backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk COPD

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 05/10/2023

Definisi

Apa itu Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk COPD?

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease, COPD) ialah sejenis penyakit paru-paru yang membuatkan seseorang susah untuk bernafas. Ia kebiasaannya gabungan dua penyakit yang disebabkan oleh merokok: bronkitis kronik dan emfisema. Semakin lama, ia boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk dan masalah jantung.

COPD tidak boleh sembuh tetapi ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan simptom.

Satu-satunya cara yang paling boleh diharapkan untuk memperlahankan COPD ialah berhenti merokok.

Sejarah perubatan anda memberikan klu penting yang dapat membantu doktor membuat diagnosis penyakit pulmonari obstruktif kronik.

Mengapa ia dijalankan?

Sejarah dan pemeriksaan fizikal membantu doktor membuat diagnosis. Ia merupakan perkara rutin dan bahagian yang penting bagi setiap sesi bersama doctor.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Sejarah dan pemeriksaan yang cermat pada jantung anda juga harus dilakukan untuk menyingkirkan penyakit jantung yang boleh terkait atau menyebabkan simptom yang sama dengan COPD. Ini adalah penting kerana merokok meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga COPD. Pemeriksaan jantung mungkin menemukan degupan jantung laju atau tanda-tanda kegagalan jantung.

Saiz hati mungkin membesar yang kadangkala boleh berlaku disebabkan kegagalan jantung sebelah kanan (kor pulmonale).

Keputusan pemeriksaan fizikal adalah berbeza. Tidak semua orang akan mengalami semua simptom COPD.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Anda harus menyediakan maklumat yang lengkap dan teliti berkenaan diagnosis dan rawatan anda sebelum ini. Walaupun penyakit itu sudah sepenuhnya sembuh atau mungkin tidak penting bagi anda, mengetahui masalah tersebut mungkin membantu doktor mendiagnosis sakit bahagian bawah belakang. Selain itu, mengetahui semua masalah perubatan anda yang lepas dan terkini akan membantu doktor membuat keputusan tentang cara terbaik untuk merawat keadaan anda.

Sebagai sebahagian dari sejarah perubatan, anda juga harus memberitahu doktor anda ubat-ubatan yang anda sedang ambil. Ini adalah paling baik dilakukan dengan membawa senarai terkini semua nama-nama dan dos-dos ubat yang anda sedang ambil.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Dalam mengambil sejarah perubatan anda, doktor akan bertanya soalan tentang:

  • Sesak nafas
    • Bila kali pertama anda mengalami sesak nafas (semasa senaman atau rehat)?
    • Berapa kekerapan sesak nafas?
    • Berapa lama anda telah mengalami sesak nafas? Adakah ia semakin teruk?
    • Berapa jauh anda boleh berjalan dan berapa banyak langkah yang anda boleh panjat sebelum perlu berhenti kerana sesak nafas?
  • Batuk
    • Berapa kekerapan batuk?
    • Berapa lama anda telah mengalami batuk? Adakah ia semakin teruk?
    • Adakah anda batuk lendir (kahak)? Apakah warnanya?
    • Adakah anda batuk darah?
  • Penggunaan tembakau anda dan ahli rumah: samada ada di antara kamu yang merokok, berapa lama kamu telah merokok, berapa banyak rokok sehari, berapa lama sudah berhenti merokok, adakah anda rasa boleh berhenti merokok dan banyak lagi.
  • Terdedah kepada udara yang mengganggu seperti habuk atau bahan kimia di tempat kerja.
  • Penyakit respiratori semasa kecil.
  • Sejarah penyakit respiratori dalam keluarga.
  • Masalah perubatan lain yang anda ada dan rawatannya.
  • Bagaimana keadaan anda mengesani kualiti hidup: sebagai contoh terlepas kerja, rutin terganggu dan murung.
  • Nama dan dos semua ubat yang anda ambil termasuk inhaler yang anda guna.
  • Apa jenis sokongan keluarga dan sosial yang anda ada.
  • Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa badan anda untuk mencari klu lain yang boleh menjelaskan sebab kepada simptom anda. Ia termasuk:

  • Menyukat suhu badan, berat dan indeks jisim badan (body mass index, BMI) yang mengukur berat dibandingkan dengan tinggi dan memberikan satu cara untuk menganggarkan kesan berat pada kesihatan.
  • Memeriksa mata, telinga, hidung dan tekak untuk tanda-tanda jangkitan.
  • Mendengar jantung dan paru-paru anda menggunakan stetoskop.
  • Menyemak tanda-tanda darah menggenang di vena tengkuk yang menunjukkan masalah pada jantung seperti kor pulmonale.
  • Menekan atau mengetuk perut anda (abdominal palpation).
  • Memeriksa jari-jari dan bibir anda untuk melihat jika kulit berwarna biru (sianosis).
  • Memeriksa jari-jari anda untuk melihat jika hujungnya bengkak dan kukunya membonjol ke luar (clubbing).
  • Memeriksa bengkak (edema) pada kaki anda.
  • Apa yang berlaku selepas ujian ini?

    Pemeriksaan fizikal ini tidak menyakitkan tetapi sebahagiannya (seperti abdominal palpation) boleh membuatkan sedikit rasa tidak selesa.

    Doktor akan berbincang dengan anda berkenaan keadaannya dan memberikan rawatan yang sesuai. Kadangkala, doktor mungkin meminta kepada pemeriksaan lanjut. Sila ikut arahan doktor anda.

    Memahami keputusan

    Apa maksud keputusan saya?

    Sejarah anda boleh menemukan faktor risiko yang menunjukkan anda menghidapi COPD atau berisiko untuk menghidapinya.

    Pemeriksaan fizikal juga boleh memberikan hal yang sama. Tanda-tanda yang menunjukkan COPD ialah:

    • Dada luas (barrel chest).
    • Nafas berbunyi (wheezes) semasa pernafasan normal.
    • Mengambil masa yang lama untuk menghembus nafas sepenuhnya.
    • Bunyi pernafasan perlahan atau tidak normal seperti crackles dan wheezes.

    Sesetengah penemuan pemeriksaan fizikal akan membantu doktor menilai keterukan keadaan anda. Ini termasuk:

    • Penggunaan otot aksesori seperti otot di tengkuk semasa pernafasan biasa.
    • Bibir mengerut ketika bernafas.
    • Tidak mampu menghabiskan ayat penuh tanpa berhenti mengambil nafas.
    • Hujung jari dan tapak kuku berwarna biru (sianosis).
    • Kaki dan abdomen bengkak.

    Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital. Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

    Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan