Sakit Belakang / Pinggang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu sakit pinggang?

Serangkaian otot dan ligamen di belakang anda memegang tulang-tulang belakang anda supaya berada dalam keadaan betul. Anda boleh mencederakan otot-otot ini dengan meregangkannya secara berlebihan, menyebabkan koyakan pada tisu otot. Otot kemudiannya melemah, oleh itu, ia mungkin tidak dapat memegang tulang-tulang belakang anda di tempat dengan betul. Tulang belakang menjadi kurang stabil dan akan menyebabkan sakit pinggang.

Terdapat dua jenis sakit ketegangan pinggang, iaitu:

  • Kecederaan otot berlaku apabila otot ditegangkan secara berlebihan atau terkoyak, menyebabkan kerosakan pada tisu otot (juga dikenali sebagai otot yang tertarik).
  • Terseliuh di bahagian lumbar berlaku apabila ligamen ditegangkan terlalu jauh atau koyak. Ligamen adalah sangat kuat, ia adalah tisu penyambung penghubungkan antara tulang.

Apakah kebarangkalian sakit pinggang?

Ketegangan pinggang adalah sangat biasa.  Ia boleh menyerang pesakit pada usia apa pun. Namun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi sakit pinggang?

Simptom-simptom yang biasa bagi sakit pinggang adalah:

  • Biasanya ia melarat ke punggung, tetapi tidak sampai menjejaskan kaki
  • Kekakuan sendi pinggang,menyebabkan anda merasa kadar pergerakan anda terhalang
  • Tidak mampu untuk mengekalkan postur badan yang normal disebabkan kekakuan sendi dan / atau kesakitan
  • Kekejangan otot sama ada dengan aktiviti, atau berehat
  • Sakit yang berterusan selama 10-14 hari

Mungkin terdapat juga beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas.  Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Oleh kerana sesetengah tanda atau simptom sakit pinggang adalah serupa dengan keadaan penyakit lain yang lebih serius, penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan oleh doktor. Sebarang rasa kebas dan kelemahan pada kaki anda, atau masalah usus dan pundi kencing, boleh menjadi tanda kerosakan saraf, dan itu menandakan anda memerlukan pemerhatian perubatan yang segera.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.  Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca-punca

Apakah yang mengakibatkan sakit pinggang?

Sakit pinggang disebabkan oleh:

  • Kegiatan fizikal yang melampau
  • Terjatuh
  • Membengkok atau merangkak berulang kali
  • Mengangkat objek berat dalam keadaan postur yang tidak betul

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko sakit pinggang?

Terdapat banyak faktor risiko untuk sakit pinggang, seperti:

  • Sakit pinggang adalah biasa berlaku apabila anda semakin tua, bermula pada umur 30 atau 40 tahun
  • Kurang senaman. Lemah akibat otot tidak digunakan mungkin membawa kepada sakit belakang
  • Berat lebihan. Membawa terlalu banyak beban memberikan tekanan tambahan pada belakang anda
  • Beberapa jenis sakit sendi dan kanser mungkin boleh menyumbang kepada sakit belakang
  • Mengangkat dengan cara tidak betul. Menggunakan tulang belakang bukan kaki boleh menyebabkan sakit belakang
  • Keadaan psikologi. Orang yang terdedah kepada kemurungan dan kecemasan mempunyai risiko sakit belakang yang lebih besar

Ini menyebabkan kekurangan nutrien yang mencukupi sampai ke cakera di belakang anda.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.  SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sakit pinggang didiagnosis?

Ujian diagnostik biasanya tidak perlu, kecuali jika sakit berterusan selama lebih dari dua minggu dan tidak bertambah baik seperti yang diharapkan.  Adalah penting untuk memastikan kesakitan bukan disebabkan oleh sebab-sebab lain yang terselindung seperti kecederaan cakera tulang belakang yang tidak dapat dikesan. Sekiranya gejala berterusan, ujian berikut akan dijalankan oleh doktor anda.

  • X-ray: Penggunaan radiasi untuk menghasilkan filem atau gambar bahagian badan dapat menunjukkan struktur vertebra dan garis besar sendi.  X-ray tulang belakang diperolehi untuk mencari sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan kesakitan, iaitu tumor, jangkitan, patah tulang, dan sebagainya
  • Pengimejan Resonans magnetik (MRI): Ujian diagnostik yang menghasilkan imej tiga dimensi struktur badan menggunakan magnet yang kuat dan teknologi komputer; boleh menunjukkan saraf tunjang, akar saraf, dan kawasan sekitarnya, seperti pembesaran, pengecutan, dan tumor

Bagaimanakah sakit pinggang dirawat?

Rehat dengan berbaring adalah disyorkan untuk satu jangka masa yang singkat, biasanya dari satu hingga tiga hari. Rehat sepatutnya seminimum mungkin, kerana rehat yang berpanjangan boleh mengakibatkan kehilangan kekuatan otot, dan boleh meningkatkan kekakuan otot, menambah kesakitan dan ketidakselesaan. Terseliuh dan ketegangan lazimnya dirawat dengan ubat anti-radang yang bukan steroid, jika sekiranya hanya sakit ringan dan sederhana.

Doktor anda akan mengesyorkan terapi fizikal. Ahli terapi akan melakukan penilaian mendalam; yang digabungkan dengan diagnosis doktor, bagi menentukan rawatan yang khusus untuk pesakit yang mengalami sakit belakang belakang (pinggang). Terapi mungkin termasuk traksi halo-pelvik (pelvis traction), urutan lembut, tuam ais dan tuam haba, ultrasound, rangsangan elektrik pada otot, dan senaman regangan.  Ubat-ubatan penahan sakit dan relaksan otot juga boleh memberi manfaat bersama dengan terapi fizikal.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas sakit belakang / pinggang?

Gaya hidup dan kaedah perubatan sampingan mungkin membantu anda menghadapi sakit pinggang:

  • Tuamkan ais di belakang anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak sebaik sahaja anda otot anda tercedera. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam selama 2-3 hari.  Anda juga boleh menuamkan ais ke belakang anda selepas aktiviti fizikal
  • Tuamkan haba ke belakang anda – tetapi hanya selepas 2-3 hari menuamkan ais terlebih dahulu. Gunakan haba di belakang anda hanya selepas bengkak telah surut. Anda boleh menggunakan pad pemanas elektrik atau botol air panas. Atau anda hanya boleh merendam diri anda di dalam tab mandian panas
  • Ambil ubat penahan sakit atau ubat lain, jika disyorkan oleh doktor anda. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), seperti Advil, Aleve, atau Motrin, akan membantu melegakan sakit belakang dan bengkak dengan lebih rendah. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan.  Ia harus digunakan hanya sekali-sekala, melainkan jika doktor anda secara khusus menyatakan sebaliknya. Rawatan ubat penahan sakit dan relaksan otot adakalanya diperlukan
  • Gunakan alat sokongan. Bertanyalah doktor atau ahli terapi anda terlebih dahulu, pertimbangkanlah untuk mendapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung untuk menambahkan sokongan ke atas belakang anda.  Gunakan hanya jangka pendek atau sokongan dengan mengangkat berat atau berulang
  • Dapatkan terapi fizikal untuk membina semula kekuatan otot sekiranya doktor anda mencadangkannya. Jangan terbaring di atas katil atau sofa sepanjang hari. Itu akan menjadikannya lebih teruk
  • Kekalkan ton otot yang baik pada abdomen anda dan pinggang anda

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda mengelakkan sakit pinggang:

Jika anda merasa sakit belakang belakang semasa aktiviti fizikal, berhentilah beraktiviti dengan segera.

Jika anda merasa sakit pinggang dalam lingkungan masa satu hari dari masa senaman anda, berehatlah (lakukanlah aktiviti ringan) selama beberapa hari.

Pastikan belakang anda dalam bentuk postur yang betul. Sentiasalah bersenam dan regangkan otot belakang.

Elakkan tidur meniarap. Tidurlah berbaring atau mengiring, dan letaklah bantal di antara kaki anda.

Apabila mengangkat sesuatu yang berat, bengkokkan lutut anda, bukan di pinggang.

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan. Duduk dengan postur yang betul.

Duduk lurus di kerusi, dengan tulang belakang ada selari dengan belakang kerusi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik dan mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan perundingan perubatan, diagnosis atau rawatan

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut