backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Renjatan Hipovolemia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 12/10/2023

Renjatan Hipovolemia

Ingin tahu apa itu renjatan hipovolemik atau hipovolemia? Ketahui simptom, punca, faktor risiko, diagnosis dan rawatan serta cara pencegahan dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu renjatan hipovolemik?

Renjatan hipovolemik atau hipovolemia, juga dikenali sebagai renjatan hemorajik, merupakan keadaan yang berlaku apabila anda kehilangan lebih daripada 20% (satu per lima) darah atau bekalan cecair di dalam badan.

Renjatan jenis ini juga boleh mengancam nyawa.

Oleh sebab kehilangan terlalu banyak cecair, mustahil untuk jantung mengepam jumlah darah yang cukup kepada organ badan anda.

Hasilnya, renjatan hipovolemik boleh menyebabkan kegagalan organ. Keadaan ini memerlukan perhatian kecemasan yang segera.

Apakah kebarangkalian renjatan hipovolemik?

Renjatan hipovolemik dikira sebagai salah satu jenis renjatan yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sangat muda. Orang dewasa yang lebih tua turut berisiko tinggi untuk mengalami keadaan ini.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom renjatan hipovolemik?

Tanda dan simptom renjatan hipovolemia mungkin berbeza bergantung kepada jumlah cecair dan darah yang hilang. Walau bagaimanapun, semua tanda dan simptom renjatan boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan kecemasan perubatan.

Bagi sesetengah kes simptom pendarahan dalaman, sukar untuk mengenal pasti punca pendarahan ini sehinggalah simptom-simptom renjatan kelihatan, tetapi bagi pendarahan luaran, ia mudah untuk dikesan.

Simptom-simptom sederhana bagi renjatan hipovolemik termasuk:

  • Sakit kepala
  • Letih
  • Mual
  • Banyak berpeluh
  • Pening
  • Beberapa simptom teruk, yang mana perlu diambil serius dan memerlukan perhatian kecemasan perubatan, termasuk:

    • Kulit sejuk dan lembap
    • Kulit pucat
    • Pernafasan laju, tidak dalam
    • Kadar degupan jantung laju
    • Urin sedikit atau tiada langsung
    • Keliru
    • Lemah
    • Nadi lemah
    • Bibir dan kuku biru
    • Pening

    Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

    Punca

    Apakah punca renjatan hipovolemia?

    Kehilangan darah sebanyak ini dipercayai boleh berlaku disebabkan oleh beberapa keadaan, termasuk:

    • Pendarahan daripada luka atau bukaan yang serius
    • Pendarahan daripada kecederaan traumatik akibat kemalangan
    • Pendarahan dalaman daripada organ abdomen atau kehamilan luar rahim
    • Pendarahan daripada saluran penghadaman
    • Pendarahan vaginal yang ketara

    renjatan hipovolemik

    Tambahan pula, selain daripada jumlah darah yang hilang, jumlah cecair badan yang hilang juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan jumlah darah. Hal ini boleh berlaku dalam kes:

    Biasanya, oksigen dan bahan penting yang lain merupakan bahan yang dibawa ke organ dan tisu anda melalui darah.

    Namun, apabila berlaku kehilangan darah yang banyak, tiada darah yang mencukupi di dalam peredaran bagi membolehkan jantung mengepam dengan berkesan.

    Oleh itu, apabila badan anda kehilangan bahan-bahan ini lebih pantas daripada apa yang boleh diganti semula, organ di dalam badan anda akan mula untuk berhenti berfungsi dan simptom-simptom renjatan akan berlaku. Tekanan darah akan merosot dengan teruk, yang mana boleh mengancam nyawa.

    Faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada renjatan hipovolemik?

    Terdapat banyak faktor risiko bagi keadaan ini, seperti:

    Bayi dan kanak-kanak

    Golongan yang paling cenderung untuk mengalami cirit-birit dan muntah teruk, bayi dan kanak-kanak khususnya sangat berisiko untuk alami dehidrasi.

    Orang dewasa yang lebih tua

    Semakin anda meningkat usia, simpanan cecair badan anda menjadi semakin kecil, kebolehan anda untuk mengekalkan air berkurang dan deria dahaga anda menjadi semakin tumpul.

    Orang yang mengalami penyakit kronik

    Mengalami diabetes yang tidak terkawal atau tidak dirawat meletakkan anda pada risiko tinggi untuk mempunyai renjatan hipovolemik.

    Diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit renjatan hipovolemik didiagnosis?

    Jika anda tertanya-tanya sama ada anda mengalami renjatan hipovolemia atau tidak, doktor anda akan terus melakukan pemeriksaan fizikal.

    Pendarahan yang teruk boleh segera dikesan, tetapi pendarahan dalaman kadang-kadang sukar untuk dijumpai sehingga anda menunjukkan tanda-tanda renjatan hemorajik.

    Sebagai tambahan kepada simptom-simptom fizikal, doktor anda akan menggunakan pelbagai kaedah ujian bagi mengesahkan bahawa anda sedang mengalami renjatan hipovolemik. Semua ini termasuklah:

    • Ujian darah untuk memeriksa ketakseimbangan elektrolit, fungsi buah pinggang dan hati
    • Pengimbas CT atau ultrasound untuk melihat organ badan
    • Ekokardiogram, ultrasound jantung
    • Elektrokardiogram untuk menilai ritma jantung
    • Endoskopi untuk memeriksa esofagus dan organ gastrousus yang lain
    • Pengkateteran jantung kanan untuk memeriksa keberkesanan jantung mengepam
    • Kateter urinari untuk menyukat jumlah urin di dalam pundi kencing

    Doktor anda akan memesan ujian-ujian lain berdasarkan simptom anda.

    Bagaimana pesakit renjatan hipovolemia dirawat?

    Jika anda menjumpai seseorang yang mengalami renjatan hipovolemik, segera hubungi nombor kecemasan. Semasa menunggu ambulans tiba, anda perlu:

    renjatan hipovolemik

    • Baringkan individu tersebut di atas permukaan yang rata dan mengangkat kaki individu lebih kurang 12 inci sedikit tinggi
    • Elakkan daripada mengalih individu tersebut jika anda mengesyaki terdapat kecederaan pada kepala, tengkuk, atau belakang
    • Pastikan individu tersebut kekal panas bagi mengelakkan hipotermia
    • Jangan beri individu tersebut cecair melalui mulut

    Setelah sampai di hospital, individu yang disyaki mengalami renjatan hipovolemik akan menerima cecair dan produk darah melalui saluran intravena, bagi mengganti semula darah yang hilang dan meningkatkan peredaran darah.

    Semua ini termasuk:

    • Transfusi plasma darah
    • Transfusi platelet
    • Transfusi sel darah merah
    • Kristaloid intravena

    Doktor juga akan memberi ubat yang dapat meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam bagi meningkatkan peredaran dan menyalurkan darah ke tempat yang diperlukan.

    Antibiotik juga boleh diberi untuk mengelakkan renjatan septik dan jangkitan bakteria.

    Pemantauan kardiak yang rapi akan menentukan keberkesanan rawatan yang anda terima.

    Pencegahan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani renjatan hipovolemik?

    Dalam banyak kes, renjatan hipovolemia tidak boleh dicegah. Ia sering berlaku selepas kecederaan traumatik atau sakit teruk.

    Dehidrasi kadangkala boleh dicegah dengan meminum cecair yang mencukupi. Minuman yang dapat seimbangkan garam dan gula penting, seperti larutan hidrasi komersial, boleh membantu jika terdapat muntah atau cirit-birit yang teruk.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 12/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan