Apa itu Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Sawan termenung berlaku apabila kesedaran hilang dalam masa yang singkat dan secara tiba-tiba. Individu yang mengalami sawan ini kelihatan seperti merenung sesuatu dalam masa beberapa saat. Sawan jenis ini biasanya tidak melibatkan kecederaan fizikal. Sawan termenung biasanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat anti-sawan. Sesetengah kanak-kanak juga mengalami sawan jenis lain. Ramai kanak-kanak dapat mengatasi sawan ini setelah meningkat dewasa.

Apakah kebarangkalian Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Sawan termenung biasanya berlaku kepada kanak-kanak dalam linkungan umur 4 hingga 14 tahun. Tetapi, ia juga boleh berlaku dalam kalangan orang dewasa dan lewat remaja. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Simptom lazim bagi sawan termenung ialah:

  • Merenung kosong
  • Mengetap bibir
  • Kelopak mata bergerak laju
  • Terhenti percakapan
  • Pergerakan tangan secara tiba-tiba
  • Bersandar ke depan atau belakang
  • Kelihatan tidak bergerak secara tiba-tiba

Individu dewasa sering menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami sawan termenung ini tidak berkelakuan baik atau tidak menumpukan perhatian. Guru kepada kanak-kanak ini yang biasanya mengesan simptom awal sawan tersebut. Kanak-kanak ini kelihatan tidak wujud daripada tubuh mereka untuk sementara waktu.

Anda boleh mengesan seseorang itu mengalami sawan termenung kerana pesakit biasanya tidak menyedari keadaan sekeliling, walaupun dengan sentuhan atau bunyi. Grand mal seizures bermula dengan aura atau tanda amaran. Tetapi, sawan termenung berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Menagmbil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pesakit adalah sangat penting.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah punca Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Otak anda merupakan organ yang kompleks dan badan anda bergantung kepadanya dalam banyak perkara. Ia mengekalkan degupan jantung dan pernafasan anda. Sel saraf dalam otak menghantar isyarat elektrik dan kimia antara satu sama lain untuk berhubung. Sawan menggganggu aktiviti elektrik ini di dalam otak. Semasa serangan sawan, isyarat elektrik dalam otak anda berulang. Individu yang mengalami sawan ini juga mengalami perubahan paras neurotransmitter. Neurotransmitter merupakan bahan kimia yang membantu sel berhubung.

Pengkaji masih tidak mengetahui punca khusus sawan termenung ini. Keadaan ini mungkin berlaku dalam keturunan dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Bernafas dengan laju atau lampu yang memancar juga mencetuskan sawan termenung kepada individu lain. Doktor mungkin tidak dapat menemui punca khusus bagi sesetengah pesakit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada sawan termenung?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sawan termenung, antaranya ialah:

  • Sawan termenung biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 4 dan 10 tahun.
  • Secara amnya, kebanyakan jenis sawan berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki, tetapi sawan termenung ini lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan.
  • Sejarah sawan febrile/ sawan demam. Bayi atau kanak-kanak yang mengalami sawan akibat demam berisiko tinggi untuk mendapat sawan termenung.
  • Sejarah ahli keluarga. Hampir separuh kanak-kanak yang mengalami sawan termenung mempunyai saudara terdekat yang mempunyai sejarah sawan termenung

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sawan Termenung (Petit mal seizure) didiagnosis?

Doktor akan meminta keterangan yang teliti tentang sawan dan melakukan pemeriksaan fizikal. Antara ujian yang akan dilakukan ialah:

  • Electroencephalography (EEG). Prosedure yang tidak sakit ini mengukur gelombang aktiviti elektrik dalam otak. Gelombang otak dihantar kepada mesin EEG melalui elektod kecil yang diletakkan di kepala dengan pelekat atau topi elastik. ¬†Anak anda diminta untuk bernafas dengan laju atau melihat pada lampu yang berkelip, cubaan untuk mencetuskan sawan. Semasa serangan sawan berlaku, corak EEG akan berbeza daripada keadaan normal.
  • Imbasan otak. Ujian seperti pengimejan resonans magnetik (MRI) boleh menghasilkan imej terperinci otak, membantu mengesan masalah lain, seperti strok atau ketumbuhan otak. Kerana anak anda perlu bertahan lama dalam jangka masa yang panjang, berbincanglah dengan doktor anda tentang kemungkinan penggunaan ubat sedasi.

Bagaimana pesakit Sawan Termenung (Petit mal seizure) dirawat?

Doktor anda lebih suka memulakan rawatan dengan memberi ubat anti-sawan dengan dos paling rendah dan menambah dos sekiranya perlu untuk mengawal sawan. Kebanyakan kanak-kanak berhenti mengambil ubat anti-sawan dibawah penyeliaan doktor, selepas mereka bebas daripada sawan selama dua tahun.

Ubat yang dipreskrip untuk sawan termenung ialah:

  • Ethosuximide (Zarontin). Kebanyakan doktor menggunakan ubat ini pada rawatan awal sawan termenung. Sawan bertindak balas baik dengan ubat ini dalam kebanyakan kes.
  • Valproic acid (Depakene). Kerana ubat ini dikaitakan dengan kecacatan kelahiran yang tinggi, doktor menasihatkan wanita yang ingin atau sedang hamil untuk tidak mengambil ubat ini. Wanita yang tidak dapat mengawal sawan dengan ubat lain perlu berbincang dengan doktor tentang kemungkinan risiko yang akan dihadapi. ¬†
  • Lamotrigine (Lamictal). Beberapa kajian menyatakan bahawa ubat ini kurang berkesan berbanding ethosuximide atau asid valproic, tetapi mempunyai kurang kesan sampingan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sawan Termenung (Petit mal seizure)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani sawan termenung:

  • Pesakit sawan termenung mungkin memilih untuk memakai gelang perubatan untuk pengenalan bagi tujuan perubatan kecemasan. Gelang ini perlu menyatakan siapa yang perlu dihubungi dalam keadaan kecemasan dan apa jenis ubat yang perlu diambil. Ia adalah idea yang bagus untuk guru, jurulatih dan pekerja pusat jagaan kanak-kanak untuk tahu mengenai sawan tersebut.
  • Walaupun pesakit terkawal dengan ubat, sawan mungkin menjejaskan kehidupan anak anda, seperti tempoh tumpuan dan pembelajaran. Mereka perlu bebas daripada sawan dalam jangka masa tertentu (interval berbeza antara negara) sebelum dapat memandu.
  • Berbincang dengan individu lain, yang mengalami keadaan yang sama mungkin dapat membantu anda. Di samping memberi sokongan, mereka juga dapat memberi nasihat atau tip untuk mengatasi masalah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda