backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 09/05/2022

Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut)

Definisi

Apa itu Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut) ?

Serangan jantung secara tiba-tiba  ialah terma kesihatan untuk serangan jantung. Serangan jantung ialah keadaan yang sangat membahayakan nyawa ketika saluran darah ke jantung terputus secara tiba-tiba, menyebabkan kerosakan tisu.

Jantung memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang berterusan, seperti otot-otot lain di dalam badan. Dua saluran darah yang besar dipanggil saluran darah koronari membekalkan oksigen dalam darah untuk otot jantung. Jika mana-mana saluran darah ini tersumbat secara tiba-tiba, sebahagian dari jantung akan kekurangan oksigen, keadaan yang dipanggil “kekurangan darah dalam tisu jantung”.

Jika kekurangan darah dalam tisu jantung berlaku dalam masa yang lama, otot jantung tersebut akan mati. Ini dipanggil serangan jantung ataupun secara terjemah mudah “kematian otot jantung”.

Kebanyakan serangan jantung berlaku untuk beberapa jam- jadi, mintalah bantuan segera. Dalam sesetengah kes simptom tidak kelihatan langsung, akan tetapi kebanyakan serangan jantung membuatkan dada sakit.

Apakah kebarangkalian Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut) ?

Serangan jantung boleh menjejaskan pesakit pada semua peringkat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut) ?

Simptom biasa serangan jantung secara tiba-tiba ialah:

  • Rasa sesak dada
  • Sakit di bahagian dada, belakang, rahang, dan semua bahagian atas badan yang bertahan selama beberapa minit atau yang pergi dan datang balik
  • Sesak nafas
  • Berpeluh
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Cemas
  • Batuk
  • Pening kepala
  • Jantung berdegup laju

Penting untuk anda tahu bahawa tidak semua individu yang mengalami serangan jantung akan mempunyai simptom yang sama atau kesakitan yang sama. Sakit dada merupakan simptom lazim yang dilaporkan berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita. Akan tetapi, wanita akan berisiko berbanding lelaki untuk mempunyai:

  • Sesak nafas
  • Sakit rahang
  • Sakit bahagian belakang atas badan
  • Pening kepala
  • Loya
  • Muntah-muntah

Hakikatnya, terdapat wanita yang mengalami serangan jantung dilaporkan mempunyai seperti simptom demam.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut) ?

Ini secara lazimnya adalah hasil satu atau lebih saluran darah koronari tersumbat. Saluran darah tersumbat boleh disebabkan oleh terhasilnya plak, suatu bahan yang terdiri dari lemak, kolestrol dan hasil nyahtinja. Ini boleh menyebabkan serangan jantung, beberapa faktor mungkin membawa kepada terjadinya saluran darah koronari tersumbat.

  • Kolestrol: Tidak semua kolestrol teruk, tetapi kolestrol LDL boleh melekat di dinding saluran darah dan menghasilkan plak.
  • Lemak tepu: Lemak tepu boleh menyumbang kepada terhasilnya plak. Lemak tepu boleh didapati dalam daging dan produk tenusu, termasuklah daging, mentega dan keju.
  • Lemak trans: Sejenis lemak lagi menyumbang kepada arteri tersumbat ialah lemak trans, atau  lemak terhidrogen. Lemak trans selalunya dihasilkan dan boleh didapati dalam pelbagai jenis makan proses.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut) ?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk serangan jantung secara tiba-tiba, seperti:

Tekanan darah tinggi: Anda sangat berisiko untuk mendapat serangan jantung jika anda mempunyai tekanan darah tingg. Tekanan darah tinggi yang normal ialah di bawah 120/80 mm Hg (milimeter merkuri) bergantung kepada umur anda.

Tinggi kandungan kolestrol: Tinggi kandungan kolestrol di dalam darah membuatkan anda berisiko untuk mendapat serangan jantung secara tiba-tiba. Anda boleh mengurangkan kadar kolesterol anda dengan mengubah diet atau mengambil ubat statin.

Tinggi kandungan triglyceride: Tinggi kandungan triglyceride juga meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung. Triglyceride yang tersimpan di dalam badan anda menyumbang kepada terhasilnya plak.

Kencing manis dan tinggi kandungan gula dalam darah: Kencing manis ialah keadaan yang menyebabkan kandungan gula dalam darah, atau glukos, meningkat. Tinggi kandungan gula dalam darah boleh merosakkan saluran darah dan akhirnya boleh menyebabkan penyakit saluran darah koronari.

Obesiti: Risiko anda untuk mendapat serangan jantung semakin tinggi jika anda mempunyai berat badan berlebihan. Obesiti sering disertai dengan pelbagai keadaan yang meningkatkan risiko serangan jantung, termasuklah:

  • Kencing manis
  • Tinggi tekanan darah
  • Tinggi kandungan kolestrol
  • Tinggi kandungan triglyceride
  • Merokok: Merokok produk tembakau meningkatkan risiko anda untuk mendapat serangan jantung. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan gangguan kardiovaskular yang lain.

    Umur: risiko untuk mendapat serangan jantung meningkat seiring dengan umur. Lelaki lebih tinggi risiko serangan jantung selepas umur 45, dan wanita lebih tinggi risiko serangan jantung selepas umur 55.

    Sejarah keluarga: Anda lebih berisiko untuk mendapat serangan jantung jika ada antara kalangan ahli keluarga pernah mempunyai sejarah serangan jantung awal. Risiko anda semakin tinggi terutamanya jika anda mempunyai ahli keluarga lelaki yang mendapat serangan jantung sebelum umurnya 55 tahun atau jika ada kalangan ahli keluarga perempuan yang mendapat serangan jantung sebleum umurnya 65 tahun.

    Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko serangan jantung termasuklah:

    • Tekanan
    • Kurang bersenam
    • Penggunaan dadah terlarang, termasuk kokain dan amfetamin
    • Mempunyai sejarah tekanan darah tinggi semasa hamil

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

    Bagaimana pesakit Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut)

    didiagnosis?

    Untuk mengesahkan sama ada anda mendapat serangan jantung, doktor anda akan mendengar degupan jantung anda dan mengukur tekanan darah anda.

    Elektrokardiogram (EKG) juga digunakan untuk mengukur aktiviti elektrik jantung anda. Ujian darah juga boleh digunakan untuk memeriksa protein yang menyebabkan kerosakan jantung, seperti troponin.

    Ujian diagnostik lain termasuklah:

    • Ujian tekanan untuk melihat fungsi jantung anda ketika beberapa keadaan, seperti bersenam.
    • Angiogram bersama kateter koronari untuk melihat bahagian yang tersumbat dalam saluran darah
    • Ekokardiogram boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti bahagian jantung anda yang tidak berfungsi dengan baik.

    Bagaimana pesakit Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut)

    dirawat?

    Prosedur pembedahan yang dipanggil angioplasty mungkin digunakan untuk membuka saluran darah tersumbat yang menyalurkan darah ke jantung.

    Ketika angioplasty, pakar bedah akan memasukkan tiub yang panjang, kecil yang dipanggil kateter ke dalam saluran arteri untuk ke tempat yang tersumbat. Kemudian, mereka akan kembungkan belon kecil yang terdapat pada kateter untuk mengembangkan saluran arteri dan membolehkan darah mengalir semula. Pakar bedah anda mungkin akan meletakkan jaringan tiub kecil dan kecil dipanggil stent di tempat yang tersumbat. Stent akan menghalang saluran arteri dari tertutup.

    Doktor anda mungkin perlu membuat pembedahan graf pintasan saluran koronari (CABG) dalam sesetengah kes. Untuk prosedur ini, pakar bedah anda akan membuat saluran vena dan arteri yang baru untuk memastikan saluran darah dapat mengalir melepasi kawasan yang tersumbat. Prosedur CABG selalunya dilakukan sejurus selepas serangan jantung. Dalam banyak keadaan kes, prosedur ini dilakukan beberapa hari selepas serangan jantung bagi memberi masa untuk jantung kembali pulih.

    Beberapa jenis ubat juga boleh digunakan untuk merawat serangan jantung:

    • Aspirin, sering digunakan untuk mencairkan darah beku dan meningkatkan aliran darah melalui arteri yang sempit.
    • Thrombolitik digunakan untuk mencairkan darah beku.
    • Antiplatlet seperti clopidogrel, boleh digunakan untuk menghalang pembentukan darah beku dan menghalang darah beku dari membesar.
    • Nitroglycerin digunakan untuk melebarkan saluran darah anda.
    • Beta-blockers menurunkan tekanan darah dan melegakan otot jantung. Ini membantu mengurangkan kerosakan jantung anda.
    • ACE inhibitors juga boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan kepada jantung.
    • Ubat pelega kesakitan mungkin digunakan untuk mengurangan ketidakselesaan yang dialami.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Serangan Jantung Tiba-tiba (Akut)

    ?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi serangan jantung secara tiba-tiba:

    Diet: Amalkan diet yang sihat dengan mengambil gandum,sayur-sayuran,buah-buahan, protein tanpa lemak. Anda juga patut mengurangkan kuantiti berikut dalam diet anda: gula, lemak tepu, lemak trans, kolestrol. Ini pernting terutama bagi individu yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan tinggi kolestrol.

    Bersenam: Bersenam beberapa kali seminggu juga boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda. Jika anda baru sahaja mengalami serangan jantung, anda perlu berbincang dengan doktor untuk memulakan plan senaman yang baru.

    Berhenti merokok: Penting untuk anda berhenti merokok. Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru. Anda juga patut menjauhkan diri dari perokok untuk mengelakkan anda menjadi mangsa perokok kedua.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 09/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan