Apa itu Rubella?

Oleh

Definisi

Apa itu Rubella?

Rubella, ataupun dikenali sebagai demam campak Jerman atau demam campak tiga hari, adalah sejenis penyakit jangkitan virus dan ia boleh dikesan melalui ruam merah yang spesifik (bintik-bintik atau jerawat). Rubella pernah menjadi penyakit yang sangat biasa pada kanak-kanak sebelum kerajaan dan Kementerian Kesihatan menegaskan supaya semua kanak-kanak harus divaksinkan bagi menentang demam campak (measles), beguk (mumps) serta rubella (MMR).

Rubella adalah berbeza dengan campak (rubeola), meskipun keduanya menghasilkan ruam merah. Rubella adalah disebabkan oleh virus, yang mana berbeza dengan campak, dan tidak mencapai tahap jangkitan dan keseriusan seperti demam campak.

Apakah kebarangkalian Rubella?

Setiap orang mempunyai risiko terhadap rubella. Pada kanak-kanak dan orang dewasa, rubella boleh sembuh dalam masa yang singkat, tidak serius dan jarang membawa komplikasi. Ancaman sebenar rubella adalah pada perempuan mengandung. Jika ibu mengandung dijangkiti virus tersebut, lebih-lebih lagi pada 4 bulan pertama kehamilan, bayi yang lahir mempunyai risiko kecacatan ataupun lahir mati.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Rubella?

Kanak-kanak mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom apabila dijangkiti rubella. Kebiasaannya, penyakit ini mengambil 2-3 minggu selepas pendedahan bagi menzahirkan simptom.

Jika ia berlaku, simptom-simptom mungkin melibatkan:

  • Ruam kulit dari kepala merebak ke badan, bertahan selama 2 ke 3 hari;
  • Sakit kepala, demam ringan;
  • Hidung berair atau tersumbat;
  • Nodus limfa yang bengkak di leher mahupun di belakang telinga.

Bagi orang dewasa dan remaja, terdapat simptom tambahan seperti:

  • Hilang selera;
  • Konjunktivitis (kerana jangkitan dan keradangan pada bola dan kelopak mata);
  • Bengkak dan sakit sendi pada wanita muda.

Simptom-simptom ini biasanya hilang dalam masa beberapa hari namun terdapat juga kes-kes yang lebih lama.

Barangkali terdapat juga beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu rujuk doktor atau bawa anak kecil anda ke hospital apabila terdapat ruam atau simptom-simptom yang disenaraikan di atas kelihatan.

Ketika mengandung, anda akan mengambil ujian Rubella dan vaksin dari doktor bersalin anda sekiranya perlu. Bagaimanapun jika anda hamil atau anda rasa anda hamil dan mengesan simptom Rubella pada masa yang sama, anda harus dimasukkan ke dalam hospital segera bagi pengawasan perubatan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila rujuk doktor anda. Tindak balas badan setiap orang berbeza-beza. Perbincangan dengan doktor anda berkenaan apa tindakan yang paling sesuai untuk keadaan anda adalah jalan terbaik.

Punca

Apakah Punca Rubella?

Virus Rubella adalah penyebab kepada penyakit rubella. Virus ini tersebar dari seorang kepada yang lain melalui sentuhan dengan cecair rembesan dari hidung dan tekak oleh orang yang dijangkiti. Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan merebak kepada orang lain. Seseorang berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain seminggu sebelum ruam muncul sehinggalah seminggu selepas ruam surut. Virus daripada wanita yang hamil pula boleh merebak kepada bayi di dalam kandungan melalui saluran darah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Rubella?

Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit ini seperti:

  • Pernah dijangkiti sebelum ini;
  • Tidak pernah mengambil vaksin MMR;
  • Melawati tempat atau negara luar yang merupakan kawasan epidemik bagi rubella.

Apabila tiada faktor risiko, tidak bermakna anda tidak boleh dijangkiti penyakit ini. Tanda-tanda yang disebut hanya sebagai rujukan sahaja. Anda harus rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Rubella didiagnosis?

Rubella agak sukar untuk didiagnos dan simptom-simptomnya pula tidak terlalu jelas. Doktor anda mungkin membuat diagnosis daripada riwayat klinikal dan pemeriksaan terhadap simptom anda atau anak anda. Jika anda sedang hamil dengan simptom-simptom rubella ataupun pernah terdedah dengan pesakit rubella, doktor mungkin akan mengambil sampel cecair dari tekak, sampel darah, mahupun sampel air kencing untuk diuji.

Bagaimana pesakit Rubella dirawat?

Kini, proses bagi penyakit autoimun dan rubella tidak lagi dipendekkan. Sekali anda menghidap jangkitan rubella, badan anda akan membentuk ketahanan yang kekal terhadap jangkitan penyakit ini secara automatik. Jika anak anda berasa tidak selesa, anda boleh menggunakan ubatan antipiretik dan analgesik seperti paracetamol dengan dos yang sesuai untuk anak anda. Anda juga boleh meminta krim sapuan kulit dengan ahli farmasi di kaunter ubat jika berasa gatal.

Jika anda hamil, doktor anda mungkin menetapkan ubat kepada anda dalam bentuk antigen Rubella (globulin hiperimun) bagi membantu ketahanan virus anda, namun risiko kecacatan pada bayi yang lahir masih ada.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Rubella?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan tersebut berpotensi membantu anda mengatasi penyakit rubella:

  • Gunakan ubat yang ditetapkan oleh doktor.
  • Elakkan menggaru kerana ia boleh meninggalkan parut. Anda boleh menggunakan krim melegakan kegatalan yang dijual di farmasi-farmasi.
  • Anda atau anak anda yang menghidap penyakit ini seharusnya menjauhi sentuhan dengan orang lain, lebih-lebih lagi jika berhampiran dengan wanita lain yang hamil sehinggalah anda telah sembuh.
  • Ambil aspirin rubella bagi kanak-kanak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Rujukan