Rotator Cuff Tendonitis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu rotator cuff tendonitis?

Rotator cuff tendonitis ialah keadaan yang menjejaskan tendon dan otot yang membantu menggerakkan sendi bahu. Jika anda mempunyai radang tendon, ini bermakna bahawa tendon anda meradang. Rotator cuff tendonitis juga dipanggil sindrom pelanggaran.

Keadaan ini biasanya berlaku dari masa ke masa. Ia boleh menjadi kerana membiarkan bahu dalam satu kedudukan statik untuk seketika, tidur beralaskan bahu setiap malam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan regangan lengan di atas kepala.

Apakah kebarangkalian rotator cuff tendonitis?

Rotator cuff tendonitis biasanya berlaku pada individu yang bersukan dengan kerap memerlukan regangan lengan di atas kepala. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom rotator cuff tendonitis?

Simptom biasa keadaan ini ialah:

  • Sakit dan bengkak di bahagian depan bahu dan sebelah luar lengan
  • Sakit bertambah dengan menaikkan atau menurunkan lengan
  • Ada bunyi klik apabila menaikkan lengan
  • Kekakuan
  • Sakit yang menyebabkan anda bangun dari tidur
  • Sakit sampai ke belakang
  • Kehilangan mobiliti dan kekuatan di lengan yang terjejas

Tanda-tanda dan simptom rotator cuff tendonitis menjadi lebih buruk dari masa ke masa. Simptom awal mungkin akan pulih dengan rehat yang cukup, tetapi simptom-simptom tersebut kemudian boleh menjadi malar. Simptom yang melepasi daripada siku biasanya menunjukkan masalah lain.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan rotator cuff tendonitis?

Keadaan ini biasanya berlaku dari masa ke masa. Ia boleh menjadi akibat daripada mengekalkan bahu dalam satu kedudukan statik untuk jangka masa yang lama seperti tidur atas bahu setiap malam, atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan regangan lengan melepasi kepala.

Atlet bermain sukan yang memerlukan regangan lengan melepasi kepala biasanya mungkin menyebabkan rotator cuff tendonitis. Oleh itu, keadaan ini juga boleh dirujuk sebagai:

  • Bahu perenang
  • Bahu Pitcher
  • Bahu pemain tenis

Kadang-kadang, rotator cuff tendonitis boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui. Kebanyakan orang yang mengalami rotator cuff tendonitis dapat mengembalikan fungsi bahu tanpa sebarang kesakitan.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko rotator cuff tendonitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk keadaan ini, seperti:

Umur

Apabila anda semakin tua, risiko rotator cuff tendonitis meningkat. Koyak rotator cuff adalah yang paling biasa berlaku kepada individu yang berusia lebih dari 40 tahun.

Sukan tertentu

Atlet yang kerap menggunakan gerakan lengan berulang, seperti pitcher besbol, pemanah dan pemain tenis, mempunyai risiko yang lebih besar untuk mempunyai rotator cuff tendonitis.

Kerja pembinaan

Pekerjaan seperti pertukangan atau mengecat rumah memerlukan gerakan lengan yang kerap, selalunya melepasi kepala, yang boleh kerosakan rotator cuff dari masa ke masa.

Sejarah keluarga

Mungkin terdapat komponen genetik yang terlibat dengan rotator cuff tendonitis kerana ia kelihatan lebih kerap terjadi pada keluarga tertentu.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah rotator cuff tendonitis didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda. Anda akan diperiksa untuk melihat di mana anda merasa sakit . Doktor juga akan menguji pelbagai gerakan anda dengan meminta anda menggerakkan lengan anda ke arah tertentu.

Doktor anda juga boleh menguji kekuatan sendi bahu anda dengan meminta anda untuk menekan tangannya. Mereka juga boleh memeriksa leher anda untuk memeriksa keadaan saraf atau radang sendi yang boleh menyebabkan simptom yang serupa dengan rotator cuff tendonitis.

X-ray boleh diminta untuk melihat jika anda mempunyai masalah pada tulang. Doktor anda boleh meminta pemeriksaan ultrasound atau MRI untuk memeriksa keradangan rotator cuff dan untuk memeriksa apa-apa yang terkoyak.

Bagaimanakah dirawat rotator cuff tendonitis?

Kebanyakan individu dengan rotator cuff tendonitis boleh mendapatkan fungsi penuh bahu tanpa sebarang kesakitan selepas rawatan.

Tujuan rawatan awal rotator cuff tendonitis adalah untuk menguruskan kesakitan dan bengkak untuk kembali pulih. Ini boleh dilakukan dengan:

  • Mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan
  • Meletakkan pek sejuk ke bahu anda tiga hingga empat kali sehari
  • Mengambil ubat anti-radang bukan jenis steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen dan naproxen

Rawatan tambahan mungkin termasuklah:

Terapi fizikal

Doktor anda juga boleh merujuk anda kepada pakar fisioterapi. Terapi fizikal pada mulanya terdiri daripada regangan dan latihan pasif lain untuk membantu memulihkan pelbagai gerakan dan meringankan kesakitan. Setelah kesakitan berada di bawah kawalan, pakar fisioterapi akan mengajar anda senaman untuk membantu mendapatkan kembali kekuatan di lengan dan bahu anda.

Steroid

Jika rotator cuff tendonitis anda tidak dirawat dengan rawatan yang lebih konservatif, doktor anda boleh mengesyorkan suntikan steroid. Ini disuntik ke dalam tendon untuk mengurangkan keradangan, yang boleh mengurangkan kesakitan.

Pembedahan

Sekiranya rawatan selain dari pembedahan tidak berjaya, doktor anda boleh mengesyorkan untuk menjalani  pembedahan. Kebanyakan individu pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan rotator cuff.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas rotator cuff tendonitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi:

  • Duduk dengan postur yang baik
  • Mengelakkan mengangkat tangan anda berulang kali melepasi kepala
  • Berehat selepas aktiviti yang berulang
  • Mengelakkan tidur di sebelah yang sama setiap malam
  • Mengelak membawa beg pada sebelah bahu sahaja
  • Bawa barang dekat dengan badan anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: September 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 5, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut