backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sekatan Jantung Penuh

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sekatan Jantung Penuh?

Sekatan jantung merujuk kepada ketidaknormalan cara elektrik melalui laluan elektrik normal jantung. Keadaan abnormal “menghalang’ impuls elektrik daripada meneruskan laluan normal dan biasanya menghasilkan kadar denyutan yang lebih perlahan.

Sekatan jantung penuh – kadangkala dipanggil tahap ketiga blok jantung AV – adalah irama jantung yang tidak normal (arrhythmia) yang berlaku apabila impuls elektrik yang  meransang jantung anda untuk berdegup ditangguhkan atau disekat ketika mereka bergerak melalui jantung anda. Sekatan jantung penuh adalah sejenis sekatan jantung AV yang paling serius. Ia berlaku apabila impuls elektrik yang meransang jantung untuk berdegup tidak lepas untuk melalui di antara ruang atas dan bawah jantung anda sebagaimana yang sepatutnya.

Apakah kebarangkalian Sekatan Jantung Penuh?

Sekatan jantung penuh boleh terjadi pada setiap peringkat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sekatan Jantung Penuh?

Simptom yang biasa ditunjukan adalah:

  • Kepala terasa ringan atau pening
  • Palpitasi (melangkau, berkeringat atau berdebar di dada)
  • Penat 
  • Tekanan pada dada atau sakit
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Pengsan  

Kadangkala tiada satu pun simptom yang ditunjukkan. Jika tidak dirawat, irama jantung yang tidak normal boleh menyebabkan kematian. Sebaliknya, beberapa aritmia adalah perkara biasa dan tidak dikaitkan dengan sebarang keadaan yang tidak diingini, yang dikenali sebagai aritmia benigna. Salah satu matlamat penilaian adalah untuk mengatasi masalah yang serius daripada degupan jantung benigna.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Sekatan Jantung Penuh?

Sekatan jantung penuh disebabkan oleh proses penuaan, ubat-ubatan, serangan jantung, penyakit jantung infiltratif (amyloidosis, sarcoidosis), dan penyakit berjangkit (endocarditis, penyakit Chagas). Ia juga boleh berlaku selepas pembedahan jantung dan boleh dihadapi sejak lahir (kongenital).

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sekatan Jantung Penuh?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Kegagalan jantung berfungsi
  • Serangan jantung
  • Injap jantung yang tidak normal
  • Pembedahan injap jantung
  • Sesetengah ubat atau pendedahan kepada bahan toksik
  • Penyakit Lyme
  • Penuaan

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sekatan Jantung Penuh didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami aritmia, dia akan menjalankan satu atau lebih ujian diagnostik untuk menentukan punca simptom anda.

  • Elektrokardiogram – Elektrokardiogram (ECG atau EKG) merekodkan aktiviti elektrik jantung. Pelekat kecil yang disebut elektrod diletakkan pada dada, lengan dan kaki anda, dan disambungkan dengan wayar ke mesin ECG. Impuls elektrik jantung anda diterjemahkan ke dalam garis bergelombang pada jalur kertas bergerak, membolehkan doktor menentukan corak aliran arus elektrik di dalam jantung dan untuk mendiagnosis aritmia serta kerosakan jantung
  • Pemantauan Holter – Pemantauan holster adalah sebuah mesin kecil dan mudah alih yang anda perlu pakai selama 24 jam. Ia membolehkan ECG direkod secara berterusan sepanjang anda menjalankan aktiviti harian. Anda akan diminta untuk menyimpan log diari aktiviti serta simptom anda. Alat ini boleh mengesan aritmia yang mungkin tidak muncul pada EKG semasa berehat yang hanya terjadi selama beberapa saat
  • Ujian tekanan senaman – Ujian stress (treadmill) merupakan ujian yang membolehkan doktor mencatatkan aktiviti elektrik jantung anda yang mungkin tidak berlaku ketika sedang rehat
  • Perakam Peristiwa – Perakam peristiwa (perakam gelung) adalah monitor transtelephonic mudah alih kecil yang mungkin dipakai selama beberapa minggu. Perakam jenis ini adalah baik untuk pesakit yang tidak mengalami simptom yang kerap. Monitor akan melingkarkan rakaman 2 minit ke memorinya yang direkod secara berterusan. Apabila anda mengalami simptom, anda menekan butang “rekod’ pada monitor yang menyimpan bahan korelasi  EKG. Rakaman akan dihubungkan ke stesen pengawasan 24 jam dan difakskan terus ke doktor yang memintanya
  • Pengimejan Sumber Magnet – Pengimejan sumber magnet (MSI) digunakan sebagai tindihan kepada pengimejan resonans magnetik (MRI). Peranti ini mengesan medan magnet yang lemah yang dijana oleh tisu otot jantung dan menentukan aritmia bukan invasif untuk menjimatkan masa semasa kajian invasif
  • Ujian meja condong – Ujian meja condong digunakan untuk mendiagnosis pengsan atau pitam (sinkop vasovagal) dengan usaha untuk melakukan kejadian pitam. Anda akan diiringkan sehingga 60 darjah pada meja khas untuk satu tempoh masa dengan merekodkan ECG secara berterusan serta tekanan darah anda
  • Kajian Electrophysiology (EP) – Kajian EP membolehkan doktor mendapatkan maklumat yang lebih tepat, terperinci dan, dalam kebanyakan kes, mampu memberikan rawatan (iaitu ablasi kateter) dalam sesi yang sama

Bagaimana pesakit Sekatan Jantung Penuh dirawat?

Bergantung pada jenis dan tahap keterukan aritmia anda, dan hasil pelbagai ujian termasuk kajian elektrofisiologi, terdapat beberapa pilihan rawatan. Anda bersama-sama dengan doktor akan memutuskan untuk memilih rawatan yang terbaik buat diri anda.

  • Ubat-ubatan: Ubat anti-aritmia tertentu boleh mengubah isyarat elektrik di dalam jantung dan membantu mencegah kawasan yang tidak normal dari memulakan irama jantung tidak teratur atau cepat
  • Alat implan (Pacemaker): Semua peranti implan atau alat pacu jantung berfungsi pada “permintaan’ dan digunakan untuk merawat irama jantung yang lambat. Alat tersebut merupakan alat kecil yang ditanamkan di bawah kulit di bawah tulang selangka dan disambungkan kepada wayar perentak yang diletakkan di dalam jantung melalui vena; ini memberikan impuls elektrik kecil untuk merangsang jantung untuk menangani degupan jantung yang terlalu perlahan
  • Implan defibrilator kardioverter: implan defibrilator kardioverter merupakan peranti untuk pesakit – pesakit yang terdedah kepada irama jantung yang laju sehingga mampu untuk mengancam nyawa. Ia lebih besar daripada perentak jantung dan biasanya ditanam di bawah kulit di bawah tulang selangka. Ia disambungkan ke wayar defibrillation/ rate (s) yang diletakkan di dalam jantung melalui vena. Ia mempunyai keupayaan menyampaikan kejutan elektrik ke jantung apabila mengesan denyutan jantung terlalu cepat. Ia juga mampu memulakan atau merangsang jantung apabila ia terlalu perlahan

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sekatan Jantung Penuh?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah sekatan jantung penuh:

  • Elakkan situasi di mana alat pacu anda mungkin terganggu, seperti berada dekat dengan peranti elektrik atau peranti yang mempunyai medan magnet yang kuat
  • Bawa kad yang membolehkan orang tahu jenis perentak yang anda gunakan
  • Beritahu semua pegawai kesihatan anda bahawa anda mempunyai perentak jantung
  • Dapatkan pemeriksaan secara rutin terhadap alat pacu anda untuk memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik
  • Kekal aktif, tetapi elakkan sukan lasak
  • Pakai gelang atau kalung amaran perubatan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan