backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Sendi Charcot adalah penyakit yang berlaku apabila kerosakan saraf diabetik yang menyebabkan sendi rosak. Ia juga dipanggil artropati neuropatik, keadaan ini dilihat pada kaki dan pergelangan kaki  orang yang menghidap diabetes. Kerosakan saraf di kaki adalah biasa bagi pesakit diabetes, yang boleh mengakibatkan sendi Charcot. Kehilangan fungsi saraf menyebabkan kebas pada kaki. Orang-orang yang berjalan dengan kaki yang kebas berkemungkinan boleh tergeliat dan mencederakan ligamen tanpa disedari. Ini akan meletakkan bebanan pada sendi, yang akhirnya boleh menyebabkan rosak. Kerosakan yang teruk boleh mengakibatkan deformiti pada kaki dan sendi lain yang terjejas.

Apakah kebarangkalian Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Sendi Charcot biasanya terdapat dalam 0.8 hingga 7.5 peratus pesakit diabetes dengan neuropati; 9 hingga 35 peratus daripada pesakit yang terjejas ini mempunyai penglibatan kedua-dua kakinya. Kadar yang lebih tinggi berlaku dalam amalan berasaskan rujukan (referral-based practices). Kebanyakan pesakit dengan sendi Charcot menghidapi diabetes mellitus yang kurang terkawal selama 15 hingga 20 tahun.

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Bergantung pada peringkat penyakit, penemuan  klinikal mungkin berbeza daripada hanya sekadar bengkak yang ringan hingga bengkak yang teruk dan kecacatan sederhana.

Keradangan, eritema (kemerahan), kesakitan dan peningkatan suhu kulit (3-7 darjah Celsius) di sekitar sendi boleh dilihat semasa pemeriksaan.  Sinar-X pula boleh mendedahkan penyerapan tulang dan perubahan degeneratif dalam sendi. Hasil penemuan ini bersama dengan kulit yang utuh (tiada sebarang luka) dan kehilangan deria rasa adalah bukti kepada sendi Charcot akut. Kira-kira 75% pesakit mengalami sakit, tetapi kurang dari apa yang dijangkakan berdasarkan penemuan klinikal dan radiografi yang parah.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Terdapat dua teori (neurotraumatic dan neurovaskular) yang menerangkan proses kejadian sendi Charcot. Teori neurotraumatik mengaitkan pemusnahan tulang dengan kehilangan deria rasa (rasa sakit dan propriosepsi) dan  trauma yang berulang pada kaki. Teori neurovaskular pula menyatakan bahawa kemusnahan sendi adalah kesan daripada refleks vaskular yang dirangsang secara autonomi lalu menyebabkan hiperemia (kemerahan) dan osteopenia periartikular ditambah pula dengan trauma yang berlaku. Ketidakseimbangan otot intrinsik dengan peningkatan daya tumit dan tapak kaki menghasilkan beban pada kaki, menyebabkan tulang kaki pecah kepada serpihan kecil (microfracture), kelonggaran ligamen dan sehingga ke tahap kehancuran tulang.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keadaan ini jika anda mengalami diabetes. Oleh itu, risiko untuk sendi Charcot juga sama dengan diabetes iaitu:

Berat badan

Semakin banyak tisu lemak yang anda miliki, semakin kuat rintangan sel-sel anda kepada insulin.

Tidak aktif

Semakin kurang aktif hidup anda, semakin tinggi risikonya. Aktiviti fizikal membantu  mengawal berat badan, ia akan menggunakan glukosa sebagai tenaga dan menjadikan sel-sel anda lebih sensitif terhadap insulin.

Umur

Risiko bertambah apabila anda semakin tua. Ini mungkin kerana orang yang berumur cenderung untuk kurang bersenam, kehilangan jisim otot dan menambah berat badan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sendi Charcot (Artropati Neuropatik) didiagnosis?

Penemuan klinikal termasuk eritema (kemerahan), edema dan peningkatan suhu pada sendi yang terjejas. Dalam kes  neuropatik, mungkin terdapat ulser pada tapak kaki .Ambil perhatian, ianya sukar untuk membezakan osteomyelitis dengan sendi Charcot. Ini kerana mereka berkemungkinan mempunyai imbasan WBC berlabel dan ciri-ciri MRI (kemusnahan sendi, terkehel, edema) yang serupa. Diagnosis yang tepat mungkin memerlukan biopsi tulang atau sinovial.

Bagaimana pesakit Sendi Charcot (Artropati Neuropatik) dirawat?

Kebanyakan kes-kes sendi Charcot akut boleh dirawat secara bukan pembedahan (nonsurgical) dengan kaedah melegakan tekanan seperti Total Contact Casting (TCC), yang dipercayai sebagai rawatan standard emas (gold standard). TCC telah dicipta pada tahun 1950-an. Kebanyakan pelapik cast diletakkan sesuai dengan bentuk kaki, dengan matlamat untuk menyebarkan tekanan / bebanan secara menyeluruh ke permukaan tapak kaki. Tubular stockinette dengan busa (foam) berdensiti rendah atau seperempat inci diletakkan di atas tibial crest dan malleoli, dan sekitar kepala metarsal dengan satu lapisan pelapik.

Pesakit dengan kaki Charcot yang sudah kukuh (kronik stabil) dengan sisa exostosis atau ulser (yang berulang atau tidak sembuh-sembuh) mungkin memerlukan exostosectomy. Bagi pesakit yang mengalami subluxation yang menghasilkan hujung kaki yang tidak stabil, prosedur penstabilan sendi yang dilakukan oleh doktor pakar kaki mungkin diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sendi Charcot (Artropati Neuropatik)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi, iaitu:

  • Komited dalam menguruskan kencing manis anda.

Cuba mengetahui semua informasi tentang diabetes. Wujudkan hubungan dengan pengajar diabetes, dan hubungi pasukan rawatan diabetes anda untuk sebarang bantuan apabila memerlukannya.

Pilih makanan yang sihat dan kekalkan berat badan yang sihat.

Dengan kehilangan hanya 7 peratus berat badan anda (bagi yang berat berlebihan) boleh membuat perbezaan yang signifikan 7 untuk kawalan gula dalam darah anda. Diet yang sihat adalah diet yang mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang, dengan jumlah lemak tepu yang terhad.

  • Jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian anda.

Senaman yang kerap dapat membantu mencegah diabetes jenis 2 dan prediabetes. Ia juga dapat membantu mereka yang sudah menghidap diabetes untuk mengekalkan kawalan gula dalam darah yang lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan