backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anak Demam Panas? AWAS, Ada Risiko Mereka Terkena SAWAN TARIK!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/04/2022

Anak Demam Panas? AWAS, Ada Risiko Mereka Terkena SAWAN TARIK!

Demam panas yang dialami anak boleh menjadi punca sawan tarik. Ayuh fahami lebih lanjut mengenai keadaan tersebut dan cara menanganinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Sawan Febril?

Sawan febril ialah sawan yang berlaku sewaktu menghidap sakit yang menyebabkan demam panas terutamanya dalam kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai demam tarik.

Apakah kebarangkalian berlakunya demam tarik?

Sawan febril sangat biasa terjadi tanpa mengira usia. Ia seringkali berlaku dalam pesakit di usia muda dan selepas umur 60 tahun. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya.

Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Punca sawan tarik: Fahami simptomnya

Simptom demam tarik yang biasa berlaku ialah:

  • Pernafasan berhenti lebih daripada 15 hingga 20 saat atau terdapat masalah pernafasan
  • Sawan lebih daripada 3 minit, atau sawan kali kedua
  • Demam, muntah, pening kepala yang teruk
  • Rasa mengantuk
  • Leher mengeras
  • Bahagian lembut di kepala bayi membonjol

punca sawan tarik

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika terdapat tanda atau simptom yang dinyatakan dia atas, atau anda mempunyai sebarang soalan, sila berbincang dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza.

Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang punca sawan tarik dan rawatan terbaik mengenai situasi anda.  

Punca

Apakah Punca Sawan Tarik?

Sawan febrils boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria atau virus, terutamanya virus human herpesvirus-6.

Selain itu, keadaan tertentu juga boleh menyebabkan demam tarik, termasuklah:

  • Penyakit Alzheimer atau dementia;
  • Masalah jantung, seperti strok atau serangan jantung
  • Kecederaan jantung atau otak, termasuklah kecedaraan sebelum kelahiran
  • Lupus
  • Meningitis;
  • Vaksinasi

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/gangguan-perkembangan-anak/cara-menghilangkan-sawan/

Faktor-faktor Risiko

Punca sawan tarik: Ini antara risikonya

Terdapat banyak faktor risiko sawan febrils, seperti:

  • Perkembangan tidak normal sebelum berlakunya sawan febril
  • Sawan febril kompleks
  • Sejarah keluarga dengan sawan tanpa demam
  • Sejarah sawan febril dalam keluarga
  • Pernah mengalami jangkitan otak atau kecederaan
  • Mengalami ketumbuhan otak
  • Pernah mengalami strok
  • Pernah mengalami sawan febril kompleks
  • Menggunakan dadah tertentu atau ubat tertentu
  • Penyalahgunaan dadah
  • Terdedah kepada bahan toksik

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sawan Febril didiagnosis?

Punca sawan tarik boleh didiagnosis dengan menggunakan:

  • Ujian darah, ujian air kencing untuk mengenal pasti jangkitan
  • Ujian air spinal untuk mengenal pasti jangkitan pada sistem saraf seperti meningitis
  • jika diperlukan bagi mengenal pasti sawan febril kompleks
  • MRI, jika diperlukan untuk mengenal pasti sama ada sawan febril berlaku disebabkan kerosakan otak dalam kanak-kanak

Bagaimana pesakit Sawan Febril dirawat?

Ubat-ubatan tidak diperlukan dalam kebanyakan kes punca sawan tarik. Tapi untuk mengurangkan pengulangan episod sawan febril, ubat-ubatan tertentu boleh diberikan, seperti:

  • Phenobarbital;
  • Depakote (Valproate);
  • Gel atau cecair Diastat (Diazepam) dimasukkan melalui rektum
  • Klonopin (Clonazepam) diletakkan di bawah lidah
  • Diazepam atau Lorazepam;

punca sawan tarik

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Punca sawan tarik?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani serangan sawan febril pada anak anda:

  • Letakkan anak anda pada tempat yang selamat agar tidak terjatuh
  • Beri perhatian kepada anak anda sebaik mungkin
  • Berhati-hati dengan objek keras atau tajam berdekatan anak anda
  • Longgarkan pakaian yang ketat
  • Jangan letakkan apa-apa dalam mulut anak anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 25/04/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan