backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sakit Bahu

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu sakit bahu?

Bahu mempunyai julat pergerakan yang luas dan serba guna. Apabila terdapat sesuatu yang tidak kena dengan bahu anda, ia akan mengganggu kebolehan anda untuk bergerak dengan bebas dan boleh menyebabkan kesakitan dan ketakselesaan yang teruk.

Sakit bahu boleh berpunca daripada sendi bahu itu sendiri atau daripada mana-mana otot, ligamen atau tulang rawan di sekeliling bahu. Sakit bahu yang berpunca daripada sendi biasanya akan bertambah teruk apabila melakukan aktiviti atau pergerakan dengan lengan atau bahu anda.

Pelbagai penyakit dan keadaan yang mengganggu struktur di dalam dada atau abdomen anda seperti penyakit jantung atau penyakit pundi hempedu, juga boleh menyebabkan sakit bahu. Sakit bahu yang berpunca daripada struktur lain dipanggil sakit terujuk. Sakit bahu terujuk biasanya tidak bertambah sakit apabila anda menggerakkan bahu anda.

Apakah kebarangkalian sakit bahu?

Sakit bahu adalah biasa. Ia boleh terjadi kepada mana-mana pesakit tanpa mengira umur. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom sakit bahu?

Simptom-simptom biasa bagi sakit bahu ialah sakit dan rasa tidak selesa dengan pergerakan bahu.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca sakit bahu?

Bahu adalah sendi bola dan soket dengan julat pergerakan yang luas. Sendi yang boleh bergerak seperti ini lebih cenderung untuk cedera. Sakit bahu boleh melibatkan satu atau lebih daripada punca-punca berikut:

  • Tegang akibat terlalu banyak tenaga yang digunakan
  • Tendonitis akibat penggunaan yang terlalu banyak
  • Sendi bahu tidak stabil
  • Dislokasi
  • Tulang kolar atau lengan atas patah
  • Bahu beku
  • Saraf terjepit (juga dipanggil radikulopati)

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada sakit bahu?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk sakit bahu, seperti:

  • Melakukan kerja buruh
  • Bermain sukan
  • Pergerakan yang berulang-ulang
  • Penyakit tertentu, termasuk penyakit spina servikal tengkuk, begitu juga penyakit hati, jantung atau pundi hempedu
  • Berusia lebih daripada 60 tahun

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit sakit bahu didiagnosis?

Bagi kes kecederaan akut yang menyebabkan sakit yang teruk, segera dapatkan rawatan perubatan. Jika sakit tersebut kurang teruk, mungkin selamat untuk anda berehat selama beberapa hari bagi melihat sama ada sakit tersebut boleh hilang dengan sendiri. Jika simptom masih berlarutan, sila berjumpa doktor.

Doktor anda akan melakukan penilaian dengan teliti bagi menentukan punca sakit bahu anda dan menyediakan pilihan rawatan kepada anda.

Sejarah Perubatan

Langkah pertama dalam penilaian ini adalah sejarah perubatan yang teliti. Doktor anda akan bertanya mengenai bagaimana dan bila sakit tersebut bermula, sama ada ia pernah berlaku sebelum ini dan bagaimana ia telah dirawat, dan soalan-soalan lain bagi menentukan keadaan kesihatan umum anda dan punca yang mungkin boleh menyebabkan masalah bahu anda. Oleh sebab kebanyakan keadaan bahu berlaku akibat aktiviti tertentu, dan lega akibat aktiviti tertentu juga, sejarah perubatan boleh jadi alat penting dalam mencari punca kesakitan anda.

Pemeriksaan Fizikal

Pemeriksaan menyeluruh akan diperlukan bagi mencari punca-punca sakit bahu anda. Doktor anda akan melihat kepada abnormaliti fizikal, bengkak, kecacatan atau kelemahan otot, dan memeriksa kawasan yang sakit. Doktor juga akan memerhati julat pergerakan dan kekuatan bahu anda.

Ujian-ujian

Doktor anda akan memesan ujian-ujian khusus bagi bantu mengenal pasti punca kesakitan dan sebarang masalah yang lain.

  • X-ray. Gambar-gambar ini akan menunjukkan mana-mana kecederaan kepada tulang yang membentuk sendi bahu anda
  • Pengimejan resonan magnetik (MRI) dan ultrasound. Kajian gambar ini menghasilkan gambar tisu lembut yang lebih jelas. Ini dapat membantu doktor anda mengenal pasti kecederaan pada ligamen dan tulang rawan yang mengelilingi sendi bahu anda
  • Pengimbas tomografi berkomputer (CT). Alat ini menggabungkan x-ray dengan teknologi komputer bagi menghasilkan gambaran tulang pada kawasan bahu yang sangat jelas
  • Kajian elektrikal. Doktor anda akan memesan ujian, seperti EMG (elektromiogram), bagi menilai fungsi saraf
  • Semasa kajian x-ray ini, pewarna akan disuntik ke dalam bahu bagi melihat sendi dan otot serta tulang rawan di sekeliling sendi bahu dengan lebih baik

Bagi prosedur pembedahan ini, doktor anda akan melihat ke dalam sendi dengan kamera berserat optik. Atroskopi boleh menunjukkan kecederaan tisu lembut yang tidak kelihatan melalui pemeriksaan fizikal, x-ray, dan ujian-ujian lain. Tambahan pula, bagi bantu mencari punca kesakitan, artroskopi boleh digunakan untuk membetulkan masalah ini.

Bagaimana pesakit sakit bahu dirawat?

Perubahan aktiviti

Rawatan umumnya melibatkan rehat, ubahsuai aktiviti anda, dan terapi fizikal bagi bantu anda meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti bahu anda. Penyelesaian yang mudah seperti mengelakkan aktiviti yang terlalu bertenaga atau keterlaluan yang mana biasanya tidak dilakukan oleh anda boleh membantu bagi mengelakkan sakit bahu.

Ubat-ubatan

Doktor anda mungkin akan mempreskripsi ubat bagi mengurangkan inflamasi dan kesakitan. Jika ubat yang dipreskripsi adalah untuk melegakan kesakitan, ambil ubat tersebut hanya seperti yang diarahkan sahaja. Doktor anda juga akan menyarankan suntikan ubat kebas atau steroid bagi melegakan kesakitan.

Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan bagi menyelesaikan beberapa masalah bahu; walau bagaimanapun, 90 peratus pesakit dengan sakit bahu akan bertindak balas dengan kaedah rawatan yang ringkas seperti mengubahsuai aktiviti, berehat, bersenam, dan ubat-ubatan.

Beberapa jenis masalah bahu, seperti dislokasi dan beberapa koyakan kaf rotator yang berulang kali, mungkin tidak mendapat manfaat daripada senaman. Bagi kes sebegini, pembedahan akan disarankan dengan lebih awal.

Pembedahan boleh melibatkan artroskopi bagi membuang tisu parut dan membaiki tisu yang koyak, atau secara tradisional, prosedur bukaan bagi pembentukan semula atau gantian semula bahu yang lebih besar.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani sakit bahu ?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sakit bahu:

  • Berehat
  • Elakkan aktiviti yang beri tekanan yang berlebihan terhadap bahu
  • Elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan