Apa itu Sindrom cakera lumbar?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Sindrom cakera lumbar?

Sindrom cakera lumbar adalah kumpulan simptom berkaitan dengan keadaan cakera rawan pada spina lumbar. Spina lumbar terdiri daripada lima vertebra yang dipisahkan oleh cakera rawan. cakera rawan mempunyai fungsi redaman. cakera rawan jugak melapik vertebra dan meningkatkan fleksibiliti bahagian bawah belakang badan.

Perubahan degenerasi atau kecederaan cakera lumbar mungkin merosakkan cincin serat. Cincin serat ialah jalur rawan yang kuat dan pejal mengelilingi plat rawan. Hernia cakera mungkin akan masuk ke dalam salur spina atau salur akar saraf dan mengakibatkan kesakitan.

Apakah kebarangkalian Sindrom cakera lumbar?

Sindrom cakera lumbar sering disebabkan oleh kemerosotan semulajadi secara beransur-ansur mengikut usia. Semakin meningkat usia, cakera intervertebra beransur-ansur kehilangan air membuatnya menjadi kurang fleksibel dan lebih mudah untuk koyak walaupun dengan sedikit regangan otot atau kilasan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom cakera lumbar?

Simptom yang biasa berlaku dalam sindrom cakera lumbar termasuklah :

  • Sakit belakang atau rasa kebas dan berdenyut-denyut memancar pada buntut, pinggang, lipatan peha atau kaki.
  • Sakit teruk disebabkan bahagian hernia bergerak, batuk, ketawa atau meneran ketika di tandas.
  • Sesetengah individu menjadi lemah, cemerkap, sindrom kaki lentuk (tidak boleh memakai selipar atau sandal dengan mudah kerana kaki melentuk).

Mungkin terdapat beberapa simptom lain yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai simptom-simptom ini, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda dan simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor anda. Status dan keadaan mungkin berbeza bagi setiap orang. Selalu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan kaedah diagnosis, rawatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Sekiranya anda sedang menjalani rawatan, hubungi doktor anda jika anda:

  • Mengalami kesan sampingan ubat
  • Sukar berjalan, kaki lemah atau tidak dapat bergerak, menggunakan tandas atau mengawalnya.

Punca

Apakah punca Sindrom cakera lumbar?

Degenerasi cakera disebabkan oleh penuaan semulajadi. Postur yang kurang baik atau pekerjaan melibatkan kaedah mengangkat barangan berat yang salah akan memburukkan lagi keadaan ini. cakera rawan beransur-ansur menjadi haus, sedikit mengembung kemudiannya menjadi leper. Apabila jarak antara cakera rawan menjadi nipis, vertebra akan bergosok sesama sendiri, membuatkan bucu vertebra beransur-ansur menjadi haus. Kemudian spur tulang terbentuk mengakibatkan tekanan pada tunjang spina atau saraf. Apabila saraf direngsa, terjadilah sakit belakang dan kaki, rasa berdenyut-denyut, kebas dan kaki menjadi lemah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom cakera lumbar?

Terdapat banyak faktor yang boleh meningkatkan risiko sindrom cakera lumbar termasuklah:

  • Berat badan: berat badan berlebihan menambahkan tekanan pada cakera lumbar.
  • Pekerjaan: pekerja buruh berisiko tinggi untuk mengalami masalah belakang badan.
  • Pergerakan mengangkat, menarik, menolak, membengkok ketepi atau berpusing juga menambahkan risiko.
  • Gen

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom cakera lumbar didiagnosis?

Doktor akan melakukan rawatan seperti fisioterapi, ultrasound, pek pemanas pada tempat dan senaman khas. Steroid dan suntikan anestetik pada saraf tunjang boleh membantu mengurangkan kesakitan. Pembedahan adalah jalan terakhir apabila semua kaedah di atas tidak berkesan.

Bagaimana pesakit Sindrom cakera lumbar dirawat?

Doktor akan mengambil sejarah dan pemeriksaan fizikal. X-ray mungkin dibuat. Ujian-ujian berikut mungkin akan dilakukan bagi kes kesakitan berpanjangan atau untuk mempertimbangkan pembedahan: tomografi komputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI), peta kombinasi CSF/CT, daftar elektromekanik/ tinjauan kelajuan konduksi saraf (EMG/NCV).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom cakera lumbar?

Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi sindrom cakera lumbar:

  • Kekalkan postur yang betul ketika duduk dan berjalan.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kenderaan.
  • Sokong pinggang anda jika duduk terlalu lama. Letak bantal kecil atau gulungan tuala di antara bahagian tersebut dan tali pinggang. Selalu tegakkan diri dan sandar kebelakang (setiap sejam).  
  • Sentiasa mengangkat barang dengan posisi menegak. Rapatkan diri anda dengan objek dan gunakan otot kaki dan peha untuk mengangkatnya.
  • Selalu bersenam seperti diarahkan oleh doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Rujukan