backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Selesema Burung, Adakah Ia Masih Lagi Wabak Berbahaya Yang Boleh Bawa Maut?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/09/2023

Selesema Burung, Adakah Ia Masih Lagi Wabak Berbahaya Yang Boleh Bawa Maut?

Rasanya, semua orang mengetahui mengenai wabak penyakit selsema burung ini bukan yang pernah melanda negara kita satu ketika dahulu bukan? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu penyakit selsema burung?

Selsema burung atau dikenali sebagai Avian flu adalah sejenis jangkitan virus yang merebak diantara spesis burung.

Kebanyakan burung mati akibat jangkitan ini.

Sesetengah selsema burung hanya merebak diantara spesis burung, tetapi ada sesetengah selesema burung yang menjangkiti manusia dan haiwan lain dan menyebabkan berlaku banyak kematian.

Sebagai contoh ialah H5N1 dan H7N9.

Burung yang mendapat jangkitan ini sukar dikenalpasti dengan mata kasar.

Hal ini kerana burung-burung ini tidak selalunya kelihatan sakit akibat jangkitan ini dan ada sebahagiannya kelihatan sihat seperti biasa.

penyakit selsema burung

Apa risiko penyakit selsema ini?

Individu mungkin mendapat jangkitan selesema ini melalui hubungan atau sentuhan secara kerap dan terus dengan burung yang mendapat penyakit ini atau najis burung tersebut.

Ini bermakna semua individu pada setiap peringkat umur dan jantina berisiko untuk mendapat jangkitan selsema burung.

Sejak kes manusia pertama yang dijangkiti penyakit ini pada tahun 1997, hampir 60% individu mati akibat daripada jangkitan influenza H5N1.

Simptom

Apa simptom penyakit selsema burung?

Jika anda mempunyai simptom-simptom dibawah, anda perlu berhati-hati kerana berkemungkinan anda dijangkiti dengan selsema ini:

  • Batuk
  • Cirit-birit
  • Kesukaran bernafas
  • Suhu tinggi
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Rasa penat/kurang selesa
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Terdapat beberapa yang tidak dinyatakan di atas.

    Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan simptom penyakit ini.

    Bila saya harus berjumpa dengan doktor?

    Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas atau sebarang persoalan berkaitan, sila berunding dengan doktor anda.

    Hal ini kerana simptom selsema burung adalah sama seperti simptom selesema biasa dan pesakit sering salah faham dengan keadaan mereka, dan seterusnya terlepas masa yang terbaik untuk dirawat.

    Punca

    Apa punca penyakit selsema burung?

    penyakit selsema burung

    Selesema ini berlaku secara semula jadi diantara spesis burung liar yang hidup dikawasan air (waterfowl) dan boleh merebak dengan cepat kepada ayam tempatan.

    Penyakit ini menjangkiti manusia apabila berlaku sentuhan dengan najis burung berpenyakit, cecair yang keluar daripada hidung atau cecair yang keluar daripada mata dan mulut.

    Daging ayam yang dimasak sempurna atau telur daripada burung yang terkena jangkitan tidak membawa penyakit tetapi telur tersebut tidak disediakan mentah.

    Daging dikira selamat sekiranya ia dimasak dengan suhu dalaman mencecah 80-90˚C. untuk memastikan keselamatan anda, gunakan daging atau telur yang telah diuji.

    Virus influenza H5N1 mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang.

    Burung berpenyakit dengan H5N1 akan terus menyebarkan virus di dalam najis dan air liurnya sehingga 10 hari.

    Faktor Risiko

    Apa faktor risiko penyakit selsema ini?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit selesema burung ini terutama sekiranya anda:

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    penyakit selsema burung

    Bagaimana pesakit penyakit selsema burung didiagnosis?

    Ujian untuk selsema burung dipanggil influenza A/H5 virus real-time RT-PCR primer dan set probe.

    Langkah-langkah untuk melakukan ujian ini termasuklah:

    • Mendengar pernafasan menggunakan stetoskop (ujian untuk mengesan bunyi

      pernafasan tidak normal)

    • Perbezaan jenis-jenis sel darah putih
    • Kultur daripada cecair hidung dan kerongkong
    • X-ray dada

    Bagaimana pesakit penyakit selsema burung dirawat?

    Ubat-ubatan untuk penyakit ini perlu diberikan dalam masa 48 jam selepas simptom pertama dikenalpasti untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

    Pelbagai bentuk rawatan yang disediakan bergantung kepada simptom mengikut jenis-jenis selsema burung tersebut.

    Ubatan yang paling biasa diberikan ialah Oseltamivir (Tamiflu) atau Zanamivir (Relenza).

    Pesakit hendaklah sentiasa diawasi oleh doktor sepanjang tempoh rawatan.

    Ahli keluarga atau orang-orang terdekat mungin juga diberi ubat antiviral sebagai langkah pencegahan walaupun tiada simptom dilaporkan.

    Anda akan diasingkan daripada orang lain sebagai langkah pencegahan selsema burung ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan