Apa itu Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Sindrom antibodi antifosfolipid (sindrom antifosfolipid – APS) adalah masalah pada sistem imun manusia yang menyerang protein biasa dalam tubuh manusia. Sindrom antifosfolipid boleh membentuk pembekuan darah di dalam arteri atau urat. Di samping itu, ia boleh menyebabkan banyak masalah kehamilan yang rumit, seperti keguguran dan kematian sewaktu lahir.

Urat kaki adalah tempat yang paling popular di mana pembekuan darah terbentuk. Gumpalan juga boleh terbentuk di dalam arteri. Gumpalan darah mungkin berlaku dalam mana-mana organ, tetapi mereka lebih cenderung untuk memberi kesan kepada paru-paru, otak, buah pinggang, jantung dan kulit.

Terdapat dua jenis APS: primer dan sekunder. APS primer tidak akan mempunyai sebarang keadaan lain yang berkaitan. Bentuk sekunder pula dikaitkan dengan gangguan imun yang lain, seperti lupus, jangkitan, atau penggunaan ubat (seperti chlorpromazine atau procainamide).

Apakah kebarangkalian Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Prevalens sebenar sindrom antifosfolipid adalah tidak diketahui. Keadaan ini dianggap biasa, dan mungkin bertanggungjawab terhadap satu peratus daripada semua kes trombosis yang berlaku. Dianggarkan bahawa 20 peratus daripada individu yang lebih muda dari usia 50 yang mengalami strok, mempunyai sindrom antifosfolipid. Sepuluh hingga 15 peratus daripada orang dengan lupus eritematosus sistemik (SLE) mempunyai sindrom antifosfolipid. Begitu juga, 10 hingga 15 peratus wanita yang mengalami keguguran berulang mungkin mempunyai keadaan ini. Kira-kira 70 peratus individu yang didiagnosis dengan sindrom antifosfolipid adalah wanita. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Tanda-tanda umum bagi sindrom antibodi antifosfolipid adalah:

  • Gumpalan darah di kaki anda (trombosis vena dalam, atau DVT) yang boleh pergi ke paru-paru anda (embolisme paru-paru)
  • Keguguran berulang, kematian sewaktu lahir dan komplikasi lain kehamilan, seperti kelahiran pramatang dan tekanan darah tinggi semasa hamil (praeklampsia)
  • Strok
  • Gumpalan darah di dalam arteri pada lengan atau kaki anda (trombosis arteri periferi)

Tanda-tanda dan simptom yang kurang biasa termasuklah:

  • Simptom neurologi. Sakit kepala kronik, termasuk migrain, demensia dan sawan mungkin berlaku apabila darah beku menghalang aliran darah ke bahagian otak anda.
  • Penyakit kardiovaskular
  • Ruam kulit
  • Pendarahan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika ada yang berikut:

  • Sakit atau bengkak pada kaki atau lengan anda
  • Bintikan darah atau perdarahan semasa hamil
  • Tanda dan simptom strok dan embolisme pulmonari

Punca

Apakah punca Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

  • Beberapa jangkitan tertentu, termasuk sifilis, jangkitan HIV, hepatitis C dan penyakit Lyme, antara lainnya mempunyai insiden yang lebih tinggi untuk mendapat antibodi antifosfolipid.
  • Ubat tekanan darah tinggi – Hydralazine, ubat yang mengawal rentak jantung – quinidine, ubat anti-sawan phenytoin (Dilantin) dan antibiotik amoxicillin boleh menyebabkan perkembangan sindrom antibodi antifosfolipid.
  • Kecenderungan genetik.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom antibodi antifosfolipid, seperti:

  • Mempunyai masalah autoimun, seperti lupus eritematosus sistemik (SLE) atau sindrom Sjogren.
  • Mempunyai jangkitan tertentu, seperti sifilis, HIV / AIDS, hepatitis C atau penyakit Lyme.
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti hydralazine untuk tekanan darah tinggi, ubat-ubatan yang mengawal rentak jantung – quinidine, ubat anti-sawan – phenytoin (Dilantin) dan antibiotik amoxicillin.
  • Mempunyai ahli keluarga dengan sindrom antifosfolipid
  • Mengandung / hamil
  • Tidak bergerak selama suatu tempoh masa (seperti ketika anda sedang tidur atau duduk semasa penerbangan yang panjang)
  • Menjalani pembedahan
  • Merokok
  • Mengambil pil perancang kehamilan / kontraseptif
  • Mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang tinggi

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Antibodi Antifosfolipid didiagnosis?

Walaupun APS mungkin bukan sebabnya, banyak simptom yang boleh berlaku. Dan doktor walau bagaimanapun boleh memerintahkan ujian untuk mengesan antibodi yang berkaitan dengan APS apabila:

  • Gumpalan darah atau keguguran berlaku tanpa sebab yang jelas
  • Orang muda mempunyai serangan jantung atau strok

Ujian darah untuk sindrom antifosfolipid mencari sekurang-kurangnya satu daripada tiga antibodi berikut dalam darah anda:

  • Lupus anticoagulant
  • Anti-cardiolipin
  • Beta-2 glycoprotein I

Bagaimana pesakit Sindrom Antibodi Antifosfolipid dirawat?

Rawatan awal standard

Jika anda mempunyai trombosis, rawatan awal menurut piawaian akan menggunakan kombinasi ubat antikoagulan (penipisan darah). Contohnya Heparin, warfarin dan aspirin.

Rawatan semasa kehamilan

Terapi antikoagulan adalah lebih kompleks semasa kehamilan. Terapi ini mahal, memerlukan suntikan yang teratur dan membawa beberapa risiko kesan sampingan yang ketara.

  • Beberapa bentuk heparin seperti enoxaparin (Lovenox) dan dalteparin (Fragmin) dikenali sebagai heparin berat molekul rendah (LMWH), yang mana anda boleh menyuntik diri anda dengan ubat ini di bawah kulit. Heparin dianggap selamat untuk diambil semasa kehamilan.
  • Jika anda hamil, doktor anda mungkin mengesyorkan mengambil satu tablet aspirin setiap hari sebagai tambahan kepada heparin, untuk meningkatkan peluang anda untuk kehamilan yang berjaya.

Rawatan eksperimental

  • Ubat-ubatan ini biasanya digunakan untuk mengurangkan kolesterol, tetapi mereka dapat mengurangkan risiko penggumpalan darah dan penyakit kardiovaskular dalam sindrom antifosfolipid.
  • Pencair darah baru (antikoagulan)

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Antibodi Antifosfolipid?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani sindrom antibodi antifosfolipid:

Tiada kaedah pencegahan yang pasti untuk APS walaupun vaksinasi untuk jangkitan virus (termasuk influenza) dapat mengurangkan risiko APS yang dicetuskan oleh jangkitan virus. Walau bagaimanapun, perubahan gaya hidup boleh mengurangkan kemungkinan pembekuan darah.

Untuk mengurangkan risiko pembekuan darah:

  • Berhenti merokok
  • Meningkatkan aktiviti fizikal
  • Elakkan pengambilan ubat (jika boleh) yang disyaki meningkatkan risiko penggumpalan darah atau menyebabkan APS; sila berbincang dengan doktor anda sebelum menghentikan pengambilan apa-apa ubat

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.