tiada ujian tunggal yang boleh menentukan sindrom kesakitan serantau yang kompleks secara pasti, tetapi prosedur berikut mungkin dapat memberikan petunjuk yang penting:

  • Imbasan tulang. Prosedur ini boleh membantu mengesan perubahan pada tulang. Bahan radioaktif yang disuntik ke dalam vena anda membolehkan tulang anda dapat dilihat dengan menggunakan kamera khas
  • Ujian sistem saraf simpatik. Ujian ini mencari gangguan dalam sistem saraf simpatik anda. Sebagai contoh, termografi mengukur suhu kulit dan aliran darah anggota badan yang terjejas dan yang tidak terjejas
  • Ujian lain boleh mengukur jumlah peluh pada kedua-dua anggota badan tangan dan kaki anda. Keputusan yang berbeza dapat menunjukkan berlakunya sindrom kesakitan serantau yang kompleks.

    • Sinaran-X. Kehilangan mineral dari tulang anda boleh muncul pada sinaran X dalam peringkat lewat penyakit ini
    • Pengimejan resonans magnetik (MRI). Imej yang ditangkap oleh peranti MRI mungkin menunjukkan beberapa perubahan tisu

    Bagaimana pesakit Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks dirawat?

    Penambahbaikan malah keredaan sindrom kesakitan serantau yang kompleks boleh berjaya jika rawatan dimulakan dalam beberapa bulan selepas gejala pertama. Sering kali, kombinasi pelbagai terapi adalah diperlukan. Doktor anda akan menyesuaikan rawatan anda berdasarkan kes anda secara khusus. Pilihan rawatan termasuk:

    Ubat-ubatan

    Doktor menggunakan pelbagai ubat untuk merawat gejala sindrom kesakitan serantau yang kompleks.

    • Pelega kesakitan. Pelega kesakitan over-the-counter (OTC) – seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin IB, dan lain-lain) dan naproxen (Aleve) – boleh melegakan kesakitan dan keradangan. Doktor anda akan memberikan pelega kesakitan yang lebih kuat sekiranya ubat OTC tidak membantu. Ubat opioid mungkin menjadi pilihan. Diambil dalam dos yang sesuai, ubat tersebut boleh memberikan kawalan kesakitan yang boleh diterima
    • Antidepresi dan antikonvulsan. Kadang-kadang antidepresi, seperti amitriptyline, dan antikonvulsan, seperti gabapentin (Gralise, Neurontin), digunakan untuk merawat kesakitan yang berpunca dari saraf yang rosak (sakit neuropatik)
    • Ubat steroid, seperti prednisone, dapat mengurangkan keradangan serta meningkatkan pergerakan pada anggota yang terjejas
    • Ubat-ubatan untuk kehilangan tulang. Doktor anda boleh mencadangkan ubat-ubatan untuk mencegah atau menghentikan kehilangan tulang, seperti alendronate (Fosamax) dan calcitonin (Miacalcin)
    • Ubat penyekatan saraf simpatik. Suntikan anestetik untuk menghalang serat kesakitan di dalam saraf yang terjejas boleh melegakan kesakitan pada sesetengah orang
    • Ketamine intravena. Kajian menunjukkan bahawa dos rendah ketamine intravena, anestetik yang kuat, boleh mengurangkan kesakitan. Walau bagaimanapun, walaupun  kesakitan dapat dikurangkan, namun tiada peningkatan fungsi ditunjukkan

    Terapi

    • Terapi haba dan sejuk. Meletakkan bahan yang sejuk boleh melegakan bengkak dan berpeluh. Sekiranya kawasan yang terjejas reda, meletakkan bahan yang hangat boleh memberikan kelegaan kesakitan
    • Analgesik topikal. Pelbagai rawatan topikal disediakan  boleh mengurangkan hipersensitiviti, seperti krim capsaicin (Capsin, Capsagel, Zostrix) atau pelekat lidocaine (Lidoderm, dan lain-lain)
    • Terapi fizikal. Berhati-hati serta senaman yang dipandu terhadap anggota yang terjejas boleh membantu mengurangkan kesakitan serta meningkatkan kadar gerakan dan kekuatan. Lebih awal penyakit ini didiagnosis, lebih berkesan senaman ini
    • Rangsangan saraf elektrik transcutaneous (TENS). Kesakitan kronik kadang-kadang mudah dikurangkan dengan menggunakan impuls elektrik kepada ujung saraf
    • Dalam sesetengah kes, pelajaran teknik biofeedback boleh membantu. Dalam biofeedback, anda belajar untuk menjadi lebih sedar tentang badan anda supaya anda boleh merehatkan badan anda dan melegakan kesakitan
    • Rangsangan tali tulang belakang. Doktor anda memasukkan elektrod kecil di sepanjang saraf tunjang anda. Arus elektrik kecil yang dihantar ke saraf tunjang memberikan kelegaan kesakitan

    Berlakunya sindrom secara berulang kali boleh berlaku, kadang-kadang disebabkan oleh risiko pendedahan seperti pendedahan kepada sejuk atau tekanan emosi yang serius. Kejadian yang berulang boleh dirawat dengan dos kecil antidepresi atau ubat lain.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi sindrom kesakitan serantau yang kompleks:

    • Mengekalkan aktiviti harian yang normal sebaik mungkin
    • Tentukan gaya hidup anda dan pastikan anda mendapat rehat yang diperlukan
    • Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga
    • Meneruskan hobi yang anda nikmati dan mampu dilakukan

    Langkah-langkah berikut boleh membantu anda mengurangkan risiko sindrom kesakitan serantau yang kompleks:

    • Mengambil vitamin C selepas patah pergelangan tangan. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mengambil dos minima 500 miligram (mg) vitamin C selepas patah pergelangan tangan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi kes sindrom kesakitan serantau yang kompleks  berbanding mereka yang tidak mengambil vitamin C
    • Pergerakan awal selepas strok. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang bergerak dari katil dan berjalan dengan segera selepas strok (pengerahan awal) menurunkan risiko sindrom kesakitan serantau yang kompleks

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan