Roseola

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu roseola?

Roseola (roseola infantum) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia biasanya tidak berbahaya dan hilang dengan rehat yang cukup dan ubat-ubatan. Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, ia boleh mengakibatkan demam panas, yang membawa kepada komplikasi.

Apakah kebarangkalian roseola?

Roseola adalah sangat biasa berlaku. Ia biasanya menjejaskan kanak-kanak dari umur enam bulan hingga dua tahun. Ia jarang berlaku selepas berumur empat tahun. Kebanyakan kanak-kanak dijangkiti roseola pada usia memasuki tadika. Kadang-kadang, ia juga boleh menjejaskan orang dewasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom roseola?

Simptom roseola muncul selepas seminggu atau dua selepas dijangkiti. Kadang-kadang mungkin tiada simptom atau mempunyai simptom yang sangat ringan. Simptom Roseola termasuklah:

  • Demam. Simptom yang paling umum roseola adalah demam panas yang berlaku secara tiba-tiba. Demam selalunya lebih tinggi daripada 39.4० Sesetengah kanak-kanak, simptom lain seperti sakit tekak, hidung berair atau batuk boleh berlaku bersama demam. Anda juga dapat melihat kelenjar di leher mereka bengkak. Demam selama tiga hingga lima hari
  • Ruam. Dalam kebanyakan kes, ruam boleh muncul setelah demam kebah. Kulit anak anda mungkin ada bintik merah atau tompok kecil. Kawasan ini sama ada rata atau timbul. Terdapat cecincin putih di beberapa tempat di sekelilingnya. Ruam biasanya merebak dari dada, belakang dan perut ke leher dan lengan. Ia mungkin boleh merebak ke kaki dan muka. Ia mungkin hilang selepas beberapa jam hingga beberapa hari dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan kepada anak anda

Tanda-tanda dan simptom-simptom roseola lain termasuklah:

  • Ketidakselesaan pada bayi dan kanak-kanak
  • Cirit-birit yang ringan
  • Kurangkan selera makan
  • Kelopak mata bengkak

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anak atau anda mempunyai mana-mana yang berikut:

  • Anak anda demam yang lebih tinggi daripada 39.4oC
  • Anak anda mempunyai roseola dan demam lebih dari tujuh hari
  • Ruam tidak bertambah baik selepas tiga hari
  • Sekiranya sistem imun anda terjejas dan anda bertemu dengan individu yang menghidap roseola

Yang terbaik ialah berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan roseola?

Roseola adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh human herpes virus 6, atau dalam sesetengah kes, oleh human herpes virus 7. Virus itu tersebar dari individu ke individu melalui hubungan fizikal dengan individu yang sakit atau barang peribadi mereka yang dijangkiti virus. Sebagai contoh, seorang anak yang sihat yang berkongsi cawan dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai roseola boleh berpindah virus itu. Biasanya ia tidak tersebar luas kepada masyarakat.

Orang dewasa yang tidak pernah mengidap roseola ketika kanak-kanak boleh dijangkiti di kemudian hari, walaupun penyakit ini cenderung menjadi ringan pada orang dewasa yang sihat. Walaupun anda tidak mengalami sebarang ruam atau demam ringan, masih terdapat risiko virus tersebar kepada anak dan ahli keluarga lain dari pernafasan atau air liur.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko roseola?

Kanak-kanak di zaman tadika paling terdedah kepada roseola kerana sistem imun mereka belum kuat sepenuhnya. Selain itu, berada di dalam persekitaran bilik darjah dapat meningkatkan risiko menyebarkan virus dari individu ke individu yang lain. Umur yang paling biasa untuk kanak-kanak untuk dijangkiti roseola adalah antara enam dan 15 bulan.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah roseola didiagnosis?

Roseola didiagnosis melalui sejarah perubatan dan peperiksaan fizikal. Doktor kenalpasti ia roseola jika anak anda mengalami demam dan ruam yang jelas atau, dalam beberapa kes, dengan ujian darah untuk memeriksa antibodi roseola.

Bagaimanakah roseola dirawat?

Ubat digunakan untuk mengawal demam tinggi. Beberapa ubat-ubatan biasa adalah acetaminophen (seperti Tylenol) dan ibuprofen (seperti Advil atau Motrin). Anda juga perlu memberi anak mandi mandi span untuk mengurangkan suhu. Jika anda memberi ubat kepada bayi anda, ikut nasihat doktor anda tentang jumlah yang diberikan. Jangan memberi aspirin kepada sesiapa yang berusia lebih muda dari 20 tahun kerana risiko sindrom Reye.

Sekiranya simptom ringan, ruam roseola akan hilang tanpa rawatan perubatan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas roseola?

Sekiranya anak anda mempunyai roseola, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah memberi mereka rehat di rumah. Ini juga akan mengelakkan peluang menyebarkan virus kepada anak-anak lain.

Sekiranya anda menghidapi virus atau menjaga anak anda yang sakit, ingatlah untuk mencuci tangan anda dengan kerap untuk mencegah penyebaran virus itu kepada individu lain.

Galakkan anak anda meminum cecair, seperti air, soda lemon-limau, sup, atau larutan rehidrasi elektrolit atau minuman sukan untuk mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: September 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut