Apa itu Sindrom Gelung Mati?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Sindrom Gelung Mati?

Sindrom gelung mati berlaku apabila sebahagian usus kecil membentuk gelung yang mana makanan akan lalu melaluinya ketika proses penghadaman. Apabila adanya “gelung mati” ini bermakna makanan tidak boleh lalu dengan normal melalui saluran penghadaman.

Produk makanan dan sisa buangan yang bergerak dengan perlahan menjadi tempat pembiakan bakteria. Hasilnya – pertumbuhan bakteria – sering menyebabkan cirit birit dan boleh mengakibatkan hilang berat badan dan malnutrisi.

Kadang kala ia dipanggil sebagai sindrom stasis atau sindrom gelung genang, sindrom gelung mati sering menjadi komplikasi bagi pembedahan perut (abdomen). Terapi sindrom gelung mati juga boleh berpunca daripada masalah struktur dan beberapa penyakit lain. Kadang kala pembedahan diperlukan bagi menyelesaikan masalah, tetapi antibiotik adalah rawatan yang paling biasa dilakukan.

Apakah kebarangkalian Sindrom Gelung Mati?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Gelung Mati?

Simptom-simptom biasa bagi sindrom gelung mati ialah:

  • Cirit birit.
  • Najis berlemak.
  • Rasa perut penuh selepas makan satu juadah.
  • Hilang selera.
  • Mual.
  • Turun berat badan tanpa diingini.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sindrom Gelung Mati?

Usus kecil merupakan bahagian yang paling panjang di dalam saluran penghadaman anda. Usus kecil adalah tempat di mana makanan bercampur dengan jus penghadaman dan nutrien diserap masuk ke dalam aliran darah anda.

Tidak seperti usus besar (kolon) anda, usus kecil biasanya hanya mempunyai sedikit bakteria sahaja. Tetapi dalam sindrom gelung mati, makanan yang bergenang di dalam saluran usus kecil akan menjadi tempat yang bagus untuk pembiakan bakteria. Bakteria akan menghasilkan toksin serta menghalang penyerapan nutrien.

Semakin bertambah panjang usus yang terlibat dalam sindrom gelung mati, semakin bertambah peluang untuk pembiakan bakteria.

Sindrom gelung mati boleh disebabkan oleh:

  • Komplikasi pembedahan abdomen, termasuk pintasan gaster untuk obesiti dan gastrorektomi bagi merawat ulser peptok dan kanser perut
  • Masalah struktur di dalam dan sekeliling usus kecil anda, termasuk tisu parut (usus melekat) pada bahagian luar usus dan tisu kecil yang membonjol seperti kantung yang tersembul keluar melalui dinding usus (divertikulosis)
  • Keadaan perubatan yang tertentu, termasuk penyakit Crohn, enteritis radiasi, skleroderma, penyakit seliak, obesiti dan diabetes, boleh memperlahankan pergerakan (motiliti) produk makanan dan sisa buangan melalui usus kecil.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Gelung Mati?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom gelung mati, seperti:

  • Pembedahan gaster untuk obesiti atau ulser.
  • Kecacatan struktur di dalam usus kecil.
  • Kecederaan pada usus kecil.
  • Terdapat laluan keluar yang abnormal (fistula) di antara dua bahagian usus.
  • Penyakit Crohn, limfoma usus atau skleroderma yang melibatkan usus kecil.
  • Sejarah terapi radiasi pada abdomen.
  • Diabetes.
  • Diverticulosis usus kecil.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Gelung Mati didiagnosis?

Ketika pemeriksaan fizikal dilakukan, doktor akan menyedari terdapat ketulan di dalam atau bengkak pada abdomen. Ujian-ujian yang mungkin akan dilakukan termasuk:

  • Pengimbas CT abdomen.
  • X-ray abdomen.
  • Ujian darah bagi memeriksa status nutrisi.
  • Beberapa siri bahagian atas GI dengan usus kecil menggunakan x-ray kontrast.

Bagaimana pesakit Sindrom Gelung Mati dirawat?

Sekiranya boleh, doktor akan merawat sindrom gelung mati dengan merawat masalah yang menyebabkan sindrom ini – contohnya, melalui pembedahan untuk membaiki gelung mati, striktur atau fistula akibat pasca pembedahan. Tetapi gelung mati tidak selalunya boleh kembali sembuh seperti sediakala. Bagi kes sebegini, rawatan akan tertumpu untuk membetulkan kekurangan nutrisi dan menghentikan pembiakan bakteria.

Terapi antibiotik

Bagi kebanyakan individu, langkah awal adalah merawat pembiakan bakteria dengan menggunakan antibiotik. Doktor akan memulakan rawatan ini sekiranya simptom-simptom dan sejarah perubatan anda kuat menunjukkan bahawa ini merupakan punca bagi sindrom ini, walaupun apabila keputusan ujian tidak membawa apa-apa keputusan atau tanpa sebarang ujian langsung. Ujian boleh dilakukan jika rawatan antibiotik tidak berkesan.

Antibiotik bagi jangka masa pendek selalunya akan mengurangkan jumlah bakteria yang abnormal dengan ketara sekali. Tetapi bakteria boleh kembali semula apabila berhenti daripada mengambil antibiotik, jadi rawatan mungkin perlu dipanjangkan lagi. Sesetengah individu yang mengalami gelung mati menjalani hidup tanpa memerlukan antibiotik untuk jangka masa yang lama, manakala yang lain memerlukan antibiotik secara berkala.

Doktor juga akan menukar pelbagai jenis antibiotik yang berbeza bagi bantu menghalang rintangan bakteria. Antibiotik akan membunuh kebanyakan bakteria, baik yang normal ataupun yang tidak normal. Hasilnya, antibiotik akan menyebabkan beberapa masalah yang sedang cuba untuk diubati, termasuk cirit birit. Menukar antara ubat yang berbeza akan bantu mengelakkan masalah ini.

Sokongan nutrisi

Membetulkan semula kekurangan nutrisi adalah langkah yang paling penting dalam merawat sindrom gelung mati, terutamanya bagi individu yang mengalami penurunan berat badan yang teruk. Malnutrisi boleh dirawat, namun kerosakan yang disebabkan olehnya tidak selalunya boleh sembuh semula.

Berikut merupakan rawatan yang boleh merawat kekurangan vitamin, mengurangkan distres terhadap usus dan membantu menaikkan berat badan:

  • Makanan tambahan bernutrisi. Individu yang mengalami sindrom gelung mati memerlukan suntikan intraotot vitamin B12, serta vitamin oral, makanan tambahan kasium dan zat besi.
  • Diet bebas laktosa. Kerosakan pada usus kecil akan menyebabkan anda hilang keupayaan untuk menghadam gula susu (laktosa). Bagi kes ini, penting untuk anda menghindari produk yang mengandungi laktosa, atau menggunakan penyediaan laktase yang membantu menghadam gula susu. Sesetengah orang boleh mengambil yogut kerana bakteria yang digunakan dalam proses mengkultur telah memecahkan laktose secara normal.
  • Trigliserida rantaian medium. Kebanyakan lemak di dalam diet terdiri daripada molekul lemak rantaian panjang (trigliserida). Sesetengah individu yang mengalami sindrom gelung mati lebih mudah untuk menghadam trigliserida rantaian medium yang dijumpai dalam minyak kelapa. Trigliserida rantaian medium kadang kala dipreskripsi sebagai makanan tambahan bagi pesakit yang mengalami sindrom gelung mati yang teruk sehingga mengakibatkan sindrom usus pendek.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Gelung Mati?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 21, 2018