Apa itu Sakit Tumbesaran?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu sakit tumbesaran?

Sakit tumbesaran ialah salah satu sindrom kesakitan muskuloskeletal yang biasanya dikaitkan dengan tumbesaran kanak-kanak.

Apakah kebarangkalian sakit tumbesaran?

Keadaan kesihatan ini biasanya berlaku dalam 10% ke 20% pelajar sekolah rendah dan ianya dikelaskan berdasarkan jenis, lokasi dan ciri-ciri klinikal kesakitan tersebut. Ia biasanya terjadi lebih pada budak lelaki berbanding budak perempuan.

Menariknya, kesakitan tidak berlaku dalam tempoh tumbesaran pantas atau pada kawasan tumbesaran. Ianya berlaku kerapnya pada kanak-kanak berusia 4 ke 12 tahun dan berlaku waktu malam.

Sila berbincang dengan doktor and untuk maklumat la.njut

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi sakit tumbesaran

Kanak-kanak biasanya akan mengadu kesakitan kaki yang dalam dan mengejangkan. Ianya dengan mudah disilapkan dengan kesakitan kaki biasa, bagaimanapun sakit tumbesaran boleh bertahan selama beberapa jam sehingga tempoh beberapa bulan dan biasanya berlaku pada waktu malam.

Kadangkala, kanak-kanak boleh terbangun dari tidur mengadu kesakitan, dan hanya akan kembali tidur selepas kaki mereka diurut.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anak anda merasa tidak selesa atau kerap terbangun malam hari hingga mengganggu hidupan harian atau tingkah laku, sila berbincang dengan doktor anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan sakit tumbesaran?

Tidak ada punca spesifik untuk sakit tumbesaran, tapi ianya tidak dikaitkan dengan masalah pembesaran atau ianya hadir dalam penyakit lain.

Ianya dibezakan dengan masalah seperti arthritis inflammatori melalui kurangnya simptom pagi hari seperti kesakitan dan merasa tegang dan ketidakdapatan inflamasi pada ujian fizikal.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko sakit tumbesaran?

Sakit tumbesaran biasanya lebih selalu terjadi pada kanak-kanak yang aktif secara ekstrem; episod kesakitan biasanya bertambah seiring aktiviti fizikal. Lain-lain risiko termasuklah usia: Kanak-kanak dari 4-12 tahun biasanya mengadu masalah sakit tumbesaran.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana sakit tumbesaran didiagnosis?

Sekiranya anak andaa mengadu kesakitan pada kedua paha atau betis, anda perlu membawa anak anda berjumpa doktor. Sekiranya tidak ada tanda arthritis atau ketenderan otot, lemah-lemah atau bengkak pada sebarang sendi atau otot, anak anda mungkin mengalami sakit tumbesaran.

Kajian makmal atau x-ray digunakan bagi memastikan diagnosis. Sekiranya keputusan normal tetapi anak anda masih mengadu kesakitan, ianya mungkin disebabkan sakit tumbesaran.

Bagaimana sakit tumbesaran dirawat?

Rawatan sakit tumbesaran termasuklah pujukan dan rutin tetap sebelum tidur seperti:

  • Regangan dan kenduran secara tetap (urutan).
  • Rawatan haba (tuala suam).
  • Analgesik sederhana dipreskribsi dengan dos waktu malam.

Walaupun urutan mungkin berkesan. Kadangkala, bangun di malam hari boleh menjadikan anak anda menjadi lebih merengus di waktu pagi. Ianya boleh memberi tekanan pada hubungan keluarga dan kualiti hidup anak. Strategi adalah perlu bagi meminimumkan potensi masalah dengan hubungan kekeluargaan interpersonal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas sakit tumbesaran?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pneumonia:

  • Corak tidur yang sihat meningkatkan kualiti hidup secara mendadak;
  • Ketika kerap berlakunya episod, urutan adalah dinasihatkan kerana keberkesanannya melegakan kesakitan;
  • Analgesik boleh dipertimbangkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 10, 2018