backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sengatan Lebah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 01/08/2023

Sengatan Lebah

Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan jika kena sengat lebah? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Definisi

Apa itu Sengatan Lebah?

Sengatan lebah merupakan gangguan yang biasa berlaku di luar rumah.

Dalam kebanyakan kes, sengatan lebah hanya menjengkelkan dan rawatanrumah sudah cukup untuk melegakan kesakitan.

Tetapi jika anda mempunyai alah kepada sengatan lebah atau disengat beberapa kali, anda mungkin akan mengalami kondisi yang lebih serius yang memerlukan rawatan kecemasan.

Apakah kebarangkalian kena sengat Lebah?

Sengatan lebah ini sangat biasa berlaku. Sengatan ini boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

kena sengat lebah

Apakah simptom-simptom kena sengat Lebah?

Kesan sengatan lebah boleh menghasilkan pelbagai reaksi yang berbeza, dari kesakitan yang sementara dan ketidakselesaan kepada tindak balas alahan yang teruk.

Mengalami satu jenis reaksi tidak bermaksud anda akan sentiasa mengalami reaksi yang sama setiap kali anda disengat, reaksi seterusnya akan menjadi lebih teruk.

Reaksi yang ringan

Pada kebiasaannya, simptom – simptom sengatan lebah adalah simptom – simptom yang kecil seperti:

  • Kesakitan yang serta merta dan kesakitan yang tajam membakar di kawasan sengatan lebah.
  • Kawasan sengatan lebah menjadi berwarna merah.
  • Bengkak kecil di kawasan sengatan lebah.

Kebanyakan orang, kesakitan dan bengkak akan hilang dalam masa beberapa jam

Reaksi yang sederhana selepas kena sengat lebah

Sesetengah orang yang disengat oleh lebah atau serangga lain mempunyai tindak balas yang lebih kuat, dengan tanda dan seperti:

  • Kemerahan yang melampau.
  • Bengkak di kawasan sengatan akan membesar untuk hari esok atau dua hari berikutnya.

Reaksi yang sederhana cenderung untuk sembuh dalam masa lima hingga 10 hari.

Mengalami tindak balas yang sederhana tidak bermakna anda akan mengalami reaksi alergi yang teruk pada sengatan yang seterusnya.

Tetapi sesetengah orang mengalami tindak balas yang sederhana yang sama setiap kali mereka disengat.

Jika ini berlaku kepada anda, berbincanglah dengan doktor anda mengenai kaedah rawatan dan pencegahan, terutama jika tindak balas menjadi lebih teruk setiap kali disengat.

Reaksi alergi yang teruk selepas kena sengat lebah

Reaksi alahan yang teruk (anafilaksis) kesan kena sengat lebah berpotensi untuk mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan.

Sebilangan kecil orang yang disengat oleh lebah atau serangga lain mudah untuk mengalami anafilaksis dengan cepat. Tanda dan gejala anafilaksis termasuk:

  • Reaksi kulit, termasuk gatal – gatal, kemerahan, atau pucat.
  • Kesukaran bernafas.
  • Bengkak pada tekak danlidah.
  • Denyutan yang lemah dan laju.
  • Loya, muntah atau cirit – birit.
  • Pening atau pengsan.
  • Hilang kesedaran.

Orang yang mempunyai reaksi alergi yang teruk terhadap sengatan lebah mempunyai kemungkinan 30 hingga 60 peratus untuk mengalami anafilaksis pada masa akan datang.

Berbincanglah dengan doktor anda atau pakar alahan mengenai langkah pencegahan seperti imunoterapi untuk mengelakkan tindak balas yang sama sekiranya anda disengat lagi.

Kena sengat lebah yang banyak

Pada umumnya, serangga seperti lebah dan tawon tidak agresif dan hanya menyengat untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam kebanyakan kes, perkara seperti ini akan menyebabkan satu atau beberapa kesan.

Dalam sesetengah kes seseorang yang mengganggu sarang lebah atau sekumpulan lebah akan mengalami sengatan lebah yang banyak.

Sesetengah jenis lebah – seperti lebah madu Afrika – lebih cenderung daripada lebah lain untuk berkerumun, menyengat dalam kumpulan.

Sekiranya anda disengat lebih daripada 12 kali, bisa yang terkumpul boleh menyebabkan tindak balas toksik dan memyebabkan anda mengalami kesakitan. Tanda dan gejala termasuk:

Menerima sengatan yang banyak boleh mengakibatkan situasi kecemasan pada kanak – kanak,  golongan dewasa yang berumur dan orang yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan.

Terdapat beberapa simptom tidak disenaraikan diatas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor anda

kena sengat lebah

Bila saya harus berjumpa doktor selepas kena sengat lebah?

Dalam kebanyakan kes kena sengat lebah tidak memerlukan untuk berjumpa dengan doktor. Untuk kes yang lebih teruk anda perlu penjagaan segera.

Sila hubungi perkhidmatan kecemasan jika anda mempunyai reaksi yang serius terhadap sengatan lebah yang menjerumus kepada anafilaksis, walaupun hanya satu atau dua tanda atau gejala.

Sekiranya anda telah dipreskripsikan dengan injectorautomatik kecemasan epinephrine  (EpiPen, Auvi – Q dan sebagainya), gunakannya dengan kadar segera seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda diserang oleh sekumpulan lebah dan menerima banyak sengatan.

Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya:

  • Simptom sengatan lebah tidak reda dalam masa beberapa hari.
  • Anda mengalami tanda – tanda alergi yang lain terhadap sengatan lebah.

Punca

Apakah yang berlaku ketika kena sengat lebah?

Untuk menyengat, seekor lebah perlu menusuk penyengat yang tajam ke dalam kulit.

Bisa yang terdapat dalam sengatan lebah mengandungi protein yang akan memberi kesan terhadap sel-sel kulit dan sistem imun, menyebabkan kesakitan dan bengkak di kawasan sengatan.

Bagi orang yang mempunyai alergi terhadap sengatan lebah, bisa lebah boleh mencetuskan tidak balas sistem imun dengan lebih serius.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk kena sengat Lebah?

Terdapat pelbagai risiko untuk disengat oleh lebah seperti:

  • Anda tinggal di kawasan lebah yang aktif atau terdapat sarangnya berhampiran.
  • Kerja atau hobi anda yang melibatkan aktiviti luar,

Anda cenderung untuk mengalami reaksi alergi terhadap sengatan lebah jika anda mempunyai reaksi alergi terhadap sengatan lebah pada masa lalu walaupun kecil.

Golongan dewasa lebih cenderung untuk mengalami reaksi yang lebih teruk berbanding kanak-kanak malah lebih cenderung kepada kematian disebabkan oleh anafilaksis berbanding kanak-kanak.

Baca juga:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kena sengat Lebah didiagnosis?

Sekiranya anda mempunyai reaksi terhadap sengatan lebah yang menunjukkan kemungkinan anda menghadapi alahan terhadap bisa lebah, doktor anda akan mencadangkan satu atau dua ujian berikut:

  • Ujian kulit. Semasa ujian kulit dijalankan, sedikit ekstrak allergen (dalam kes ini bisa lebah) akan disuntik ke dalam kulit lengan atau bahagian dada belakang. Ujian ini selamat dan tidak akan menyebabkan sebarang tindak balas yang serius. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap sengatan lebah, kulit anda akan menjadi kembung di kawasan ujian dijalankan.
  • Ujian darah untuk alergi. Ujian darah dapat mengukur tindak balas sistem imun anda terhadap bisa lebah dengan mengukur jumlah antibodi yang terhasil daripada kesan alergi di dalam sistem aliran darah anda. Sampel darah dihantar ke makmal perubatan, di mana darah tersebut akan diuji untuk mendapatkan bukti kepekaan terhadap sebarang allergen.

Ujian alahan kulit dan ujian darah untuk alergi sering digunakan secara serentak untuk mendapatkan diagnosis alergi terhadap serangga.

Doktor anda juga mungkin akan buat ujikaji terhadap penyengat dan tebuan – yang mungkin juga akan menyebabkan reaksi alergi yang sama seperti bisa lebah.

Bagaimana pesakit kena sengat Lebah dirawat?

Kebanyakan sengatan serangga terhadap seseorang yang tidak mempunyai alergi hanya memerlukan rawatan pertama untuk diberikan di rumah.

Setelah itu anda boleh mengelakkan sengatan lebah dengan memakai pakaian pelindung, mengunakan penghalau serangga dan menjauhkan diri dari tempat-tempat yang mempunyai sarang mereka.

Di sini merupakan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya seseorang yang mempunyai alergi disengat oleh lebah:

  • Buang bisa penyengat dengan kadar segera. Sesetengah pakar mengesyorkan untuk membuang bisa  penyegat tersebut dengan menggunakan kad kredit.
  • Meletakkan ais ke tempat yang disengat untuk melegakan sedikit kesakitan. Letak ais selama 20 minit setiap sejam jika diperlukan. Balutkan ais dengan tuala atau meletakkan alas antara ais dengan kulit agar tidak membekukan kulit.
  • Mengambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadryl) atau yang tidak melegakan kesakitan seperti loratadine (Claritin)  akan membantu mengatasi gatal-gatal dan bengkak.
  • Ambil acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofin (Motrin) untuk melegakan kesakitan sekiranya diperlukan.
  • Basuh kawasan yang disengat dengan menggunakan air dan sabun. Sapu krim hidrokortison pada kawasan yang disengat akan membantu mengurangkan kemerahan, kegatalan serta bengkak.

Sekiranya sudah lebih 10 tahun sejak suntikan penggalak tetanus terakhir anda, sila dapatkan suntikan penggalak dalam masa yang terdekat.

Kebanyakan sengatan serangga tidak memerlukan rawatan tambahan.

Jika anda tahu anda mungkin mempunyai sebarang alergi, terutama jika anda mempunyai reaksi alahan yang teruk pada masa lalu apabila disengat oleh lebah atau tawon, sila dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.

Ambil antihistamin seperti diphenhydramine (Benadyl) atau yang bukan untuk melegakan kesakitan seperti loratadine (Claritin) secepat mungkin.

Jika anda telah dideskripikasikan dengan epinefrin (adrenaclick, Aunvi-Q, EpiPen, Symjepi) untuk reaksi alahan, sentiasa membawa dua ubat tersebut bersama anda dan sila gunakan seperti yang telah diarahkan.

Rawatan kena sengat lebah  

Jika anda disengat hanya dengan satu sengatan dan tiada sebarang simptom alergi ditunjukkan, anda hanya memerlukan rawatan luka sahaja seperti mencuci dan meletakkan salap antibiotic.

Mana – mana penyegat yang masih kekal akan dibuang. Anda juga akan diberikan antihistamin secara oral untuk merawat kegatalan.

Doktor juga akan menyuruh anda untuk mengambil ibuprofen (Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) untuk melegakan kesakitan. Sekiranya imunisasi tetanus anda bukan yang terkini, anda akan menerima suntikan penggalak.

Dengan simptom alergi yang kecil seperti ruam dan kegatalan di atas kulit anda tetapi tidak menghadapi sebarang masalah dengan pernafasan atau tanda-tanda penting yang lain, anda akan dirawat dengan antihistamin.

Anda juga boleh diberikan steroid. Dalam sesetengah kes, doktor akan memberikan anda suntikan epinefrin (adrenalin).

Rawatan boleh dilaksanakan ketika masih di tempat kejadian atau di dalam ambulans oleh paramedik kecemasan.

Sekiranya anda semakin sembuh, anda akan dibenarkan pulang ke rumah selepas penelitian telah dibuat di jabatan kecemasan.

Sekiranya anda mengalami reaksi alergi yang sederhana selepas kena sengat lebah seperti ruam di seluruh badan dan beberapa masalah pernafasan yang ringan, anda akan menerima suntikan antihistamin, steroid dan epinefrin.

Rawatan kecemasan

Beberapa rawatan boleh dimulakan di tempat kejadian atau di dalam ambulans oleh paramedik kecemasan. Anda akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama di jabatan kecemasan atau bagi sesetengah kes akan dimasukkan ke dalam hospital.

Sekiranya anda mempunyai reaksi alergi yang teruk seperti tekanan darah rendah, bengkak yang menghalang udara masuk ke dalam paru – paru atau sebarang masalah pernafasan yang serius, situasi anda merupakan situasi kecemasan yang mengancam nyawa.

Rawatan termasuk memasang tiub pernafasan ke dalam trakea anda. Anda akan diberikan suntikan antihistamin, steroid dan epineferin.

kena sengat lebah

Cecair juga akan dimasukkan secara intravena. Beberapa langkah rawatan ini akan diberikan di tempat kejadian kena sengat lebah atau di dalam ambulans.

Anda akan diperhatikan dengan lebih serius dan kerap di jabatan kecemasan dan kemungkinan besar anda akan dimasukkan ke dalam hospital – terutama unit penjagaan rapi.

Dengan sengatan yang banyak – lebih daripada 10-20 – tetapi tiada bukti menunjukkan tindak balas alergi, anda masih lagi memerlukan pemerhatian yang berpanjangan di dalam jabatan kecemasan atau dimasukkan ke dalam hospital. Pada ketika itu, doktor akan melaksanakan beberapa ujian darah.

Sekiranya anda disengat di dalam mulut atau tekak, anda perlu berada di dalam jabatan kecemasan untuk pemerhatian, atau anda juga memerlukan rawatan yang lebih intensif jika komplikasi berlaku.

Sekiranya anda disengat di kawasan mata, anda perlu dinilai oleh doktor mata.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kena sengat Lebah?

Kaedah perubahan cara hidup dan rawatan sampingan yang berikut mungkin boleh membantu merawat selepas kena sengat lebah:

  • Berhati – hati ketika membawa minuman manis di kawasan luar rumah. Penutup yang terbuka lebih luas merupakan langkah yang terbaik kerana anda boleh melihat sekiranya ada lebah didalam minuman. Sila perhatikan minuman anda sebelum diminum.
  • Tutup makanan dan tong sampah dengan ketat.
  • Kosongkan tong sampah, buah yang jatuh, anjing dan najis haiwan lain (lalat boleh menarik tawon)
  • Memakai kasut yang bertutup rapat ketika berjalan di luar.
  • Jangan memakai pakaian yang berwarna cerah atau mempunyai cetakan bunga yang boleh menarik perhatian lebah.
  • Jangan memakai pakaian yang longgar kerana pakaian yang longgar akan menyebabkan lebah terperangkap di dalam pakaian anda.
  • Ketika memandu, pastikan tingkap kereta ditutup.
  • Berhati-hati ketika memotong rumput atau tumbuh-tumbuhan, aktiviti yang boleh membangkitkan lebah atau tawon di dalam sarang mereka.
  • Pastikan sarang lebah yang berada dalam kawasan rumah anda dialihkan oleh golongan profesional.

Ketahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda terdedah kepada risiko kena sengat lebah:

  • Sekiranya sebilangan kecil lebah terbang ke arah anda, anda perlu tenang dan pergi dari kawasan itu dengan perlahan. Cubaan untuk menghalau serangga tersebut boleh menyebabkan anda disengat.
  • Sekiranya anda disengat oleh lebah atau tawon atau banyak serangga sudah mula terbang ke arah anda, sila tutup mulut dan hidung anda serta beredar dari kawasan itu dengan segera. Apabila lebah menyengat, lebah tersebut akan menghasilkan bahan kimia yang akan menarik perhatian lebah-lebah yang lain. Sekiranya mampu, sila berlindung di dalam bangunan atau kenderaan yang bertutup.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 01/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan