Apa itu Sindrom Hemolitik Uremik?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu SindromĀ Hemolitik Uremik?

Sindrom uremik-hemolitik/Hemolytic uremic syndrome (HUS) ialah keadaan yang berlaku apabila jangkitan sistem pencernaan menghasilkan bahan toksik yang merosakkan sel darah merah. Sel darah merah yang rosak akan menyumbat sistem penapisan dalam buah pinggang, dan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang dan HUS.

Walaupun sindrom ini adalah keadaan yang serius, jika rawatan bersesuaian diberikan secepat mungkin, kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya terutamanya kanak-kanak.

Apakah kebarangkalian Sindrom Hemolitik Uremik?

Semua orang berkemungkinan mendapat HUS tetapi ia lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Anda boleh mengurangkan risiko mendapat HUS dengan mengurangkan faktor risiko. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Hemolitik Uremik?

Simptom sindrom ini yang biasa berlaku ialah demam, loya, muntah, sakit pada abdomen (perut) dan tekanan darah tinggi. Jarang membuang air kencing atau tidak membuang air kencing langsung atau air kencing kemerahan juga boleh berlaku.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai kemusykilan tentang simptom tertentu, hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor jika anda atau anak anda mengalami lebam tanpa sebab, cirit-birit berdarah, pendarahan luar biasa, kaki membengkak, kepenatan yang teruk atau kurang membuang air kencing selepas beberapa hari cirit-birit. Dapatkan rawatan kecemasan jika anda atau anak anda tidak membuang air kencing selama 12 jam atau lebih.

Punca

Apakah punca sindrom uremik-hemolitik?

Punca utama HUS ialah sejenis bakteria yang dipanggil VTEC (verocyto-oxin-producing Escherichia coli) tetapi ia juga boleh berpunca daripada jangkitan gastrousus yang lain. Rawatan perubatan tertentu atau ubatan seperti Quinidine, ubat imunosupresan seperti cyclosporine dan ubat kemoterapi tertentu juga boleh menyebabkan HUS.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Hemolitik Uremik?

Mereka yang paling berisiko mengalami HUS ialah:

  • Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun
  • Mereka yang mengalami perubahan genetik tertentu yang menyebabkan mereka lebih cenderung mendapat HUS

Kanak-kanak dan orang muda adalah golongan yang paling berkemungkinan mengalami kemudaratan yang teruk disebabkan HUS.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Hemolitik Uremik didiagnosis?

Doktor melakukan diagnosis berdasarkan pemeriksaan teliti dan rekod kesihatan. Sampel darah dan air kencing, dan kadangkala najis juga akan diuji. Doktor mungkin juga mengarahkan pemeriksaan ultrasonografi untuk meneliti kerosakan buah pinggang. Pemeriksaan yang tidak menyakitkan ini melibatkan penggunaan gelombang bunyi untuk melihat organ. Ujian buah pinggang yang lain juga mungkin akan dilakukan.

Bagaimana pesakit Sindrom Hemolitik Uremik dirawat?

Rawatan untuk sindrom ini termasuklah:

  • Ubat seperti kortikosteroid
  • Pemindahan sel darah merah dan platelet
  • Pemindahan platelet
  • Pertukaran plasma
  • Dialisis

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Hemolitik Uremik?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani HUS :

  • Basuh tangan, peralatan masak dan makanan sekerap mungkin.
  • Jangan makan daging mentah, terutamanya daging lembu. Daging perlu dimasak pada suhu 68 C atau lebih.
  • Basuh buah-buahan dan sayuran di bawah air yang mengalir
  • Elakkan susu dan jus yang tidak dipasteurkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut