backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sindrom Kejutan Toksik? Ada Sebab Mengapa WANITA Lebih Berisiko Mengalaminya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/07/2021

Sindrom Kejutan Toksik? Ada Sebab Mengapa WANITA Lebih Berisiko Mengalaminya

Pernah dengar tak mengenai Sindrom Kejutan Toksik? Ia berkaitan dengan masalah keracunan darah dan wanita LEBIH berisiko untuk mengalaminya. Jom ketahui lebih lanjut sindrom ini.

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Ketahui Asasnya

Apakah itu sindrom kejutan toksik?

Sindrom kejutan toksik merupakan sindrom yang jarang berlaku, ia merupakan keracunan darah yang membahayakan nyawa dan disebabkan oleh racun bakteria.

Kebiasaannya sindrom ini disebabkan oleh racun yang dihasilkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai staphylococcus aureus, tetapi juga boleh disebabkan oleh bakteria streptococcus group A.

Penyakit ini diketahui ramai berkaitan dengan penggunaan tuala wanita yang menyerap dengan banyak dan dijangkiti kuman ketika kitaran haid.

Walaupun begitu, sejak para pengeluar telah menarik balik produk ini dari pasaran, kadar sindrom kejutan toksik dalam kalangan wanita yang datang haid telah menurun.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami keracunan darah?

Sindrom kejutan toksik boleh berlaku kepada mana-mana jantina yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan pada kulit, peparu, tekak, atau tulang.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada jangkitan semasa haid. Anda boleh menghadkan risiko anda terhadap penyakit dengan mengurangkan faktor risiko.

Sila berhubung dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom keracunan darah ini?

keracunan darah

Simptom yang disebabkan oleh staphylococcus aureus termasuklah demam, kedinginan atau tiba-tiba (selalunya suhu yang tinggi 39 ֯ C), mialgia, muntah, cirit-birit, dahaga, takikardia, ruam seperti kulit terbakar, otot yang terlalu lemah, sakit kepala, kebingungan, dan tekanan darah rendah.

Simptom kejutan toksik yang disebabkan oleh bakteria streptococcus juga termasuklah nafas pendek, pening kepala, degupan jantung yang laju dan lemah.

Jangkitan luka mungkin menjadi kemerahan, bengkak, fungsi buah pinggang dan hati juga mungkin terjejas.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza.

Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Sentiasa beringat bahawa sindrom ini boleh membahayakan nyawa dengan meracuni darah anda. Sila berhubung doktor anda jika anda:

  • Terdapat simptom sindrom kejutan toksik. Ia merebak dengan laju dan boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat awal
  • Melihat luka mempunyai V sebagai jangkitan
  • Mempunyai demam atau ruam, terutama sekali ketika datang haid dan menggunakan tuala wanita atau jika anda baru menjalani pembedahan

Ketahui puncanya

Apakah punca berlakunya keracunan darah?

Ia disebabkan oleh bakteria staphylococcus aureus. Sindrom ini berkaitan dengan penggunaan tuala wanita, span pencegah kehamilan, dan juga cara-cara lain pencegah kehamilan seperti diafram.

Bentuk kedua yang disebabkan oleh bakteria streptococcus pyogenes selepas mereka masuk ke dalam badan adalah melalui luka pada kulit yang disebabkan oleh pembedahan atau luka kecil seperti luka dipotong, bergeser, dan lepuh daripada jangkitan demam campak.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/berjangkit/jangkitan-lain/sindrom-kulit-lecur-stafilokokus-menyerupai-kulit-terbakar/

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap keracunan darah?

Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko sindrom kejutan toksik, termasuklah:

  • Luka pada kulit atau kulit terbakar
  • Pembedahan yang baru dijalankan
  • Menggunakan span, diafram atau tuala wanita yang menyerap banyak
  • Jangkitan virus, seperti selesema atau demam campak

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sindrom kejutan toksik didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosis penyakit ini berdasarkan sejarah kesihatan simptom, pemeriksaan fizikal, dan ujian darah.

Walaupun begitu, untuk mendiagnosis sindrom ini ia memerlukan lebih daripada satu ujian.

Anda mungkin perlu menyediakan sampel darah dan air kencing untuk melihat kepada kewujudan jangkitan. Ia mungkin perlu kepada mengambil sapuan pada faraj, cerviks dan tekak untuk dianalisis.

Oleh sebab sindrom kejutan toksik boleh menjejaskan banyak organ badan maka doktor anda boleh meminta ujian lain dijalankan seperti skan CT (CT), punktur lumbar, atau X-Ray dada untuk menilai tahap jangkitan ini.

Bagaimanakah sindrom kejutan toksik dirawat?

Diagnosis awal dan tahanan hospital adalah diperlukan.

Komplikasi tersebut termasuklah kulit tangan dan kaki yang menggelupas, rambut dan kuku yang luruh, kegagalan buah pinggang, kegagalan jantung kongestif dan masalah pernafasan.

keracunan darah

Doktor anda mungkin memerlukan cecair IV dan antibiotik kepada pesakit yang ditahan di hospital.

Masalah pernafasan mungkin memerlukan terapi oksigen dan ventilasi mekanikal. Dialisis mungkin dilakukan kepada kegagalan buah pinggang.

Apabila simptom terkawal dan fasa bahaya telah dihapuskan, pesakit boleh dihantar pulang ke rumah.

Pesakit mungkin masih perlu meneruskan antibiotik.

Berehat dan melakukan senaman secara perlahan-lahan juga amat penting. Minum air dengan mencukupi dan diet yang seimbang juga diperlukan.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani masalah keracunan darah ini?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani sindrom kejutan toksik:

  • Menukar tuala wanita selalu
  • Menggunakan dos antibiotik yang mencukupi
  • Membasuh tangan sebelum memasukkan tuala wanita. Bakteria terdapat pada kulit, terutama sekali di tangan
  • Memahami bahawa sindrom kejutan toksik boleh berulang. Pesakit yang telah dijangkiti boleh dijangkiti semula pada masa akan datang

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/07/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan