backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ruam Masalah Kulit Paling Umum? 7 Jenis Yang Biasa Berlaku Kepada Individu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 29/05/2023

Ruam Masalah Kulit Paling Umum? 7 Jenis Yang Biasa Berlaku Kepada Individu!

Ramai yang mungkin sudah tahu apa itu ruam kulit namun belum faham akan punca, simptom, kesan dan rawatannya. Jadi, jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu ruam kulit?

Apa itu ruam kulit adalah kelainan pada tekstur dan warna kulit yang dikenal pasti dengan keradangan kulit kerana pelbagai sebab.

Terdapat banyak jenis ruam, termasuk:

  • Ekzema
  • Cacar air
  • Herpes
  • Ruam haba
  • Ruam lampin
  • Penyakit Lyme
  • Bintat urtikaria

Apa risiko Ruam Kulit?

Masalah kulit ini adalah perkara biasa dengan wanita lebih mudah terdedah kepada keadaan kulit ini berbanding lelaki.

Dalam pada itu, ia juga boleh menjejaskan pesakit dari mana-mana lapisan umur.

Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

apa itu ruam kulit

Simptom

Apa simptom ruam kulit?

Simptom-simptom lazim bagi ruam kulit adalah:

  • Kegatalan
  • Kulit kemerah-merahan
  • Kulit yang tebal dan keras disebabkan oleh menggaru kawasan kulit yang kering, bersisik atau berselaput keras
  • Lepuh cecair yang boleh pecah
  • Jangkitan kawasan kerosakan kulit

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika terdapat yang berikut:

  • Jika ruam menjadi lebih teruk
  • Sekiranya anda mengalami simptom tambahan contohnya: lepuh berdarah, bengkak, kulit mengelupas, demam, sakit badan, sakit sendi dll.
  • Jika ruam itu menyakitkan
  • Sekiranya terdapat lecur yang penuh dengan cecair berhampiran ruam
  • Jika ruam menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian atau tidur

Punca

Apa punca Ruam Kulit?

  • Alahan
  • Jangkitan bakteria atau kulat
  • Gigitan serangga
  • Reaksi terhadap tumbuhan, Contoh: pokok ivy beracun
  • Tekanan
  • Reaksi terhadap toksin persekitaran
  • Haba
  • Penyakit, seperti cacar air atau kayap
  • Kesan sampingan ubatan

Faktor Risiko

Apa faktor risiko masalah kulit ini?

Apa-apa sejarah terhadap alahan atau asma boleh meningkatkan risiko ruam.

Menghabiskan masa di luar juga dapat meningkatkan peluang mendapatkan ruam dari tumbuhan dan serangga beracun.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

apa itu ruam kulit

Bagaimana pesakit masalah kulit ini didiagnosis?

Ruam kulit mudah untuk dikenal pasti dengan mendiagnosis lapisan luar kulit.

Ahli dermatologi akan menentukan jenis ruam berdasarkan konfigurasi, ketumpatan, warna, saiz, kelembutan, dan taburan ruam pada badan.

Bagaimana pesakit masalah kulit ini dirawat?

Kebanyakan ruam bukanlah penyakit yang dikira serius dan akan sembuh secara sendiri.

Cara merawat ruam kulit yang paling penting adalah Fokus pada merawat simptom bagi ruam normal.

Ubat-ubatan profesional diperlukan untuk menyembuhkan apa itu ruam kulit yang menjadi lebih teruk atau cepat merebak.

Pesakit juga boleh memohon pengambilan ubatan belian kaunter seperti acetaminophen dan ibuprofen.

Dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil ubat ini dan patuhi preskripsi.

Melanjutkan sendiri dos atau tempoh pengambilan boleh menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik.

Ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang mempunyai sejarah penyakit perut dan hati.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani ruam kulit?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah kesihatan ini:

  • Menghindari sentuhan dengan mana-mana pencetus alergi
  • Menyejukkan bahagian yang ruam
  • Merendam ruam dalam mil oat koloid dengan air suam
  • Menambah krim anti-gatal seperti hidrokortison atau losyen kalamin (calamine)
  • Memakai pakaian yang selesa

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa itu ruam kulit, sila berunding dengan doktor pakar dermatologi bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 29/05/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan