backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Selesema

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/12/2019

Definisi

Apa itu Selesema?

Selesema adalah jangkitan virus pada hidung dan tekak (saluran pernafasan atas). Ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Keadaan ini tidak merbahaya, walaupun simptom-simptomnya boleh membuatkan anda berasa sangat tidak selesa.

Apakah kebarangkalian Selesema?

Masalah kesihatan ini adalah sangat biasa. Kanak-kanak berusia kurang daripada enam tahun mempunyai risiko selesema yang paling tinggi, tetapi orang dewasa yang sihat juga dijangkakan akan mengalami selesema dua atau tiga kali setahun. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Selesema?

Simptom-simptom selesema termasuklah:

  • Hidung berair atau tersumbat;
  • Sakit tekak;
  • Batuk;
  • Bersin;
  • Sakit badan yang ringan atau sakit kepala;
  • Demam gred rendah;
  • Rasa tidak sihat (lesu).

Hingus yang keluar daripada hidung anda mungkin bertambah pekat dan berwarna kuning atau hijau semasa selesema. Tetapi ini bukanlah petanda jangkitan bakteria.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom tertentu, sila berunding dengan doktor anda.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai mana-mana simptom berikut:

Bagi orang dewasa:

  • Demam lebih daripada 38.5oC;
  • Demam berpanjangan selama lima hari atau lebih;
  • Demam berulang selepas tempoh bebas demam;
  • Sesak nafas;
  • Nafas berdehit (wheezing);
  • Sakit tekak, sakit kepala atau sakit sinus yang teruk;

Bagi kanak-kanak:

  • Demam 38 C pada bayi baru lahir atau bayi kurang daripada 12 minggu;
  • Demam yang meningkat atau demam berpanjangan lebih daripada dua hari dalam kanak-kanak tanpa mengira peringkat umur;
  • Simptom-simptom yang bertambah buruk atau tidak bertambah baik;
  • Simptom yang teruk, seperti sakit kepala atau batuk;
  • Nafas berdehit (wheezing);
  • Sakit telinga;
  • Terlalu meragam;
  • Mengantuk berlebihan;
  • Kurang selera makan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Selesema?

Pelbagai jenis virus boleh menyebabkan selesema. Walau bagaimanapun, majoritinya adalah disebabkan oleh rhinoviruses.

Selesema adalah keadaan berjangkit. Virus dalam titisan udara memasuki badan anda melalui mulut, mata atau hidung apabila pembawa virus batuk, bersin atau bercakap. Di samping itu, virus boleh merebak melalui sentuhan dengan orang yang mempunyai selesema atau dengan perkongsian objek yang tercemar. Jika anda menyentuh mata, hidung atau mulut anda selepas terdedah, anda mungkin akan dijangkiti selesema.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Selesema?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk selesema, seperti:

  • Umur: kanak-kanak yang lebih muda daripada enam tahun mempunyai risiko selesema paling tinggi, terutamanya jika mereka berada dalam pusat jagaan kanak-kanak.
  • Sistem imun lemah: mempunyai sistem imun yang lemah atas sebab-sebab seperti penyakit kronik atau keadaan lain boleh meningkatkan risiko anda.
  • Cuaca: keadaan cuaca atau musim tertentu meningkatkan risiko selesema tetapi selesema tetap boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.
  • Merokok: anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat selesema teruk jika anda merokok.
  • Pendedahan: jika anda kerap dikelilingi oleh orang ramai, anda lebih cenderung terdedah kepada virus selesema.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Selesema didiagnosis?

Kebanyakan kes selesema boleh didiagnosis berdasarkan tanda-tanda dan simptom. Walau bagaimanapun, jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan bakteria atau keadaan lain, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian yang lain untuk mengesahkan keadaan anda.

Bagaimana pesakit Selesema dirawat?

Sebenarnya tidak ada penawar untuk selesema. Rawatan adalah untuk melegakan tanda-tanda dan simptom:

Ubat tahan sakit

Untuk demam, sakit tekak dan sakit kepala, ramai yang memilih acetaminophen (Tylenol, lain-lain) atau ubat penahan sakit sederhana yang lain. Gunakan acetaminophen untuk masa yang sesingkat mungkin. Berhati-hati apabila memberi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja. Kanak-kanak dan remaja yang baru pulih daripada simptom cacar air atau selesema tidak boleh mengambil aspirin. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan sindrom Reye, keadaan yang jarang berlaku tetapi boleh mengancam nyawa kanak-kanak. Pertimbangkan pengambilan ubat tahan sakit tanpa preskripsi (OTC) yang direka untuk bayi atau kanak-kanak. Ini termasuklah acetaminophen (Tylenol, Infant’s Feverall, lain-lain) atau ibuprofen (Pediatric Advil, Motrin Infant, lain-lain) untuk mengurangkan simptom.

Semburan hidung dekongestan

Orang dewasa boleh menggunakan ubat titis atau semburan dekongestan sehingga lima hari. Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan simptom kembali. Kanak-kanak kurang daripada enam tahun tidak boleh menggunakan ubat titis atau semburan dekongestan.

Sirap batuk

Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan American Academy of Pediatrics sangat tidak menggalakkan pemberian ubat batuk dan selesema bukan preskripsi (OTC) kepada kanak-kanak kurang daripada 4 tahun. Tidak ada bukti yang mencukupi bahawa ubat-ubatan ini bermanfaat dan selamat untuk kanak-kanak.

Jika anda memberikan ubat batuk atau selesema untuk kanak-kanak yang lebih tua, ikut arahan pada label. Jangan berikan anak anda dua ubat dengan bahan aktif yang sama, seperti antihistamin, dekongestan atau pelega kesakitan. Terlalu banyak bahan yang sama boleh membawa kepada dos berlebihan tanpa sengaja. Bincang dengan doktor anda sebelum mencuba mana-mana ubat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Selesema?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani selesema:

  • Basuh tangan anda dengan kerap untuk mengelakkan penyebaran virus.
  • Makan dengan sihat. Pastikan diet anda mengandungi makanan dengan pelbagai nutrien, seperti sayur dan buah hijau gelap, merah, dan kuning. Selain itu, pastikan hidangan anda melibatkan protein rendah lemak, lemak yang sihat dan karbohidrat kompleks untuk membantu sistem imun anda.
  • Berhenti merokok. Rokok mengurangkan keupayaan badan anda melawan selesema.
  • Berhenti minum alkohol. Peminum alkohol tegar lebih cenderung untuk mendapat komplikasi selesema.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 08/12/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan