backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Roman bulan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Roman bulan?

Jika wajah anda sembab secara perlahan-lahan menjadi bentuk bulat, anda mungkin mempunyai roman bulan. Juga dikenali sebagai wajah bulan. Walaupun perkara ini tidak serius, namun ia boleh membuat anda hilang keyakinan terhadap penampilan anda.

Roman bulan berlaku apabila lebihan lemak terkumpul pada kedua-dua belah wajah. Hal ini sering dikaitan dengan obesiti tetapi boleh juga disebabkan oleh Sindrom Cushing. Oleh sebab itu, kadang kala ia digelar sebagai penampilan Cushingoid. Sindrom Cushing berlaku apabila badan anda terdedah pada paras tinggi hormon yang dipanggil kortisol untuk tempoh yang lama.

Apakah kebarangkalian Roman bulan?

Roman bulan boleh terjadi pada semua peringkat umur. Ini dapat dielakkan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Roman bulan?

Simptom biasa bagi roman bulan ialah wajah perlahan-lahan menjadi bulat, penuh, dan gebu. Kedua-dua belah wajah anda mungkin menjadi sangat bulat disebabkan oleh lemak yang terkumpul membuatkan telinga terlindung jika dilihat dari arah depan wajah anda. Lemak yang terkumpul pada kedua-dua belah tengkorak juga membuatkan wajah menjadi lebih bulat.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas atau ada sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Roman bulan?

  • Tidak balas alahan. (Rinitis alahan, demam alergi, atau sengatan tebuan);
  • Angioedema;
  • Reaksi transfusi darah;
  • Selulitis;
  • Konjunktivitis (radang mata)
  • Tidak balas ubat, termasuk disebabkan oleh aspirin, penisilin, sulfa, glukokortikoid dan lain-lain;
  • Pembedahan kepala, hidung dan rahang.
  • Kecederaan atau trauma pada wajah (contohnya kebakaran);
  • Malnutrisi (apabila sangat teruk);
  • Obesiti;
  • Gangguan kelenjar liur ;
  • Sinusitis;
  • Ketumbit berserta bengkak sekeliling mata yang dijangkiti;
  • Abses pada gigi;
  • Hiperadrenokortikakisma/hiperkortisolisma: mengeluarkan banyak hormon terutamanya kortisol;
  • Sindrom cushing;
  • Penggunaan jangka lama steroid seperti prednisone.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Roman bulan?

Terdapat banyak simptom untuk roman bulan termasuklah:

  • Sakit secara tiba-tiba atau wajah membengkak dengan teruk;
  • Bengkak pada wajah mengambil masa lama untuk surut, lebih-lebih lagi jika semakin lama menjadi semakin teruk.
  • Sukar bernafas:
  • Demam, sakit, atau kemerahan, iaitu petanda jangkitan.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Roman bulan didiagnosis?

    Doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan dan peribadi anda, dan juga kecederaan terkini. Ini dapat membantu dalam menentukan rawatan atau jika memerlukan sebarang ujian perubatan. Doktor anda akan cuba mencari punca roman bulan untuk mengetahui rawatannya.

    • Bagi mengesahkan roman bulan adalah disebabkan oleh paras kortisol yang abnormal, doktor anda akan melakukan ujian darah dan air kencing. Untuk mencari punca paras kortisol tinggi, MRI atau CT diperlukan.
    • Sindrom Cushing: sukar untuk mendiagnosis sindrom Cushing. Hal ini kerana terdapat tanda dan simptom seperti wajah bengkak yang boleh juga disebabkan oleh keadaan lain. Walau bagaimanapun, keadaan ini lebih cenderung kepada Sindrom Cushing jika roman bulan menjadi bertambah teruk bersama simptom klasik yang lain. Contohnya, lemak juga terkumpul pada bahagian belakang tengkuk, abdomen atau badan, tetapi kaki dan tangan kekal kurus. Jenis obesiti pusat ini merupakan ciri-ciri biasa bagi sindrom cushing. Namun begitu, jika anda seorang yang sentiasa diet atau bersenam, anda mungkin menyedari kenaikan sedikit atau tidak berat badan atau berwajah sedikit bulat.
    • Sejarah ubat: doktor anda juga akan bertanya mengenai sejarah ubat  anda terutamanya jika anda menggunakan steroid untuk jangka masa panjang. Penggunaan jangka panjang steroid seperti prednisone boleh mengakibatkan banyak tanda dan simptom seperti Sindrom Cushing. Walaupun jutaan rakyat Amerika mengambil ubat ini, kebanyakannya mengalami roman bulan tanpa diketahui sebabnya. Bahkan, kenaikan berat badan berserta lemak terkumpul seperti roman muka merupakan salah satu kesan sampingan biasa bagi penggunaan steroid. Anda berisiko untuk mengalaminya, bergantung kepada dos ubat dan berapa lama anda telah mengambilnya. Penggunaan steroid meningkatkan selera makan dan pengambilan makanan mungkin menjadi sebab kenaikan berat badan. Namun begitu, simptom biasanya berlaku sebagai kesan daripada penggunaan steroid secara oral untuk jangka masa yang panjang. Steroid yang diambil melalui suntikan dan hiduan boleh juga menyebabkan tanda dan Simptom Cushing tetapi jarang berlaku.

    Bagaimana pesakit Roman bulan dirawat?

    Doktor anda akan merawat punca-punca yang menyebabkan Roman Bulan, seperti:

    • Rawatan untuk Sindrom Cushing bergantung pada puncanya. Dalam sesetengah kes, doktor bedah akan membuang ketumbuhan. Dalam kes yang lain, ubat, terapi radiasi atau terapi fizikal boleh membantu.
    • Jika penggunaan steroid dalam jangka masa yang panjang adalah puncanya, cara terbaik untuk mengurangkan simptom ialah dengan mengurangkan dos ubat atau berhenti menggunakannya. Jika anda perlu juga untuk mengambil steroid, doktor anda akan membantu anda untuk mencuba dos efektif yang paling rendah. Contohnya, mengambil ubat pada setiap hari yang berlainan kadang kala dapat mengurangkan perubahan Cushingoid. Jika ini tidak dapat mengurangkan roman bulan dan simptom lain, doktor anda akan mencadangkan terapi lain.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Roman bulan?

    Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi roman bulan: meletakkan bekas sejuk untuk mengurangkan bengkak akibat kecederaan. Angkat kepala daripada katil (atau guna bantal tambahan) bagi membantu mengurangkan bengkak muka.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan