Serangan Iskemia Transien

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Ketahui asasnya

Apakah itu serangan iskemia transien?

Transient Ischemic Attack (TIA) merupakan keadaan apabila kekurangan darah dalam sistem saraf yang berlaku kurang daripada 24 jam, biasanya hanya selama beberapa minit. Penyakit ini juga dikenali dengan strok kecil. Penyakit ini berlaku apabila terdapat bahagian daripada otak yang tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Anda akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai strok sekiranya anda telah mempunyai serangan iskemia transien sebelum ini.

Apakah kebarangkalian serangan iskemia transien?

Ia merupakan penyakit yang sering terjadi kepada golongan berusia lebih daripada 60 tahun. Keturunan Asia, Afrika dan Karribean mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada iskemia transien. Ini sebahagiannya adalah kerana golongan ini lebih cenderung untuk sembelit yang membawa kepada kekurangan bekalan darah ke otak dan tekanan darah tinggi.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom serangan iskemia transien?

Simptom yang paling lazim berlaku ialah anda berasa lemah pada sebarang bahagian tubuh badan. Simptom lain termasuklah kebingungan, pening kepala, pandangan berganda (melihat objek menjadi dua), hilang memori, kebas, masalah bercakap dan menelan, gatal, perubahan pada penglihatan dan masalah berjalan. Dalam 70% kes, simptom hilang dalam masa kurang daripada 10 minit dan 90% daripada kes, simptom hilang kurang daripada 4 jam.

Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Hubungi doktor anda secepat mungkin sekiranya anda mempunyai simptom dan tanda-tanda serangan iskemia transien. Rawatan yang pantas boleh membantu menghalang strok yang boleh berlaku masa akan datang.

Ketahui puncanya

Apakah punca berlakunya serangan iskemia transien?

Punca berlakunya serangan iskemia transien mungkin disebabkan oleh darah beku yang tersangkut dan tidak mengalir di dalam arteri dan menghalang peredaran darah. Kelazimannya, badan anda boleh menghancurkan darah beku dalam masa seminggu, yang menyebabkan simptom hilang. Serangan iskemia transien juga boleh berlaku apabila darah terperangkap di dalam saluran darah cerebral. Darah beku tersebut selalunya datang daripada jantung atau arteri karotid, terperangkap dan menghalang darah dari mengalir ke otak, menjadikan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap serangan iskemia transien?

Terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko serangan iskemia transien, termasuklah:

  • Sejarah kesihatan keluarga: Anda adalah berisiko kepada serangan iskemia transien jika salah seorang daripada ahli keluarga anda telah mempunyai keadaan seperti ini
  • Umur: Semakin tua, semakin tinggi risiko untuk penyakit ini, terutamanya selepas 55 tahun
  • Jantina: Lelaki lebih cenderung berbanding wanita, walau bagaimanapun, lebih daripada separuh kematian adalah wanita
  • Serangan iskemia transien sebelum ini: Anda mempunyai 10 kali ganda risiko berbanding orang normal
  • Penyakit sel sikel: Ia juga dipanggil anemia sel sikel, strok merupakan komplikasi yang biasa terjadi kepada penyakit ini. Sel darah membawa kurang oksigen dan selalu tersangkut di dalam arteri, menghalang peredaran darah ke otak
  • Keturunan: Orang kulit hitam adalah berisiko untuk kematian apabila serangan iskemia transien berlaku, sebahagiannya disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan kencing manis

Meskipun begitu, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh anda kawal:

  • Tekanan darah tinggi
  • Tahap kolesterol tinggi
  • Mempunyai CVD dan PAD, kencing manis
  • Kegemukan
  • Kepekatan homocysteine yang tinggi

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah serangan iskemia transien didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosis penyakit ini berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal. CT atau pengimejan magnetik resonan (MRI) digunakan untuk melihat sebarang masalah di dalam otak. Ujian lain termasuklah pemeriksaan graf jisim arteri karotid untuk menghalang dan EKG untuk melihat kepada tanda-tanda darah beku di dalam jantung yang boleh bergerak ke otak.

Bagaimanakah serangan iskemia transien dirawat?

Rawatan bergantung pada punca berlakunya penyakit anda. Doktor anda akan mencadangkan rawatan terbaik untuk menghalang strok.

Penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, ketagihan tembakau, gaya hidup yang tidak sihat dan tahap kolesterol yang tinggi harus dirawat. Doktor anda mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil aspirin, clopidogrel, dan warfarin untuk menipiskan darah dan menghalang trombosis. Anda juga mungkin memerlukan pembedahan untuk membuka arteri yang tersumbat (lebih 70%).

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani serangan iskemia transien?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani serangan iskemia transien:

  • Memberi perhatian kepada tanda-tanda dan simptom semasa anda mengalami serangan iskemia transien. Apa yang anda lakukan semasa serangan berlaku? Anda mengalami simptomnya? Berapa lama serangan berlaku? Bila serangan berlaku? Ini merupakan maklumat yang boleh membantu doktor anda menentukan sebab berlakunya serangan iskemia transien dan saluran darah yang terjejas
  • Ambil ubat yang diberikan oleh doktor sahaja. Terdapat ubat tertentu yang diambil oleh anda yang memerlukan ujian darah berkala
  • Maklumkan doktor anda tentang penyakit anda yang lain seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi
  • Mengingati tarikh janji temu dengan doktor anda
  • Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami serangan iskemia transien kali kedua selepas anda mula mengambil ubat; sakit kepala yang keterlaluan adalah jarang; anda mempunyai kesan sampingan daripada ubat

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut