backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sindrom Brugada

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 09/01/2020

Definisi

Apa itu Sindrom Brugada?

Sindrom Brugada adalah satu keadaan di mana denyutan jantung menjadi tidak teratur. Ia adalah salah satu punca serangan jantung dan kematian jantung secara tiba-tiba. Keadaan ini adalah suatu gangguan genetik yang dicirikan oleh irama jantung yang tidak normal dari ruang (chamber) bawah jantung. Keluarbiasaan ini merujuk kepada corak ECG Brugada dan boleh dikenal pasti oleh ujian elektrokardiogram (ECG).

Apakah kebarangkalian Sindrom Brugada?

Masalah kesihatan ini lebih biasa berlaku pada lelaki berbanding wanita (nisbah 10: 1). Tanda pertama Brugada biasanya berlaku pada usia 22-65 tahun. Di Asia Tenggara, umur purata adalah 40-41 tahun.

Berkenaan keadaan ini yang tidak lazim pada kanak-kanak, adalah sesuatu yang boleh dipercayai. Oleh itu, diagnosis awal adalah perlu untuk mencegah komplikasi. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Brugada?

Simptom bagi sindrom Brugada sering berlaku pada waktu malam (episod hipoglisemia nokturnal) dan atau selepas meminum alkohol. Kadang-kadang ia juga boleh tiba-tiba muncul dan menjadi lebih teruk selepas bekerja atau bahkan selepas makan.

Sebab mengapa sindrom Brugada membawa maut adalah kerana dalam banyak kes, irama jantung yang tidak normal berterusan, dan menyebabkan jantung berhenti mengepam.

Simptom bagi sindrom Brugada termasuk:

  • Demam;
  • Keletihan;
  • Sesak nafas;
  • Saraf;
  • Denyutan jantung yang dilangkau (serangan jantung tiba-tiba atau aritmia ventrikel);
  • Kesakitan dada, rasa berat, berdehit;
  • Debaran jantung;
  • Pengsan / sinkop;
  • Strok.
  • Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda harus menghubungi doktor anda jika ada yang berikut:

    • Mempunyai ahli keluarga mengalami sindrom Brugada.
    • Merasai debaran jantung atau degupan jantung yang tidak teratur.
    • Menggunakan ubat yang meningkatkan kadar denyutan jantung, seperti procainamide, flecainide.
    • Pernah mengalami episod pengsan, aritmia, atau gemuruh / demam.

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apakah punca Sindrom Brugada?

    Banyak kajian mengenai sindrom Brugada mengisyaratkan kepada mutasi genetik sebagai punca utama. Malah, 25% daripada semua kes Brugada mempunyai beberapa jenis mutasi gen yang berlaku. Gen SCN5A (gen yang menentukan fungsi saluran ion dan aktiviti elektrik) paling kerap terlibat, tetapi hanya sekitar satu pertiga daripada kes yang berlaku.

    Saluran ion terletak di permukaan jantung sebagai bukaan kecil yang membolehkan isyarat elektrik masuk ke dalam otot jantung. Ini menyebabkan pengecutan dan mencetuskan degupan jantung, mengepam darah dari jantung ke organ lain di dalam badan.

    Mutasi dalam gen SCN5A menyebabkan jantung mengecut lebih cepat dan oleh itu membawa kepada sindrom Brugada. Kes-kes lain menunjukkan ketidakstabilan dalam struktur jantung di ventrikel kanan yang membawa kepada degupan jantung yang tidak terkawal. Sesetengah ubat, seperti kokain dan ubatan psikotropik, boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Brugada?

    Pesakit lelaki dengan sejarah masalah jantung dalam keluarga berada pada risiko yang lebih tinggi terhadap sindrom Brugada. Keadaan ini lebih kerap berlaku pada orang berusia 40-an. Faktor risiko lain termasuklah:

    • Mempunyai masalah jantung terhenti yang terdahulu dan atau sinkop / pengsan yang tidak dapat dijelaskan.
    • Mempunyai takikardia ventrikel atau aritmia yang berterusan.
    • Sejarah disfungsi jantung tanpa gejala.
    • Penyalahgunaan kokain & dadah psikotropik.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Sindrom Brugada didiagnosis?

    Masalah kesihatan ini boleh didiagnosis oleh beberapa ujian seperti:

    • Elektrokardiogram (ECG).
    • Ujian elektrofisiologi (EP).
    • Ujian genetik;
    • Ujian pengimbasan seperti ultrabunyi dan MRI.

    Bagaimana pesakit Sindrom Brugada dirawat?

    Sindrom Brugada boleh dirawat dengan peranti implan defibrilator jantung (ICD). Mesin ini mengesan kadar denyutan jantung yang tidak normal dan menggunakan kejutan elektrik untuk mengembalikan jantung anda ke denyutan yang normal.

    ICD adalah kaedah yang paling berkesan. Walau bagaimanapun, implantasi ICD membawa kepada beberapa risiko, termasuklah kadar kejutan yang tidak wajar semasa rentak jantung biasa dan menyebabkan kesakitan yang tidak diingini.

    Ubat-ubatan seperti quinidine telah menunjukkan potensi dalam kajian-kajian kecil untuk mengurangkan risiko kadar denyutan jantung yang tidak normal. Ia boleh digunakan bersama dengan ICD untuk mencegah Sindrom Brugada.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Brugada?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani sindrom Brugada:

    Sindrom Brugada adalah masalah yang boleh diwarisi. Oleh itu, tiada apa yang boleh anda lakukan untuk pencegahan. Adapun begitu, hidup dengan sindrom Brugada boleh mencabar emosi. Ada beberapa kaedah untuk menguruskan perasaan tentang keadaan anda, termasuklah:

    • Menyertai kumpulan sokongan.
    • Menjalani pemeriksaan perubatan yang berterusan untuk mengelakkan komplikasi.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 09/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan