backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apakah Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)?

Second-degree atrioventricular (AV) block, atau second-degree heart block, adalah keadaan sistem pengalir jantung di mana pengalir impuls atrium melalui nodus atrioventrikel (AV) dan / atau berkas His (His bundle) terlewat atau disekat. Pesakit dengan second-degree AV block mungkin tanpa simptom atau mereka mungkin mengalami pelbagai simptom seperti pening dan sinkop. Mobitz type II AV block mungkin beralih kepada sumbatan lengkap jantung (complete heart block), dengan peningkatan risiko kematian.

Apakah kebarangkalian Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)?

Keadaan ini sebenarnya tidak biasa dan boleh menjejaskan lelaki dan wanita atau kedua-duanya sekali. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)?

Simptom lazim keadaan ini ialah:

  • Tiada simptom (lebih biasa pada pesakit dengan type I, seperti atlet terlatih dan orang tanpa penyakit struktur jantung)
  • Ringan kepala, pening, atau sinkop (lebih biasa dalam type II)
  • Sakit dada, jika jantung tersumbat berkaitan dengan miokarditis atau iskemia
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Bradikardia mungkin ada
  • Pesakit simptomatik mungkin mempunyai tanda hipoperfusi, termasuk hipotensi

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)?

Ubat-ubatan kardioaktif adalah penyebab utama AV block. Mereka mungkin memberi kesan negatif (iaitu, dromotrop) ke AVN secara langsung, secara tidak langsung melalui sistem saraf autonomik, atau kedua-duanya. Digoxin, penyekat beta, penyekat saluran kalsium, dan ubat-ubatan antiaritmia tertentu telah terbabit dalam second-degree AV block.

Daripada ubat-ubatan antiaritmia yang boleh menyebabkan second-degree AV block, penyekat saluran natrium, seperti procainamide, menyebabkan sekatan lebih jauh dalam sistem His-Purkinje.

Pelbagai gangguan radang, infiltratif, metabolik, endokrin, dan vaskular kolagen telah dikaitkan dengan sekatan  AVN, seperti berikut:

  • Penyakit radang seperti Endokarditis, miokarditis, penyakit Lyme, demam reumatik akut
  • Penyakit infiltratif seperti Amyloidosis, hemochromatosis, sarcoidosis (keabnormalan konduksi AV boleh menjadi tanda pertama sarcoidosis

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block)?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keadaan ini, seperti:

  • Tumor jantung
  • Trauma (termasuk berkaitan dengan kateter, terutamanya dalam keadaan left bundle-branch block sebelum ini)
  • Setelah penggantian injap transcatheter
  • Penjambatan miokardium
  • Reduksi septal etanol (juga dikenali sebagai ablasi transkoronari hipertrofi septal untuk rawatan kardiomiopati hipertropik obstruktif)
  • Penutupan transcatheter kecacatan septum atrium dan ventrikel
  • Pembedahan pembetulan jantung kongenital, terutama yang berhampiran dengan septum
  • Fibrosis idiopatik progresif (berkaitan dengan usia) dari rangka jantung

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree heart block) didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda. ECG digunakan untuk mengenal pasti kehadiran dan jenis second-degree AV block.

Ujian elektrofisiologi diagnostik dapat membantu menentukan tahap sekatan dan potensi keperluan untuk perentak jantung kekal. Pengujian sedemikian disyorkan untuk pesakit di mana sekatan His-Purkinje (infranodal) disyaki tetapi belum disahkan.

Kajian makmal lain untuk mengenal pasti punca-punca yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

  • Serum elektrolit, kalsium, dan magnesium
  • Tahap digoxin pada pesakit yang menggunakan digoxin
  • Ujian biomarker jantung pada pesakit yang disyaki iskemia miokardium
  • Kajian makmal yang berkaitan dengan miokarditis (contohnya titer Lyme, serologi HIV, tindak balas berantai polimerase [PCR] enterovirus, PCR adenovirus, titer Chagas), jika bersesuaian secara klinikal
  • Kajian yang berkaitan dengan infeksi, berkenaan dengan  abses gelang injap
  • Kajian fungsi tiroid jika sesuai

Bagaimanakah Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree Heart Block) dirawat?

Sekiranya anda seorang dewasa dengan second-degree heart block yang menyebabkan anda mengalami kadar denyutan jantung yang sangat perlahan, kemungkinan doktor anda akan mencadangkan anda supaya alat perentak jantung dipasang. Sekiranya anda mempunyai second-degree heart block yang disebabkan oleh serangan jantung, anda mungkin hanya memerlukan alat perentak jantung sementara. Jika rentak jantung normal tidak kembali beberapa minggu selepas serangan jantung anda, anda mungkin memerlukan perentak jantung kekal dipasang. Sekiranya anda seorang yang muda dengan penyakit jantung kongenital dengan second-degree atau third-degree heart block tetapi anda tidak mempunyai kadar denyutan jantung yang perlahan atau sebarang simptom, anda mungkin tidak memerlukan perentak jantung.

Sebenarnya second-degree atrioventricular (AV) block dalam pesakit asimtomatik tidak memerlukan sebarang terapi khusus dalam persekitaran prehospital. Sekiranya pesakit mempunyai simptom, garis panduan bantuan hayat jantung lanjutan (ACLS) standard untuk bradikardia, termasuk penggunaan atropin dan perentak  transkutan, diikuti.

Tiada terapi khusus yang diperlukan dalam jabatan kecemasan (ED) untuk Mobitz I (Wenckebach) second-degree AV block, melainkan pesakit mempunyai simptom. Pesakit yang disyaki iskemia miokardium perlu dirawat dengan rejimen anti-iskemia yang sesuai dan dirawat. Second-degree block pada tahap nod atrioventriokular (AVN) mungkin disebabkan oleh digoxin, penyekat beta, atau penyekat saluran kalsium. Merendahkan dos dan / atau menghentikan ubat-ubatan ini boleh mengembalikan pengaliran AV normal.

Mobitz II block lebih cenderung untuk beralih kepada sekatan lengkap jantung dan dengan itu memerlukan pendekatan yang berbeza. Seperti dengan Mobitz I block, agen AV nodal harus dielakkan, dan rejimen anti-iskemia harus dimulakan sekiranya iskemia disyaki.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi sampingan yang dapat membantu saya mengurus Sekat Jantung Peringkat Kedua (Second-degree heart block)?

Gaya hidup dan remedi sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi keadaan ini:

  • Pesakit yang dilepaskan dari jabatan kecemasan dengan  Mobitz II block atrioventrikular (AV) harus mempunyai rawatan lanjutan segera yang diatur dengan pakar kardiologi
  • Sekiranya AV block bertaraf tinggi dan, mungkin, simptom akibat AV block hadir, pertimbangkan untuk memantau pesakit dan kemudian melakukan pemantauan Holter atau ujian treadmill pada masa akan datang. Jika AV block berlaku pada waktu malam, pertimbangkan apnea tidur sebagai punca

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan