Apa itu Septum hidung bengkak?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Septum hidung bengkak?

Septum hidung adalah dinding yang membahagikan ruang hidung kepada dua. Septum hidung yang ideal adalah terletak betul-betul di garis tengah. Ia memisahkan bahagian kiri dan kanan hidung kepada laluan saiz yang sama. Walau bagaimanapun, 80 peratus daripada keseluruhan septum hidung adalah bukan pada posisinya. Hal ini dipanggil septum hidung bengkok.

Bentuk ruang hidung anda dengan mudahnya boleh mengakibatkan jangkitan sinus yang kronik. Simptom-simptom biasanya lebih teruk pada satu bahagian dan kadangkala ia berlaku pada sisi yang bertentangan dengan bahagian bengkok. Dalam beberapa kes lain, septum yang bengkok boleh menghalang pengaliran sinus, seterusnya menyebabkan jangkitan sinus yang berulang.

Apakah kebarangkalian Septum hidung bengkak?

Septum hidung bengkok dikatakan menjadi jenis ketumbuhan paling kerap iaitu kedua di seluruh dunia (selepas ameloblastoma). Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Septum hidung bengkak?

Kebanyakan kecacatan septum tidak menyebabkan sebarang simptom dan anda mungkin tidak mengetahui yang anda mempunyai septum yang bengkok. Walau bagaimanapun, beberapa kecacatan septum boleh menyebabkan beberapa tanda dan simptom berikut:

  • Halangan pada satu atau kedua lubang hidung: Halangan ini boleh menyukarkan pernafasan melalui satu atau kedua lubang hidung, terutama apabila anda mengalami selsema (jangkitan saluran atas pernafasan) atau alergi.
  • Hidung berdarah: Permukaan septum hidung anda boleh menjadi kering, seterusnya meningkatkan risiko anda untuk mengalami hidung berdarah.
  • Sakit pada muka: Walaupun terdapat beberapa perdebatan tentang kebarangkalian sakit pada muka berpunca daripada hidung, septum yang bengkok teruk memberi kesan dalam dinding hidung yang kadangkala boleh mengakibatkan sakit pada sebahagian muka.
  • Pernafasan bising semasa tidur: Hal ini boleh berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mempunyai septum bengkok atau bengkak pada tisu intranasal.
  • Kepekaan kitaran hidung: Adalah normal bagi hidung untuk menggantikan halangan pada satu sisi, kemudian berubah pada sisi yang lain. Hal ini dipanggil kitaran hidung. Kitaran hidung ini adalah fenomena biasa. Tetapi menjadi peka terhadap kitaran hidung adalah luar biasa dan boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat jumlah yang tidak normal halangan hidung.
  • Kecenderungan untuk tidur pada posisi tertentu: Sesetengah orang lebih cenderung untuk tidur pada posisi tertentu bagi mengoptimumkan pernafasannya melalui hidung pada waktu malam. Hal ini berlaku kerana septum yang bengkok menyempitkan satu saluran hidung.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan septum hidung bengkok daripada menjadi semakin teruk dan mengelakkan kecemasan perubatan yang lain. Oleh itu, rujuklah doktor anda secepat mungkin untuk menghindar keadaan serius ini.

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Septum hidung bengkak?

Septum yang bengkok boleh disebabkan oleh:

  • Keadaan sejak lahir: Dalam sesetengah kes, septum bengkok berlaku semasa pertumbuhan janin dan jelas ketika kelahiran.
  • Kecederaan pada hidung: Septum bengkok juga boleh terhasil daripada kecederaan yang mengakibatkan septum hidung terkeluar daripada posisinya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Septum hidung bengkak?

Faktor risiko bagi keadaan ini termasuklah:

  • Bermain sukan sentuhan.
  • Tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa menaiki kenderaan bermotor.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Septum hidung bengkak didiagnosis?

Semasa lawatan anda, mula-mula doktor akan bertanyakan tentang sebarang simptom yang anda alami.

Bagi memeriksa ke dalam hidung anda, doktor akan menggunakan cahaya terang dan kadangkala satu alatan yang dipanggil spekulum nasal. Ia direka bagi membuka lubang hidung anda. Kadang-kadang doktor akan memeriksa di bahagian belakang hidung anda dengan menggunakan tiub halus dan panjang yang dilekatkan padanya kamera kecil serta cahaya terang di hujungnya.

Doktor juga akan melihat tisu nasal anda sebelum dan selepas menggunakan spray dekongestan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang punca lain yang menyumbatkan ruang hidung anda. Seterusnya, berdasarkan pemeriksaan ini, pesakit akan didiagnos mempunyai septum bengkok dan ditentukan tahap keseriusannya.

Sekiranya doktor anda bukan seorang otolaryngologist (pakar telinga, hidung dan tekak) dan rawatan itu dikira perlu, anda boleh merujuk kepada pakar untuk konsultasi lebih lanjut serta rawatan.

Bagaimana pesakit Septum hidung bengkak dirawat?

Pembedahan mungkin menjadi rawatan yang disyorkan sekiranya septum bengkok menyebabkan hidung berdarah yang mengkhuatirkan atau jangkitan sinus berulang. Ujian sampingan mungkin diperlukan dalam sesetengah keadaan.

Septoplasti adalah prosedur pembedahan yang dilakukan sepenuhnya melalui lubang hidung sewajarnya, tiada lebam atau tanda-tanda luaran berlaku. Semasa pembedahan, bahagian septum yang bengkok teruk mungkin akan disingkirkan sepenuhnya atau ia akan dibetulkan dan dimasukkan semula ke dalam hidung.

Sekiranya septum bengkok anda tidak menimbulkan banyak masalah dalam hidup, namun ia kurang selesa apabila anda mengalami selsema atau alergi, doktor mungkin menasihatkan anda beberapa cara untuk mengatasinya.

Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi:

  • Dekongestan. Dekongestan adalah ubatan yang boleh mengurangkan bengkak tisu hidung. Seterusnya membantu memastikan saluran udara pada kedua bahagian hidung anda terbuka.
  • Antihistamin. Antihistamin adalah ubatan yang membantu menghindar simptom alergi, termasuk halangan dan hidung berair.
  • Spray steroid nasal. Preskripsi spray corticosteroid nasal boleh mengurangkan keradangan dalam saluran hidung anda dan membantu dalam halangan atau pengaliran.

Ubatan hanya merawat membrans mukus yang bengkak dan tidak membetulkan septum bengkok.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Septum hidung bengkak?

Anda mungkin boleh menghindar kecederaan pada hidung anda yang boleh mengakibatkan septum bengkok dengan langkah berjaga-jaga ini:

  • Memakai topi keledar atau topeng semasa bermain sukan sentuhan, seperti bola sepak dan bola tampar.
  • Memakai tali pinggang keselamatan semasa menaiki kenderaan bermotor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan