Apa itu Scabies?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Scabies?

Scabies ialah keadaan kulit gatal dimana kulit anda “diserang” oleh kutu hama yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Tabiat mereka yang menggali ke bawah kulit untuk meletakkan telur merengsa kulit dan menyebabkan gatal yang teruk dan ruam. Kutu hama mikroskopik itu boleh menggunakan kulit anda sebagai rumahnya selama sehingga dua bulan.

Scabies dikategorikan sebagai penyakit berjangkit. Ia boleh tersebar dengan cepat melalui sentuhan fizikal langsung.

Apakah kebarangkalian Scabies?

Scabies ialah penyakit yang kerap berlaku. Sekitar 300 juta dilaporkan setiap tahun. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur tanpa mengira pendapatan, kedudukan sosial dan keadaan hidup. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Scabies?

Selepas terdedah kali pertama kepada scabies, ia memakan masa sehingga 6 minggu untuk anda melihat simptom yang pertama. Jika anda mempunyai sejarah scabies sebelum ini, anda berisiko untuk mendapat simptom lebih awal, sekitar beberapa hari selepas terdedah.

Tanda-tanda dan simptom-simptom scabies yang biasa ialah:

  • Gatal yang teruk kebiasaanya lebih teruk di waktu malam;
  • Ruam seperti jerawat;
  • Laluan galian yang sempit dan tidak sekata;
  • Lecet kecil atau benjolan seperti jerawat pada kulit mungkin dilihat seperti kenaikan kecil atau garisan yang berubah warna;
  • Mungkin mengalami scabies Norwegian atau scabies berkerak dengan kerak kulit yang tebal dengan beribu kutu hama dan telur yang boleh ditemui dengan mikroskop;
  • Kerak tebal berwarna kebalu dan mudah hancur apabila disentuh.

Bagi dewasa dan kanak-kanak lebih tua, scabies paling kerap ditemui di:

  • Antara jari;
  • Ketiak;
  • Sekeliling pinggang;
  • Bahagian dalam pergelangan tangan;
  • Bahagian dalam siku;
  • Tapak kaki;
  • Sekitar buah dada;
  • Punggung;
  • Lutut;
  • Bilah bahu (tulang belikat)

Bagi bayi dan kanak-kanak muda, mereka boleh mengalami penyakit ini di:

  • Kepala;
  • Muka;
  • Tengkuk;
  • Tapak tangan;
  • Tapak kaki.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai tanda dan simptom yang menunjukkan scabies. Simptom seperti gatal dan benjolan kecil pada kulit scabies adalah sama seperti keadaan kulit seperti dermatitis atau ekzema. Dengan bantuan doktor, anda boleh tahu sebab sebenar dan memastikan bahawa anda menerima rawatan yang sepatutnya.

Punca

Apakah Punca Scabies?

Ia disebabkan oleh kutu hama yang bertelur dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Tabiat reproduktifnya ialah menggali terowong di bawah kulit sambil bersedia untuk bertelur. Selepas telur tersebut menetas, larva kutu hama bergerak ke permukaan kulit untuk berkembang biak. Kemudian mereka boleh merebak ke kawasan kulit yang lain atau ke kulit orang lain. Kutu hama, telur dan bahan kumbahannya adalah sebab utama yang membuatkan anda rasa gatal sebagai tindakbalas alergik badan terhadapnya.

Jika anda mempunyai sentuhan fizikal dan berkongsi pakaian, tuala atau cadar tidur dengan orang yang dijangkiti, kutu hama terbabit boleh merebak ke anda dan anda boleh mendapat penyakit tersebut.

Anda juga mungkin mengalami tindakbalas kulit sementara hasil dari sentuhan dengan kutu terbabit. Setiap spesies kutu hama meletak pada hos yang menjadi pilihan mereka. Ia akan mati jika tidak menemui hos yang sesuai.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Scabies?

Terdapat banyak system risikonya seperti:

  • Sistem imun yang lemah;
  • Menggunakan steroid atau rawatan lain seperti beberapa ubat-ubatan untuk artritis reumatoid;
  • Sentuhan kulit langsung dengan orang yang dijangkiti;
  • Menjalani kemoterapi;
  • Hidup bersama orang yang dijangkit atau hidup di kawasan yang banyak berlaku scabies.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Scabies didiagnosis?

Doktor membuat diagnosis dengan melakukan pemerhatian pada kulit anda. Mereka boleh melihat kepada tanda-tanda kutu hama termasuk liang galian yang karakteristik. Berdasarkan kepada simptom anda dan bertanya anda jika ada sentuhan dengan orang yang dijangkiti, doktor akan membuat penilaian. Mengambil sampel dari kulit dan diperiksa di bawah mikroskop memberikan bukti paling kukuh tentang kewujudan scabies.

Bagaimana pesakit Scabies dirawat?

Untuk merawat scabies, anda perlu membuangnya menggunakan ubat kerana ia tidak akan pergi dengan sendiri. Beberapa krim dan salap tersedia dengan prekripsi doktor. Anda kebiasaannya perlu menyapu ubat tersebut di seluruh badan dari tengkuk ke bawah dan biarkan ia selama sekurang-kurangnya 8 jam.

Memandangkan scabies mudah tersebar ke orang lain, adalah sangat digalakkan ke atas semua ahli rumah untuk mendapatkan rawatan juga bagi mengelakkan penyebaran kutu hama walaupun tiada tanda atau simptom scabies dilihat.

Anda boleh menggunakan krim topikal berikut untuk merawat scabies:

  • Krim permethrin: ini ialah krim topikal mengandungi bahan kimia untuk membunuh scabies dan telurnya. Dewasa, perempuan hamil dan kanak-kanak berumur 2 bulan dank e tas boleh menggunakannya;
  • Losyen benzyl benzoate;
  • Salap sulfur;
  • Krim cotamiton: anda boleh menyapunya sekali sehari selama 2 hari. Jika anda menggunakan ia dengan kerap, ia mungkin tidak efektif. Kanak-kanak atau perempuan hamil tidak boleh menggunakannya;
  • Losyen lindane: ia dipreskrip untuk anda sekiranya rawatan lain tidak membantu mengurangkan simptom atau anda tidak boleh menggunakan rawatan lain. Kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun, perempuan hamil, orang tua atau sesiapa yang berat kurang daripada 110 paun (50 kilogram) tidak dibenarkan menggunakannya.

Sebagai tambahan, Ivermectin – ubat oral untuk orang yang mempunyai masalah pada sistem imun, mereka yang mempunyai scabies berkerak atau mereka yang tidak memberi respon kepada prekskripsi losyen dank rim.

Walaupun ubat-ubatan ini membunuh kutu hama dengan cepat, rasa gatal tersebut akan kekal selama beberapa minggu. Ubat topikal lain seperti sulfur yang disebatikan di dalam petrolatum untuk mereka yang tidak memberi respon atau tidak boleh menggunakan ubat-ubatan lain boleh digunakan untuk merawat penyakit anda.

Antihistamin boleh membantu tindakbalas alergik. Krim steroid juga boleh dipreskrip untuk menghilangkan gatal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Scabies?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi scabies:

  • Gunakan ubat. Ini boleh membantu menghilangkan rasa gatal;
  • Amalkan kebersihan yang baik. Jangan berkongsi baju, tuala dan sebagainya;
  • Elakkan sentuhan fizikal dengan orang yang dijangkiti;
  • Sejukkan dan rendam kulit anda. Merendam di dalam air sejuk atau meletakkan baju sejuk dan basah pada kulit yang terengsa boleh mengurangkan rasa gatal;
  • Gunakan losyen penenang. Losyen calamine adalah cara yang efektif untuk membantu anda mendapatkan kelegaan dari sakit dan gatal;
  • Bersihkan dengan berhati-hati bilik yang digunakan oleh orang yang dijangkiti. Basuh pakaian mereka menggunakan air panas dan gunakan pengering dengan suhu tinggi untuk mengeringkannya selama 10-3- minit.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut