Apa itu Sindrom Down?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Sindrom Down?

Sindrom Down adalah keadaan genetik yang menyebabkan ketakupayaan pembelajaran dan ciri-ciri fizikal tertentu.

Keadaan ini kekal seumur hidup, tetapi dengan penjagaan yang betul, orang yang mempunyai sindrom Down boleh membesar dengan sihat, hidup bahagia dan secara produktif untuk masyarakat.

Apakah kebarangkalian Sindrom Down?

Sindrom Down adalah gangguan genetik yang paling biasa. Ia boleh menjejaskan orang dari peringkat awal kehidupan lagi.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Down?

Simptom-simptom biasa sindrom Down adalah:

  • Ciri-ciri muka yang rata;
  • Saiz kepala yang kecil;
  • Leher pendek;
  • Mulut kecil dan lidah menjulur;
  • Kekurangan tonus otot, menyebabkan keliutan/lunglai;
  • Lompang antara jari kaki pertama dan kedua;
  • Tangan yang lebar dengan jari yang pendek dan satu garis lipat di tapak tangan;
  • Berat dan ketinggian yang lebih rendah berbanding purata.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda melihat mana-mana perkara-perkara berikut:

Bayi anda memerlukan doktor dengan segera apabila dia mempunyai:

  • Masalah perut seperti sakit perut, perut bengkak, muntah;
  • Masalah jantung seperti perubahan warna bibir dan jari, kesukaran ketika bernafas atau mengalami kesukaran tiba-tiba ketika makan atau melakukan sesuatu.

Bertindak secara berbeza atau tidak boleh melakukan sesuatu yang biasanya dia boleh lakukan.

Menunjukkan masalah kesihatan mental, seperti keresahan atau kemurungan.

Punca

Apakah punca Sindrom Down?

Badan yang normal mempunyai 46 kromosom, separuh daripadanya berasal dari ibu dan separuh lagi dari ayah. Sindrom Down berlaku disebabkan oleh pembahagian yang luar biasa pada kromosom ke-21. Orang dengan sindrom Down akan mempunyai 47 kromosom. Penambahan kromosom ke-21 ini menyebabkan ketidakupayaan mental dan fizikal yang melibatkan sindrom Down.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Down?

Terdapat banyak faktor risiko untuk sindrom Down, seperti:

  • Kehamilan apabila anda lebih tua. Apabila anda bertambah tua, bayi anda mempunyai risiko Sindrom Down yang lebih tinggi. Risiko meningkat dari umur ibu 35 tahun.
  • Bayi anda yang sebelum ini dilahirkan dengan sindrom Down.
  • Faktor warisan: ibu dan bapa boleh mewarisi gangguan genetik kepada anak-anak mereka.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Down didiagnosis?

  • Semasa mengandung, ujian saringan dan ujian diagnostik boleh dilakukan untuk mengesan jika ibu sedang mengandungkan bayi dengan sindrom Down.
  • Selepas bersalin, sampel darah dari anak anda boleh diambil dan dianalisis untuk mencari kehadiran kromosom ke-21 yang menyebabkan Sindrom Down.

Bagaimana pesakit Sindrom Down dirawat?

Sindrom Down tidak boleh dirawat sepenuhnya. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi ibu bapa menyedari keadaan ini secepat mungkin dan membantu bayi mereka seawal usia pertama.

Sekiranya anak anda mempunyai sindrom Down, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor atau kumpulan sokongan untuk memberikannya rawatan perubatan dan menggalakkan anak anda untuk membangunkan kemahiran sosial yang penting.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Down?

Apabila anak anda didiagnosis dengan sindrom Down, ianya mungkin sukar untuk anda pada mulanya. Anda perlu mencari sumber sokongan di mana anda boleh mempelajari maklumat asas mengenai keadaan ini dan bagaimana untuk menjaga dan membantu anak anda mengembangkan kemahiran, termasuk:

  • Mencari profesional atau orang yang mempunyai masalah yang sama dengan anda. Lebih baik berkongsi maklumat dan penyelesaian untuk anak anda.
  • Sentiasa berharap: ramai kanak-kanak dengan sindrom Down masih boleh hidup bahagia dan melakukan perkara-perkara yang produktif dan bermanfaat untuk masyarakat. Jangan sekali-kali kehilangan harapan tentang masa depan anak anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.