backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sakit Kepala Jenis Sinus, Adakah Ia Sama @ Lain Dengan Jenis Yang Biasa?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 26/06/2023

Sakit Kepala Jenis Sinus, Adakah Ia Sama @ Lain Dengan Jenis Yang Biasa?

Apa yang dimaksudkan dengan sakit kepala sinus? Adakah sama dengan masalah sakit kepala yang lain?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Saraf & Otak, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu sakit kepala sinus?

Sakit kepala sinus adalah sakit kepala yang boleh dirasai seperti jangkitan di dalam sinus (sinusitis).

Anda boleh merasai tekanan di sekeliling mata, pipi dan dahi anda. Kepala anda mungkin juga akan berdenyut.

Walau bagaimanapun, ramai orang yang menganggap bahawa mereka mempunyai sakit kepala disebabkan oleh sinusitis termasuk individu yang didiagnosis dengan keadaan ini, sebenarnya mengalami migrain atau sakit kepala tegang.

Apa risiko sakit kepala sinus?

Ia adalah jenis sakit kepala yang jarang berlaku dan ia disebabkan oleh radang sinus (sinusitis).

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom sakit kepala sinus?

Simptom-simptom biasa ialah:
  • Sakit, tekanan, dan rasa penuh di dalam pipi, kening atau dahi anda
  • Sakit bertambah teruk jika anda bengkok ke hadapan atau baring
  • Hidung tersumbat
  • Letih
  • Rasa sakit pada gigi atas anda

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus hubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:

  • Simptom sakit kepala anda berlaku lebih daripada 15 hari dalam sebulan atau kerap memerlukan ubat tahan sakit tanpa preskripsi
  • Anda mengalami sakit kepala yang teruk, dan ubat tahan sakit tanpa preskripsi tidak membantu
  • Anda tidak hadir ke sekolah atau kerja kerana kerap sakit kepala atau sakit kepala tersebut menganggu kehidupan harian anda

sakit kepala sinus

Punca

Apa punca pening kepala sinus?

Sakit kepala sinus biasanya dikaitkan dengan migrain atau jenis sakit kepala yang lain.

Sakit kepala sinus dikaitkan dengan sakit dan tekanan di dalam muka dan sinus dan boleh menyebabkan simptom-simptom nasal.

Kebanyakan sakit kepala ini tidak disebabkan oleh jangkitan sinus dan tidak seharusnya dirawat dengan antibiotik.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada pening kepala jenis ini?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sakit kepala sinus, seperti:

sakit kepala sinus

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit pening kepala sinus ini didiagnosis?

Punca sakit kepala boleh jadi sukar untuk dikenal pasti.

Doktor akan bertanya mengenai sakit kepala anda dan melakukan pemeriksaan fizikal.

Doktor anda akan melakukan ujian gambar bagi bantu menentukan punca sakit kepala anda.

  • Pengimbas CT. Pengimbas CT menggunakan komputer untuk menghasilkan gambar keratan rentas otak dan kepala (termasuk sinus anda) dengan menggabungkan gambar daripada unit x-ray yang berputar di sekeliling badan anda
  • Pengimej resonans magnetik (MRI). Dengan MRI, lapangan magnetik dan gelombang radio digunakan bagi menghasilkan gambar keratan rentas struktur di dalam otak anda

Bagaimana pesakit sakit kepala jenis ini dirawat?

Kebanyakan orang yang menganggap mereka mempunyai sinusitis sebenarnya mengalami migrain atau pening kepala jenis tegang.

Baca juga:

Migrain dan sakit kepala kronik atau berulang boleh dirawat dengan ubat preskripsi.

Ia sama ada diambil setiap hari bagi mengurangkan atau menghalang sakit kepala atau diambil semasa sakit kepala bermula bagi mengelakkan daripada sakit kepala bertambah teruk.

Bagi merawat sakit kepala jenis ini, doktor anda akan menyarankan:

  • Pelega kesakitan tanpa preskripsi. Migrain dan jenis sakit kepala yang lain boleh dirawat dengan ubat tanpa preskripsi, seperti acetaminophen (Tylenol, lain-lain), naproxen sodium (Aleve) dan ibuprofen (Advil, Motrin IB)
  • Ramai orang yang mengalami serangan migrain menggunakan triptan bagi melegakan kesakitan. Triptan berfungsi dengan menggalakkan pengecilan saluran darah dan menyekat laluan kesakitan di dalam otak. Ubat-ubat termasuk sumatriptan (Imitrex), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova) dan eletriptan (Relpax). Sesetengah triptan boleh didapati dalam bentuk penyembur hidung dan suntikan, selain daripada tablet. Kombinasi tablet tunggal sumatriptan dan naproxen sodium (Treximet) telah terbukti lebih berkesan dalam melegakan simptom migrain berbanding satu jenis ubat sahaja
  • Kombinasi ubat ergotamine dan kafein (Migergot, Cafergot) kurang berkesan daripada triptan. Ergot dilihat paling berkesan bagi individu yang mengalami kesakitan yang lebih daripada 72 jam. Ergotamine boleh menyebabkan mual dan muntah yang berkait dengan migrain anda bertambah teruk dan kesan sampingan lain, dan ia juga boleh menyebabkan sakit kepala akibat terlebih guna ubat. Dihydroergotamine (D.H.E. 45, Migranal) adalah derivatif ergot yang lebih berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang kurang daripada ergotamine. Ubat ini boleh didapati sebagai penyembur hidung dan dalam bentuk suntikan. Ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang kurang daripada ergotamine dan kurang cenderung untuk menyebabkan sakit kepala akibat guna ubat berlebihan
  • Ubat antimuntah. Oleh sebab migrain sering berlaku dengan mual, dengan atau tanpa muntah, ubat untuk muntah sesuai dan biasanya digabung dengan ubat lain. Ubat yang selalu dipreskripsi ialah chlorpromazine, metoclopramide (Reglan) atau prochlorperazine (Compro)
  • Glukokortikoid (dexamethasone). Glukokortikoid boleh digunakan bersama ubat yang lain bagi meningkatkan kelegaan sakit. Oleh sebab terdapat risiko ketoksikan steroid, glukokortikoid tidak boleh digunakan dengan kerap
  • Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani sakit kepala sinus?

    sakit kepala sinus

    Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sakit kepala sinus:

    • Elakkan pencetus sakit kepala. Jika terdapat makanan atau bau tertentu yang dilihat dapat mencetus sakit kepala anda sebelum ini, elak semua ini. Doktor akan menyarankan anda untuk mengurangkan pengambilan kafein serta alkohol dan elakkan tembakau. Umumnya, amalkan rutin harian dengan pola tidur dan makanan yang sekata. Selain itu, cuba untuk mengawal stress
    • Selalu bersenam. Selalu melakukan senaman aerobik boleh mengurangkan tekanan dan dapat bantu menghalang sakit kepala. Jika doktor anda bersetuju, pilih mana-mana senaman aerobik yang anda suka, termasuk berjalan, berenang, dan berbasikal. Walau bagaimanapun, panaskan badan perlahan-lahan kerana senaman secara tiba-tiba, kuat boleh menyebabkan sakit kepala. Obesiti juga dianggap boleh menjadi faktor kepada sakit kepala, dan kerap bersenam boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat atau hilang berat badan
    • Kurangkan kesan estrogen. Jika anda seorang wanita yang mengalami sakit kepala dan estrogen dilihat boleh mencetus atau menjadikan sakit kepala anda bertambah teruk, anda mungkin mahu mengelak atau mengurangkan ubat yang mengandungi estrogen. Ubat ini termasuk pil pencegah kehamilan dan terapi penganti hormon. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai alternatif atau dos yang sesuai untuk anda

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 26/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan