Siku terkehel berlaku apabila tulang-tulang yang membentuk sendi siku ditolak keluar dari penjajaran – biasanya apabila anda mendarat di atas tangan yang terentang semasa jatuh.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Siku terkehel berlaku apabila tulang-tulang yang membentuk sendi siku ditolak keluar dari penjajaran – biasanya apabila anda mendarat di atas tangan yang terentang semasa jatuh.
Siku adalah sendi kedua yang paling kerap terkehel selepas bahu pada orang dewasa, dan sendi pertama yang paling kerap terkehel pada kanak-kanak.
Kanak-kanak mungkin mengalami siku terkehel, yang kadangkala dikenali sebagai “nursemaid’s elbow“, jika mereka diangkat ke atas atau diayun dengan pegangan pada lengan atau tangan.
Sekiranya anda atau anak anda mempunyai siku terkehel, dapatkan rawatan perubatan segera. Komplikasi boleh berlaku jika siku yang terkehel menghimpit atau memerangkap saluran darah dan saraf yang berfungsi pada hujung lengan dan tangan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini.
Siku terkehel biasanya boleh dibetulkan kembali tanpa pembedahan. Walau bagaimanapun, jika siku anda patah, anda mungkin memerlukan pembedahan.
Siku terkehel adalah sangat lazim. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Antara tanda-tanda umum bagi siku terkehel adalah:
Seorang kanak-kanak dengan siku terkehel akan mengalami sakit hanya apabila siku yang terjejas digerakkan. Kanak-kanak tersebut akan mengelakkan daripada menggunakan lengan yang terjejas dan memegangnya dengan sedikit bengkok ke dalam badan.
Dalam sesetengah keadaan siku hanya terkehel separuh. Dislokasi separa boleh menyebabkan lebam dan sakit di bahagian ligamen yang meregang atau koyak.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda atau anak anda mengalami kesakitan yang melampau atau dislokasi sendi siku yang jelas.
Pada orang dewasa, penyebab yang paling biasa bagi siku terkehel adalah:
Dalam kalangan kanak-kanak atau remaja, jatuh ke tangan yang terentang juga merupakan penyebab biasa bagi siku terkehel.
Pada kanak-kanak, kecederaan yang sering terjadi adalah apabila daya tarik berlebihan dikenakan pada lengan yang terentang. Punca-punca kecederaan tersebut termasuklah:
Terdapat banyak faktor risiko yang boleh berlaku seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan memastikan saraf dan arteri anda tidak tercedera dengan memeriksa nadi anda, memastikan deria sentuhan anda normal, menggerakkan jari dan pergelangan tangan anda, dan memastikan darah mengalir secara normal ke tangan anda.
Seterusnya, doktor akan melaksanakan x-ray. Kadang-kadang, pecahan pada tulang boleh kelihatan seperti dislokasi, dan beberapa pecahan boleh berlaku apabila dislokasi berlaku.
Jika doktor mengesyaki kecederaan pada arteri anda, ujian lanjutan seperti arteriogram (x-ray pada arteri anda) boleh dilakukan.
Doktor akan melaksanakan reduction (meletakkan semula) siku anda dengan menarik di pergelangan tangan anda dan meluruskan kembali siku anda ke tempatnya. Ini adalah sangat menyakitkan, maka ubat yang sangat kuat untuk menahan sakit boleh diberikan sebelum reduction dibuat.
Selepas siku anda kembali ke tempatnya, doktor akan mendapatkan x-ray dan kemudian meletakkannya dalam anduh yang akan membengkokkan siku anda. Penganduh akan membentuk “L” di belakang siku anda. Ia dibuat daripada plaster atau gentian kaca.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan pergerakan lengan di siku anda. Biasanya, lengan anda akan diletakkan di dalam kain anduh untuk membantu anda mengekalkan penganduh.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen